APA ITU APPENDICITIS?

APA ITU APPENDICITIS?

 

Assalamualaikum Tuan Doctor. Boleh tak ceritakan bagaimana appendicitis boleh terjadi. Adakah appendicitis boleh terjadi di kalangan kanak-kanak.

Semalam cucu saya berumur 8 thn sakit perut menggelepor dan muntah2, kami bawa pergi hospital. Doctor pakar bagitau kena appendik dan akan bedah, hari ini doc bg antibiotik kalau ok katanya tak perlu opperate.

Mohon pandangan Dr Zubaidi. Terima kasih.

Waalaikumussalam.

Appendik adalah sebahagian dari usus yang terletak antara usus kecil dan usus besar. Appendik adalah bahagian paling hujung berada di antara usus kecil dan usus besar.

Appendik terletak pada sebelah kanan dan bawah pada abdomen kita.

Apabila berlakunya keradangan, keadaan ini dinamakan ‘acute appendicitis’. Appendik akan menjadi bengkak dan menjejaskan pengaliran darah ke apendik. Ini akan mengundang jangkitan kuman yang lebih serius. Akhirnya tisu appendik akan mati dan menyebabkan ia bocor.

Ia boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak.

Apakah tanda-tanda ‘acute appendicitis’?

Tanda yang biasa adalah rasa sakit di bahagian kanan bawah abdomen. Ia menjadi teruk dengan cepat akhirnya menyebabkan kesakitan di keseluruhan bahagian abdomen.

Pesakit boleh mengalami demam, loya serta muntah.

Kita tidak dapat mengelak daripada mendapat ‘acute appendicitis’ kerana ia
adalah suatu proses natural yang berlaku dalam usus.

Tidak semua pesakit yang mengalami rasa sakit abdomen, terutama di bahagian kanan dan bawah, adalah pesakit ‘acute appendicitis’.

Doktor akan mengesah, sama ada ia sakit ‘acute appendicitis’ dengan pemeriksaan darah (tahap sel darah putih meningkat) dan pemeriksaan fizikal.

Bagi wanita, kemungkinan sakit itu disebabkan oleh bengkakan cyst.

Selalunya setelah ditahan di wad, doktor akan memberikan antibiotik dulu. Jangkitan yang ringan, selalunya pesakit akan pulih, insyaallah. Demam dan sakit abdomen akan reda.

Jika jangkitan terlalu teruk, apabila sakit abdomen dan demam tidak reda selepas satu atau dua hari, doktor akan melakukan pembedahan yang dinamakan ‘appendectomy’.

Pembedahan boleh dilakukan pemotongan kecil atau pembedahan yang besar (laparotomy) bila disyaki appendik disyaki telah pecah.

Jika tidak dibedah walaupun antibiotik telah diberikan, appendik menjadi teruk dengan cepat dan mungkin akan pecah.

Apendik yang pecah akan menyebabkan demam yang tinggi, sakit di bahagian abdomen yang sangat teruk, usus tersumbat serta menyebabkan kuman tersebar keseluruh tubuh.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!