Advertorial
Home » Susu » APA MAKNA UHT PADA KOTAK SUSU?

APA MAKNA UHT PADA KOTAK SUSU?

 

 

Jika kita melihat kotak susu, hampir kesemua susu yang dijual di pasaraya mempunyai tulisan ​“UHT”. ​

 

UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-High ​T​emperature ​Processing (UHT)​ iaitu proses basmi kuman menggunakan suhu yg tinggi dalam waktu yang singkat.

 

Ini kerana apabila susu diperah (walaupun dalam tahap basmi kuman yg maksima), masih terdapat sebilangan kuman yg ada dalam susu. Ini menyebabkan susu tidak tahan lama apabila tidak disejukkan. Jadi ia akan segera rosak. Jadi dengan menggunakan teknik UHT yang hanya memerlukan masa 3 saat, dan dipanaskan hingga 135 darjah, hampir semua kuman yang masih ada di dalam susu UHT dapat dibunuh. Walau bagaimanapun proses ini tidak merosakkan vitamin dan protein.

 

Berbeza dengan cara memasak atau merebus secara biasa, ia tidak membunuh bakteria sebaik teknik UHT. Ia juga mungkin merosakkan kualiti susu.

 

Susu UHT boleh bertahan sehingga 3-4 bulan tanpa perlu disejukkan selagi kotak susu tidak dibuka. Setelah dibuka, susu UHT harus selalu tersimpan dalam peti sejuk dan hanya dapat bertahan selama 3 hari.

 

Selain UHT, ada juga proses yang dinamakan Ultra-Pasteurized​. S​usu dipanaskan dalam suhu 72 derajat celcius dalam masa 15 saat. Proses ini juga bertujuan untuk membunuh kuman dalam susu. Namun, proses ini kurang efektif dan susu menjadi kurang berkualiti karena tidak semua kuman akan ​mati​ (lebih banyak dari susu UHT) dan waktu pemanasannya terlalu lama. Jadi, nutrisi dalam susu berpotensi untuk hilang.

 

Dalam proses UHT, susu akan segera disejukkan pada suhu 4-5 darjah celcius setelah dipanaskan. Ini memastikan jika ada kuman yang tertinggal, tidak akan membiak dan merosakkan susu. Saya percaya pada susu farm fresh.

 

#generasifarmfresh #generasifarmfreshdrzubaidi

 

 

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: