Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Anak tidak mahu menyusu ibu lagi sebab puting kecil

Anak tidak mahu menyusu ibu lagi sebab puting kecil

ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL

 

“ Assalammualaikum Dr. Zubaidi,  saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy.

 

Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit  kekuningan (jaundice). Oleh kerana  kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan.

 

Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang sebelum ini saya mengalami masalah yang sama payudara dan puting yang kecil sedangkan susu banyak sehingga saya pernah mengalami bengkak payudara hingga demam yg teruk. Terima kasih doctor “

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah kekeringan susu ibu bukan disebabkan faktor saiz puting. Ia disebabkan oleh faktor yang saya terangkan nanti.

 

Anak puan telah mengalami “nipple confusion” apabila anak puan telah biasa dengan saiz puting getah, tiba-tiba puan menyuapkan semula dengan puting payudara puan. Ini sebabnya anak puan menolak susu ibu yang diberikan.

 

Agak sukar untuk “memujuk” kembali anak puan kerana dia menyangka puting dan susu sebenar ialah dari puting getah dan susu formula.

 

Akibat dari puan tidak lagi menyusukan anak, maka tiada lagi rangsangan dari otak untuk mengeluarkan hormon prolactin yang bertanggungjawab mengeluarkan susu.

 

Ini menyebabkan susu puan menjadi kering.

 

Puan boleh mencuba untuk melatih semula anak puan dengan tidak memberi susu formula, sehingga dia benar-benar lapar, baru puan berikan susu ibu. Jarakkan masa 3-4 jam sebagai latihan. Jika anak puan sudah kembali menyusu beikan susu sebanyak mungkin.

 

Jika anak puan masih tidak mahu menerima puting puan, boleh isikan susu ubu ke dalam botol. Sekurang-kurangnya anak puan mendapat manfaat dari susu ibu.

 

Untuk memperbanyakkan susu ibu, memang ada beberapa ubat sama ada pil atau suntikan yang diberikan. Namun tiada jaminan kejayaan. Ada wanita yang berjaya mendapat semula susu ibu mereka, dan ada yang tidak.

 

Malah ada wanita yang tidak hamil tetapi mahu menyusukan anak angkat mereka juga berjaya mendapat susu ibu.

 

Saya puan boleh berbincang dengan doktor puan atau email saya drzubaidiahmad@gmail.com.

 

wallahu a’lam

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: