Appendicitis dan Adhesion Colic

 

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Saya bersimpati kepada pesakit yang mengalami masalah appendicitis. Baru saja dibedah untuk membuang appendixnya yang busuk beberapa bulan lepas, sekarang abdomennya sakit semula.

Ada kemungkinan kah ada tisu appendix yang tertinggal?”

Ramai yang khuatirkan appendix stump yang telah ditanam di dalam caecal lumen. Semasa saya bekerja di Jabatan Pembedahan, saya telah melakukannya berpuluh-puluh kali. Tiada masalah komplikasi pembedahan appendicectomy. Sekurang-kurangnya saya sendiri belum pernah melakukan kesilapan ketika melakukannya.

”Jadi bagimana doktor? Mengapa masih terasa sakit lagi walaupun dah 3 bulan saya menjalani pembedahan”

Jangan risau tentang tisu appendix yang telah dibuang. Jika pembedahan dilakukan oleh doktor yang terlatih, appendicectomy adalah pembedahan yang berisiko rendah dan memberikan manfaat besar terutama jika appendixnya mula membusuk.

Jika tidak dibedah, appendix yang busuk itu boleh membusuk dan pecah dan menyebabkan peritonitis. Pada ketika itu ia boleh mengancam nyawa.

Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Namun semua adalah di bawah kekuasaan Allah. Banyaklah berdoa agar luka itu mudah sembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan ialah :

“…(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang memberi petunjuk kepada ku..dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan Yang amat ku menginginkan keampunan bagi kesalahanku pada hari kiamat.”
(Asy Syu’araa’: 78-82)

Rasulullah juga ada mengajarkan doa:

“Ya Allah sembuhkan badanku, Ya Allah sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkan penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari adzab Kubur. Tiada tuhan selain Engkau.”(H.R. Abu Daud )

”Semua orang yang menjalani pembedahan akan mengalami masalah macam saya kah?”

Setiap orang Allah uji dengan ujian yang berbeza. Ada yang Allah uji dengan penyakit yang sukar disembuhkan, ada yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapakah yang akan mengalami masalah dan siapakah yang mudah sembuh selepas pembedahan.

Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) dibentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri.

Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu.

Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut. Dibimbangi akan menyebabkan usus tersumbat (intestinal obstruction).

Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dinamakan sebagai Adhesion Colic.

”Sebenarnya luka pembedahan sudah sembuh. Sama ada luka pada usus atau pada dinding otot abdomen. Yang bermasalah apabila usus awak hampir tersumbat!” saya menjelaskan.

Kesakitan adhesion colic boleh dikelirukan dengan kesakitan disebabkan pada dinding abdomen. Kesakitan pada luka dinding abdomen ini dapat dirasakan pada tempat tertentu di dinding otot abdomen. Apabila ditekan di situ, pesakit merasa sakit. Ini disebabkan oleh parut pembedahan yang masih belum sembuh.

Berlainan dengan kesakitan yang disebabkan oleh adhesion colic di mana kesakitan dirasai akibat pengembangan usus akibat makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui parut pada usus yang menyempit dan mencekik.

Abdomen akan terasa kembung dan kesakitannya digambarkan sebagai memulas-mulas. Inilah perbezaan yang nyata antara kesakitan yang disebabkan oleh luka pembedahan yang belum sembuh dengan kesakitan yang disebabkan oleh usus yang menyempit (adhesion colic).

Bagi pesakit yang mempunyai daya tahan sakit yang sangat rendah (mudah merasa sakit), pergerakan usus yang normal pun boleh menyebabkan kesakitan. Apatah lagi jika ianya disebabkan oleh usus yang tersumbat.

Kebanyakannya kesakitan adhesion colic berlangsung tidak lama. Namun ada kalanya ia terlalu kuat dan berpanjangan sehingga pesakit lemah dan muntah.

”Adakah ianya bermakna tidak merbahaya? Tidak perlu dirawat? Boleh sembuh sendiri?”

Jika muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat (intestinal obstruction) tanpa disedari.

Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung.

Ini adalah musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital secepat mungkin dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen.

“Kalau makan panadol saja, boleh ke sakit saya berkurang?”

Sepanjang saya bekerja sebagai doktor, saya tidak pernah mendengar pesakit yang mengalami adhesion colic akan berasa lega dengan makan panadol saja.

Malah ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya. Antaranya suntikan tramadol, morphine atau pethedine.

Nasihat saya, jika kesakitan abdomen keterlaluan dan berpanjangan (kronik), haruslah melakukan pemeriksaan yang lengkap. Kombinasi pemeriksaan ultrasound dan abdominocsopy (melihat stuktur dalam abdomen menggunakan kamera) tentunya akan membantu mendiagnosa masalah ini dengan lebih tepat. Jangan segan untuk berbincang dengan doktor.

Wallahu a’ lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (061110)

18 comments

  1. dr boleh amalkan ayat dalam surah at taubah semasa pembedahan.ayat 127 dan 128…amat berkesan kpd pengamalnya..wallahuaklam

  2. salam…
    dr mcmana sekiranya ketika hamil ader appendix apa yang harus dilakukan…

    • Salam..setiap manusia mempunyai appendix yang sihat yang tidak perlu dirisaukan. Jika ianya bengkak dan dijangkiti kuman, harus dibuang walaupun sedang hamil.

  3. salam Doc,

    saya bermasalah ketumbuhan polyps 2 biji berukuran 3mm setiap satu di dalam hempedu.

    perlukah saya membuang hempedu itu sekarang?

    buat pengetahuan doktor, saya tidak mengalami apa2 kesakitan di bahagian tersebut.

    jawapan doktor diucapkan terima kasih.

  4. Salam Dr…
    ayah saya mengalami luka yang besar di bahagian dubur setelah dicucuk oleh Dr. swasta dengan alasan buasir…tidak lama kemudian..luka tersebut menjadi besar hingga menyebabkan ayang saya tidak dapat duduk dan berbaring..hanya mencangkung sahaja..dan luka tersebut tidak baik..

    Pemeriksaan hospital menyatakan ayah saya mendapat kanser..dan memberi tempoh selama sebulan untuk membuat ujian scan..Sebelum scan dijalankan tiba-tiba keadaan ayah saya yang lalu makan tidak dapat makan dan asyik muntah…

    setelah scan dilakukan, doktor memaklumkan ayah saya mengalami usus tersumbat..saya inginkan penjelasan doktor berhubung dengan keadaan ayah saya kerana pihak hospital tidak menyatakan secara menyeluruh keadaan ayah saya..

    Terima Kasih.

  5. Sy pernah menjalani pembedahan appendiks 10 thn lepas.parut appendiks sy sepanjang 6.5 inci.parut tersebut membuat kan perut sy berlipat dan buncit.sy ingin btanya,senaman apa yg boleh sy lakukn utk menghilang perut buncit.atau terdapat cara lain mengurang kan parut n buncit

  6. Slm Dr,

    Adik saya baru selesai menjalani pembedahan usus melekat or usus tersumbat. Usus besarnya telah dipotong beberapa meter tapi dia muntah pd hari ke-2 selepas operation dan belum makan lagi hanya clear fluid dibenarkan. Adakah gas atau sisa makanan masih tertinggal di ususnye?

    Adakah berlaku complication atau memang perkara biasa muntah selepas pembedahan?

    Harap dapat jelaskan dengan terperinci.

    T/kasih

    Naza Zainal

  7. assalamualaikum dr…sy baru dapat tahu yang sy mengalamai appendicitis…adakah sy perlu melakukan pembedahan secepat mungkin? tq

  8. salam doctor
    baru2 ni saya menjalani pembedahan appendectomy tapi selepas pembedahan saya mengalami berak berdarah yang agak kronik, apakah sebabnya doctor?

  9. Salam Dr.

    Sy dah sthn dua bln operation apendiks..tp sampai skrg operation sy masih sakit jika sy tekan perut sy…sy takut ade apa-apa komplikasi semasa operation..perlukah sy menjalani pemeriksaan semula?? sy takut sgt..sbb seminggu sy tak boleh jln slps operation..lps sbln bru sy boleh kerja semula…adakah pembedahan perlu dilakukan sekali lg? :(

  10. salam dr…adik ipar saya keguguran tetapi tidak membuat pencucian yang sepatutnya keran doktor yang berkaitan mengatakan tidak perlu setelah di scan. Setelah lebih kurang 2 bulan dia mengalami keputihan yang banyak diikuti pula sakit perut sehingga pada satu hari ada darah dan cecair yg keluar dari farajnya.

    beliau segera berjumpa dengn doktor dan doktor itu mengesyaki beliau mgkin ada kanser rahim.Dengan rasa sedih dan kecewa beliau berjumpa pula dgn pakar perbidanan di kpj shah alam . kemudian beliau dibedah untuk membersihkan rahim beliau termasuklah pembuangan cyst. ketika pembedahn doktor cuba membetulkan usus beliau yang melekat2..dan tak sengaja meyebabkan usus beliau terluka..setelah seminggu beliau mengalami sakit perut hingga terpaksa di beri injection utk menghilangkan sakit..diikuti dengan muntah selepas itu.

    keesokannya didapti didlam air kencing beliau terdapat serpihan serpihan najis.menurut doktor yang merawat dikhuatiri pundi kencing beliau pula bocor. Pada pandangan doktor bolehkah luka diusus dan pundi kencing.

    adik ipar saya dimasukkan diwad semula untuk diawasi kandungan yang keluar dengan air kencingnya. Doktor ingin mengeluarkan usus beliau sementara waktu utk pembuangan najis utk mengelakan tekanan terus berlaku pada bahagian usus yang luka itu supaya cepat sembuh.Saya memohon jasa baik pihak tuan memberi pendapat dalam perkara ini.Adik ipar saya ini berumur 31 tahun telah hampir sepuluh tahun mendirikan rumahtangga dengan adik saya dan dikurniakan seorang anak perempuan yg skrg ni berumur 6 tahun.Berharap sgt tuan dapat memberi jawapan tuan. Terimakasih.

  11. Doc,saya operate apendiks thn 2007.kini 2012 tertibe sejak sebulan lalu daya sakit di kwsan yg sama.apendiks bole berlaku 2kali?urgently need help.tq.;-)

    • Doc,saya operate apendiks thn 2007.kini 2012 tertibe sejak sebulan lalu daya sakit di kwsan yg sama.apendiks bole berlaku 2kali?urgently need help.tq.;-)

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Harus berjumpa doktor, kerana ia berkemungkinan akibat parut luka yg belum sembuh atau ada lekatan pada usus (adhsion colic), kurangkan makanan yang berangin seperti kentang, keladi dan air bergas.

  12. doc, saya telah menjalani pembdhan apendix pada bulan june,2012..sekarang sya disahkanhamil(bulan 11,2012),adakah ia membawa kesan?

  13. Assalamualaikum Doktor,
    anak perempuan saya mengalami Cerebral palsy yang minimum dari segi gross motor. pada 2010 dia telah menjalani appendicsectomy pada usia 5tahun. selepas itu beberapa kali dia demam dan sakit perut,disyaki ahdesion colic . kali ini lagi sekali dia demam selama 7hari dan mula colic serta tidak mampu makan atau minum langsung kerana muntah. Perlu operation skali lagi ke doktor?

    • Assalamualaikum Doktor, anak perempuan saya mengalami Cerebral palsy yang minimum dari segi gross motor. pada 2010 dia telah menjalani appendicsectomy pada usia 5tahun. selepas itu beberapa kali dia demam dan sakit perut,disyaki ahdesion colic . kali ini lagi sekali dia demam selama 7hari dan mula colic serta tidak mampu makan atau minum langsung kerana muntah. Perlu operation skali lagi ke doktor?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Jika tiada tanda-tanda lekatan yang teruk, hanya perlu hidrsi melalui IV drip saja. Hal ini ditentukan oleh doktor yg merawat.

      • Salam doktor, hari ke 11 demam anak saya di operate, mengejutkan dia alami multiple perforations bowel. 10cm usus kecik sudah dibuang Dan sangat banyak lg blisters pd usus besar. Dr buat ilieustomy. Antibiotic fragile, cepotaxime Dan meropinem. Biopsy belum keluar keputusan. Apakah kemungkinan risiko lain , adakah usus yang ada byk lg ulcer Dan masih ada dlm perut dia boleh cause cancer. Usus kecik yang lain nampak sihat. Tqvm

      • Salam doktor, hari ke 11 demam anak saya di operate, mengejutkan dia alami multiple perforations bowel. 10cm usus kecik sudah dibuang Dan sangat banyak lg blisters pd usus besar. Dr buat ilieustomy. Antibiotic fragile, cepotaxime Dan meropinem. QBiopsy keluar keputusan. Apakah kemungkinan risiko lain , adakah usus yang ada byk lg ulcer Dan masih ada dlm perut dia boleh cause cancer. Usus kecik yang lain nampak sihat. Tqvm

Leave a Reply to aleesyahCancel reply

error: Content is protected !!