Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

bunian1

Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!”

Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya.

Mana suaminya?” soal saya.

Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik.

Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative.

Bro, dia memang tak mengandung lah !”

Habis mana perginya bayi dalam kandungan dia

Saya tidak mahu komen tentang bab ‘bayi dilarikan oleh orang bunian’. Cukup memualkan saya. Saya cuma kasihan kepadanya. Bukan sebab ‘bayi’nya hilang, tetapi sebab wanita itu mula mengalami stress dan gangguan emosi (mungkin daripada suaminya yang mahu menceraikannya). Kalau tidak dia boleh menjadi gila..!

Menipu kehamilan?

Keadaan ini dinamakan Pseudocyesis atau Pseudopregnancy.  Ia adalah keadaan di mana seorang wanita yang tidak hamil mempercayai dirinya hamil walaupun mungkin tiada tanda fizikal yang menunjukkannya hamil.

Ini berlainan dengan keadaan di mana wanita itu pura-pura hamil. Keadaan sebegitu dinamakan simulated pregnancy.

Ingat saya menipu ke? Saya sudah tak datang haid 5 bulan. Perut saya semakin membesar. Saya rasa bayi saya bergerak-gerak dalam rahem saya!!” jerit pesakit.

Inilah masalahnya apabila pesakit boleh menunjukkan tanda-tanda yang serupa dengan wanita hamil. Sukar untuk membezakan di antara keduanya.

Pesakit mendakwa dia tidak kedatangan darah haid (amenorrhoea), rasa loya dan muntah (morning sickness), rasa bengkak dan sakit di payudara dan mungkin mengalami pertambahan berat badan.

Mengikut kajian yang dijalankan di US, menunjukkan 18% wanita yang mengalami pseudocyesis didiagnosa oleh jururawat dan doktor sebagai kehamilan yang benar. Patutlah adakalanya mereka ada buku merah antenatal. Doktor juga kadang kala tertipu dengan helah yang meyakinkan.

Namun berdasarkan pengalaman saya, tanda utama pesakit itu mengalami pseudocyesis adalah apabila dia menyakini dirinya hamil dan bersungguh-sungguh meyakinkan orang di sekitarnya bahawa dia hamil.

Malah mereka meyakinkan doktor apabila mendakwa abdomen bertambah besar dan dapat merasakan pergerakan bayi. Mungkin yang bergerak itu hanya gas dalam usus besar. Selalunya abdomen yang kembung itu akan mengempis seperti biasa apabila tidur.

Bagaimana pula dengan masalah tidak datang haid selama 5 bulan? Kebanyakan pesakit juga mengalami masalah haid yang tidak menentu (70–90%). Seramai 50–75% pesakit memberitahu merasai pergerakan bayi (quickening). Malah ada yang merasakan mahu melahirkan apabila cukup tempoh 9 bulan.

“Doktor, tolonglah percayai saya. Saya memang mengandung. Saya dan suami amat mengharapkan kandungan ini berjaya.”

Saya simpati. Tetapi saya juga saintis (doktor). Segala penyakit dibuktikan dengan bukti. Kalau bukti kehamilan adalah negatif, bagaimana saya mahu mengatakan beliau sedang hamil. Alangkah mudahnya kerja saya jika saya dapat memberitahu janinnya dicuri oleh orang bunian. Mungkin ia mudah diterima oleh orang Melayu kita.

Selalunya wanita yang mengalami pseudocyesis ini adalah:

  1. Wanita yang berumur akhir 30an atau awal 40n yang telah lama mencuba untuk hamil dan mempunyai masalah kesuburan.
  2. Wanita yang mempunyai emosi tidak stabil kerana didesak oleh keluarga untuk hamil.
  3. Wanita yang baharu sahaja diuji dengan musibah keguguran atau kehilangan anak  yang masih kecil.

“Kalau bukan dilarikan orang bunian, macam mana sepupu I boleh jadi macam tu? Macam orang gila”

Sebenarnya terlalu sukar untuk menerangkan situasi begitu. Lebih-lebih lagi hendak memberitahu bagaimana punca kejadian itu.

Teori Psychodynamic menerangkan bahawa pseudopregnancy ini disebabkan konflik emosi. Konflik ini akibat daripada keinginan yang kuat untuk hamil atau terlalu takut untuk hamil. Ini menyebabkan rangsangan pada hypothalamo-pituitary-adrenal axis yang menyebabkan beberapa hormon dikeluarkan.

Hormon yang tidak stabil ini menyebabkan pesakit merasakan ’kehadiran bayi di dalam rahemnya’.

Cara terbaik untuk menyakinkan pesakit ialah melakukan ujian urine pregnancy test dan pemeriksaan ultrasound (USG).

”Tak ada ke ubat yang membantu menenangkan dia?”

Tiada ubat yang khusus untuk merawat pesakit sebegini. Mereka harus menjalankan rawatan dari psychotherapist. Memang sukar untuk merawat mereka, namun adakalanya mereka mula yakin yang mereka tidak hamil apabila ditunjukkan  imej ultrasound.

Saya percaya jika pihak suami, mertua dan keluarga yang lain dapat mengurangkan tekanan emosi pesakit itu, ia akan mempercepatkan penyembuhannya. Saya amat menyarankan agar pesakit dan keluarga sama-sama membaca ayat-ayat ruqyah bagi menenangkan perasaan dan berdoa agar Allah memberikan ketenangan pada pesakit.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa’ 17: 7]

Wallahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (030111)

6 comments

  1. norlila mawar mohd kassim

    aslm dr,
    ketika kandungan saya 2 bln lebih, dr d hosp kerajaan mendpti saya tidak hamil. scan dan urine test d jlnkn . hasilnya negatif. saya bingung sbb d awal kehamilan saya mgalami morning sickness dan urine test positif. Dr mganggap saya berangan2 utk hamil. saya menafikannya sbb saya mgalami tanda2 yg sama dgn 3 kandungan saya sebelum ini.
    saya berulang ke klinik swasta tmpt pertama saya menjalani ujian mengandung. di dpti urine test negatif dan bila dr scan di dpti saya mdpt kandungan anggur atau molar pregnancy. kini segalanya dah selesai. kejadian ini berlaku 11 tahun yg lalu. kini saya dah mpunyai 5 org anak.
    apa yg mbingungkan saya hingga hari ini dr, knapakah dr d hosp kerajaan x dpt kesan molar pregnancy tersebut wlupun saya dah di scan beberapa kali?

    • salam Norlila..
      saya pun nak berkongsi pengalaman saya. sayapun sebenarnya tidak berpuashati dengan pemeriksaan di hospital dan klinik kerajaan kerana sangat mengelirukan dan tidak mesra pesakit. semasa saya mengandung dan mengalami pendarahan saya pergi ke klinik kerajaan tempat saya buat pemeriksaan bulanan tetapi doktor wanita tersebut melayan saya tidak mesra dan seperti melepaskan batuk di tangga. belum check sudah ckp saya dah gugur. sedih saya masa tu dan apabila saya pergi ke hospital kerajaan yang berhampiran pula, doktor lelaki di sana memberitahu kandungan saya baik2 saja dan saya keliru mana satu yang perlu saya percaya. dah le tunggu berjam2 tapi macam tu layanan yang saya dapat.saya terpaksa berulang ke hospital kerajaan keran kandungan saya mengalami pendarahan tapi doktor tetap memberitahu nkandungan saya ok selama 2 mggu saya ulang akhirnya doktor ckp saya dah keguguran. memang saya nak marah. macamana seorang doktor yang bertauliah tak periksa betul2. andai cakap dia penat sayapun penat juga kerna sayapun bekerja dans ama2 kakitangan kerajaan sepertinya cuma berlainan bidang. dengan kecewa saya pergi ke hospital swasta biarlah saya bayar mahal asalkan saya puas hati dan di sana doktor memberi kepada saya secara terperinci.dan saya menjalani proses D&C di hospital swasta tersebut. layanan dan penerangan yang diberikan memang bagus dan saya sangat berpuashati berbanding dengan layanan yang diberikan oleh hospital dan klinik kerajaan di mana dua2 doktor tersebut memberi saya keputusan yang bercanggah dan mengelirukan.

      • salam…
        saya pun ingin berkongsi pengalaman saya..semasa pregnant anak 1st, sy xtau yg sy pregnant sbb sy time tu dtg period more than 15 days bbrp bulan sblm kawen..so bila dh kawen, im not expecting dat im pregnant sbb still ade period..ms tu sy suspect ade mslh lain la..so sy terkejut bila my freind yg scan kata im pregnant..so why im still period?saya pergi klinik O&G,ms tu dh 8 weeks..so specialist tu ckp it’s normal bila early pregnancy bleeding..dia juz scan my abdomen jer..ckp baby sihat sumer..so sbb specialist ckp mcm tu, sy terima la…tp sy still ade bleeding@ sometimes staning sampai sy pregnant 5 bln..actually,sy bekerja di private hosp time tu…im juz suh DR sy scan saya la..xnk jmper O&G kt hosp tu sbb mahal.hehehe..tp my DR advice suh jmper O&G gak check naper still bleeding..so sy spend la money kt O&G tu..dia ckp every bleeding in pregnancy is not normal!!!so dia check my baby.then he said ok..so he checked my V..so ade infection..infection tu sbbkan ade staining kdg2 tu…so dia bg ubat..after dat,alhamdulillah,no more bleeding.then IM confused..apsal specialist yg 1st sy pergi tu ckp normal????

        tu ksh 1st pregnancy..then now sy tgh pregnant 4 months..ms 6 weeks ade staining gak..sy trus la ke hosp private tmpt keje lama.skrg sy dh keje kerajaan..DR check2 ckp dinding vagina sumer ok..tp baby punya heart beat mcm lemah…so dia inject hormon utk kuatkan rahim..melayang duitt..pastu sy plan nk refer kt pakar kerajaan jer..so sy pergi la ke klinik kerajaan dulu utk dapat refer letter jumpa pakar di hospital..MO kt klinik tu tanya la,so sy ckp la staining cenggitu..(merah ckit+coklat2 cenggitu)..
        boleh plak MO tu ckp camni..dulu sy pregnant,bleeding habis satu underwear tu,tp ok jer..dlm hati time tu Tuhan saja yg tahu..how can the doctor talk to her patient like this??for me, even im not a doctor,im juz a diagnostic radiographer,i also part of the medical team…pastu siap leh cakap,”boleh saya scan??”…la,bkn ke tugas DR nk diagnos mslh patient??pendek citer,dah dpt refer letter ke pakar,so 2 weeks la sy ke hospital…1 weeks tu DR bg ubat hormon lg..after dat scan lg,baby semakin membesar..lupa nk ckp,actually O&G kt private tu kata,afrer 1 weeks if baby not growing, maybe kena D&C..sy menangis btul time tu riso kalo kena D&C..tp alhamdulillah,Tuhan nk bg rezki anak ni..

  2. sekadar berkongsi, saya pernah diuji begitu. saya yakin saya hamil, namun ujian UPT negatif. sukar untuk buktikan apatah lagi saya buat salah satu UPT itu di klinik kerajaan. namun tanda yg sama setiap kali hamil, tangan kanan jadi kebas, bukan rezki, akhirnya miscarriage

  3. salam.
    sekadar berkongsi, saya pernah diuji begitu. saya yakin saya hamil, namun ujian UPT negatif. sukar untuk buktikan apatah lagi saya buat salah satu UPT itu di klinik kerajaan. namun tanda yg sama setiap kali hamil, tangan kanan jadi kebas, bukan rezki, akhirnya miscarriage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!