Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Apa Maknanya Jika Najis Terapung?
Apa Maknanya Jika Najis Terapung?

Apa Maknanya Jika Najis Terapung?

APA MAKNANYA NAJIS TERAPUNG?

Saya tidak pernah memperdulikan najis saya sehingga satu hari di ruangan chatting Facebook, seorang rakan bertanyakan kepada saya,

“salam…kalau najis tidak tenggelam dlm mangkuk jamban…apa penyakit dan sebab-sebabnya..?”

Kembang tekak bila mengingati najis yang terapung di mangkuk najis. Namun begitu ada beberapa ‘clue’ yang memberikan gambaran tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkannya.

Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur.

Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mucous. Sama ada najis itu terapung atau tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri.

Najis yang terapung mungkin disebabkan oleh perubahan cara pemakanan (diet), proses penghadaman yang bermasalah (malabsorption) dan terdapat jangkitan kuman pada usus.

Apabila berlaku masalah penghadaman, nutrient yang tidak dapat diserap akan digunakan oleh bakteria dalam najis dan menyebabkan pengeluaran gas yang agak banyak dan terkumpul dalam najis. Ini akan menyebabkannya terapung.

Kebanyakan masalah ini tidak merbahaya. Selalunya selepas beberapa hari, najis akan tenggelam semula dan menandakan jangkitan kuman pada usus telah berakhir.

Namun begitu terdapat beberapa jenis penyakit yang agak serius menyebabkan najis terapung dan selalunya dikesan pada peringkat awal, mungkin di peringkat kanak-kanak.

Antaranya :

  1. Abetalipoproteinemia
  2. Biliary atresia
  3. Cystic fibrosis
  4. Disaccharides deficiency (kekurangan enzim yang menghadamkan gula iaitu lactase, sucrase, atau isomaltase)
  5. Gluten-induced enteropathy (sprue or celiac disease)
  6. Idiopathic steatorrhea (najis berminyak)
  7. Short bowel syndrome

Walaubagaimanapun jangan terlalu panik bila mengetahui terdapat najis yang terapung dalam mangkuk tandas. Kemungkinan ia adalah fenomena yang biasa akibat perubahan cara pemakanan.

Apa yang penting, masalah najis yang terapung itu boleh dibincangkan dengan doktor jika ia telah berlarutan melebihi dua minggu. Apatah lagi jika masalah itu disertai dengan najis yang bercampur darah, rasa demam dan pening.

Selalunya doktor akan bertanya jika masalah ini wujud di kalangan adik-beradik yang lain atau ibubapa. Pemeriksaan darah boleh dilakukan. Mungkin sedikit contoh najis diperlukan untuk pemeriksaan makmal.

Doktor juga akan bertanyakan beberapa perkara seperti:

  1. sudah berapa lama masalah ini berlaku?
  2. adakah ianya berlaku setiap masa atau sesekali?
  3. apa menu makanan yang biasa diambil?
  4. adakah makanan yang diambil berubah dengan warna najis?
  5. masalah-masalah lain selain masalah najis,
  6. adakah perubahan dalam warna najis?

Rawatan biasanya diberikan bergantung kepada punca penyakit. Pesakit biasanya dinasihatkan agar mengurangkan lemak dan minyak dalam menu pemakanan mereka dan memperbanyakkan sayur-sayuran  dan buah-buahan.

Wallahu a’lam

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250711)

Rujukan:

Bailey J. FPIN’s Clinical Inquiries: Effective management of flatulence. Am Fam Physician. 2009;79:1098-1100.

Ohge H, Levitt MD. Intestinal gas. In: Feldman M, Friedman LS, Brandt LJ, eds. Sleisenger & Fordtran’s Gastrointestinal and Liver Disease. 8th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier;2006: chap 10.

Lewis SJ, Heaton KW (1997). “Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time”. Scand. J. Gastroenterol. 32 (9): 920–4

LP Degen, SF Phillips. How well does stool form reflect colonic transit? Gut 39: 1 (JUL 1996):109-113.

One comment

  1. assalamualaikum dr..
    dr sya nak btnya apakah cra lain yg blh diambil selain meminum vitagen utk mbantu penghadaman?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!