Advertorial
Home » Pemakanan » ANTINUTRIEN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL KE DALAM TUBUH

ANTINUTRIEN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL KE DALAM TUBUH

ANTINUTRIEN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL KE DALAM TUBUH

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebatian yang dikenali sebagai anti-nutrien di dalam tumbuh-tumbuhan yang kita makan. Anti-nutrien ini bersifat pelindung kepada tumbuh-tumbuhan tersebut dari dimakan oleh haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan (herbivor). Sebab itu ada tumbuhan yang berasa terlalu pahit dan tidak dapat dimakan oleh manusia.

Anti-nutrien ini menghalang penyerapan mineral dan vitamin tertentu apabila dimakan bersama dengan makanan yang lain. Antara nutrient yang dikenal pasti adalah:

1. Phytic Acid. Ia akan bergabung dengan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi (iron), copper dan zinc, menyebabkan ia sukar diserap ke dalam darah ketika makanan berada di dalam usus.

2. Protease Inhibitors.

3. Lipase Inhibitors.

4. Amylase Inhibitors.

5. Oxalic Acid dan Oxalate.

6. Glucosinolates.

7. Fiber. Pengambilan fiber yang terlalu banyak dalam makanan akan menghalang penyerapan nutrient, kerana fiber dikatakan mempunyai banyak kandungan phytic acid.

8. Kalsium. Makanan yang mengandungi banyak kalsium juga boleh menghalang penyerapan zat besi (iron).

9. Beberapa jenis protein juga mungkin bersifat antinutrient, seperti trypsin inhibitor dan lectin yang banyak jumpa makanan jenis legume. Avidin adalah antinutrien yang dijumpai dalam telur putih yang mentah. Ia akan bergabung dengan biotin yang boleh menyebabkan kekurangan vitamin B7 (biotin)

10. Tannin.

Jika kita mengambil makanan bersumber tumbuh-tumbuhan secara sederhana, seimbang dan sihat, tidak perlu bimbang pada sebatian anti-nutrien ini.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: