Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak terhantuk dan kepala berdarah

Anak terhantuk dan kepala berdarah

benjol

 

 “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”

 

 

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.

 

Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak dan pendarahan telah berhenti.

 

 

Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang koyak. Untuk menghentikan pendarahan, puan boleh menekapkan luka dengan menggunakan tuala atau kain yang bersih.

 

Puan boleh bawa anak puan ke klinik yang berdekatan jika pendarahan tidak berhenti atau luka tersebut bersaiz besar. Luka tersebut tidak semestinya dijahit jika luka tidak berdarah lagi.

 

Jika terdapat kesan lebam dan benjol di kepala tanpa pendarahan, puan tidak perlu bimbang. Ia disebabkan oleh pengumpulan darah beku di lapisan kulit kepala.

 

Untuk sementara, puan boleh menekapkan dengan ais dari peti sejuk yang dibungkus dengan tuala nipis. Ia akan menghentikan pendarahan, dan lebam dan benjol akan berhenti membesar. Lebam dan benjol ini akan perlahan-lahan hilang selepas seminggu.

 

Apa yang lebih membimbangkan ialah kecederaan pada tempurung kepala (tengkorak) dan kecederaan otak.

 

 

 

Ini berlaku jika kepala anak puan mengalami hentakan yang kuat, maka berkemungkinan ada risiko kesan serius kepada otak dan boleh menyebabkan pendarahan dalam otak.

 

Tanda-tanda pendarahan dan kecederaan pada otak ialah:

 

  1. Pengsan selepas hentakan dan jatuh
  2. Kanak-kanak itu menjadi tidak aktif
  3. Kelihatan bingung
  4. Sawan
  5. Muntah beberapa kali
  6. Tidak dapat bertutur dengan betul
  7. Muka menjadi senget sebelah
  8. Keluar darah atau cecair dari hidung atau telinga
  9. Anak mata hitam tidak sama saiz
  10. Penglihatan menjadi kabur

 

 

Puan dinasihatkan terus membawa anak ke hospital jika melihat tanda-tanda tersebut. Pendarahan dalam otak adalah kecederaan kepala yang serius dan baoleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti mudah hilang ingatan, sawan yang kerap berlaku, serta pencapaian mental dan IQ yang rendah.

 

Apa yang lebih penting ialah pencegahan iaitu dengan memastikan keadaan dalam rumah puan selamat dan terhindar dari bahaya.

 

wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!