Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Apakah saya mengalami menopause?

Apakah saya mengalami menopause?

menopause

 

Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. Soalan saya, adakah  saya sedang mengalami pre menopause . Di harap Dr. dapat membantu saya . TQVM Dr. Zubaidi .

 

Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi dan bersyukur kerana puan dapat bersabar dengan dugaan yang ALLAH berikan. Saya percaya puan adalah manusia yang mempunyai iman yang kuat.

 

Jika puan tidak pasti sama ada puan sudah memasuki fasa menopause atau tidak, maka puan haruslah melakukan ujian hormone estriodiol dan FSH. Ia  boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta. Saya juga ada menulis mengenai keadaan ‘perimenopause’  di dalam blog, puan boleh membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=2951

 

Walau bagaimana pun selalunya wanita itu sendiri dapat merasakan bahawa dirinya telah memasuki perimenopause. Mereka telah mula merasa tanda-tanda atau symptom-simptom seperti rasa badan panas, berpeluh waktu malam, sukar tidur dan  mengalami kitaran haid yang tidak menentu.

 

menopause01

 

Tidak semua wanita yang mengalami masalah ini memerlukan ubat-ubatan.

 

Perlu diingat bahawa wanita yang mengalami masalah perimenopause masih lagi mengalami haids walaupun ia tidak menentu. Keadaan ini boleh berlangsung sehingga 5-6 tahun. Mereka mengalami haid yang tidak teratur, dan berlaku jarang-jarang. Selalunya banyak darah yang keluar.

 

Apabila seorang wanita itu tidak datang haid selama setahun, maka ia dikatakan telah mengalami menopause.

 

Satu lagi keadaan dinamakan sebagai “Premature Menopause” berlaku apabila seorang wanita berumur kurang dari 40 tahun telah mengalami menopause. Ia berlaku pada 1% di kalangan wanita akibat kegagalan kelenjar ovary berfungsi secara baik, keadaan ini juga dinamakan sebagai “premature ovarian failure”. Sementara 6% berlaku akibat pembedahan sistem reproduksi, kemoterapi dan radiate di bahagian pelvis.

 

Wanita yang mengalami masalah ‘Premature Menopause’ selalunya tanda-tanda yang dihadapi lebih teruk terutama bagi wanita yang telah menjalankan pembedahan atau rawatan kemoterapi.

 

Ia juga memberikan bebanan sexual, sosial dan psikologi terutama bagi wanita muda yang baru berkahwin.

 

Selain itu doktor juga akan memeriksa jika wanita itu mengalami kemurungan, kekurangan sel darah merah (anaemia), diabetes atau masalah thyroid (hypothyroidism) yang boleh juga menyebabkan masalah seperti ini.

 

Pemeriksaan darah untuk hormone FSH adalah penting bagi memastikan sama ada masalah ini disebabkan oleh menopause atau masalah yang lain seperti yang disebutkan tadi.

 

Saya juga mencadangkan wanita-wanita ini menggunakan herba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mengurangkan kesan-kesan menopause yang biasa dialami seperti panas badan, kekeringan faraj dan mood yang tidak menentu.

 

Ia boleh diamalkan sebagai suplemen, kerana memberikan tenaga kepada wanita dan menggalakkan pembentukan sel darah merah.

 

Mohon rujuk nota dan artikel di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah untuk manfaat lain.
Semoga dipermudahkan.  Wallahu a’lam dan Wassalam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!