Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?

 

 

old man backache“Asalamualaikum Doktor,  saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk.

Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan:

1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.”

2. “Posterior bulge of C4/5, C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central canal at level of C5/6 and mild indentation at the other levels.”

 

Soalan saya ialah adakah saya perlukah pembedahan itu? Terima kasih.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sakit pada tulang belakang  boleh berpunca daripada beberapa sebab dan boleh berlangsung untuk beberapa lama. Selalunya  sakit ini akan beransur pulih dalam masa satu minggu. Jika sakit berlarutan hingga lebih dari enam minggu hingga tiga bulan, ada kemungkinan individu itu mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius.

 

spinal stenosis

 

Laporan MRI tuan menunjukkan tuan mengalami masalah “spinal stenosis”. Dalam masalah ini, saluran yang mengandungi saraf tunjang menjadi mengecil dan menekan saraf ini. Selalunya berlaku akibat factor umur semakin meningkat,  menyebabkan saluran spinal mengecil secara perlahan-lahan.

 

Jika ia berlaku pada tengkuk (atau disebut sebagai cervical)  ia boleh menyebabkan rasa kebas pada tangan dan gengaman tangan menjadi lemah. Jika berlaku pada dada(atau disebut torasik) ia boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 

Selalunya ia berlaku di bahagian pinggang (atau disebut lumbar) yang menyebabkan kesakitan di bahagian pinggang dan boleh merebak ke bahagian kaki, paha, tapak kaki atau punggung. Kadang kala ia juga boleh menjejaskan kawalan pundi kencing dan mengalami kesukaran mengawal pembuangan air besar.

 

Selain pembedahan, tuan boleh menjalani  rawatan  Suntikan Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression (IDRFDD) dinama ia hanya menggunakan haba dari radiofrekuenci. Sebatang jarum khusus akan disuntikan pada kawasan tulang belakang yang bermasalah.

 

Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: