APA ITU UJIAN DARAH CA 19-9 ?

1. Ujian ini adalah ujian yang mengukur kepekatan protein CA 19-9 (kanser antigen 19-9) dalam darah. Ia dikeluarkan oleh sel-sel kanser atau sel-sel normal yang menentang sel-sel kanser ini.

2. Ia sebahagian dari penunjuk kanser jika kepekatannya tinggi. Selalunya kanser pankreas.

3. Bagi orang yang normal, kepekatannya rendah. Namun ia mungkin tinggi pada pesakit yang mempunyai masalah yang bukan berkaitan dengan kanser seperti batu dalam hempedu atau keradangan pankreas (pancreatitis) atau parutan dalam hati (cirrhosis of liver).

4. Oleh itu ia bukannya satu-satunya cara untuk mendiagnosa kanser pankreas. Pemeriksaan pengimejan seperti ultrasound, CT-Scan atau MRI boleh dilakukan untuk mengesahkannya.

5. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk melihat perkembangan pesakit yang sedang menjalani rawatan kimoterapi. Jika kepekatannya menurun bermakna, rawatan yang diberikan adalah berkesan.

6. Selain dari kanser pankreas, CA 19-9 juga boleh tinggi pada pesakit kanser :

👉🏻Saluran hempedu (Bile duct)
👉🏻Saluran besar (Colon dan rectum)
👉🏻 Perut
👉🏻Ovari
👉🏻Pundi kencing

💊Diharap info ini membantu kita memahami maksud ujian ini. Sebarang pertanyaan boleh diberikan pada doktor merawat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!