Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak sengau

Anak sengau

sengau 1

 

“Salam doctor. Saya mempunyai anak berusia 7 tahun dan baru memasuki sekolah. Beliau mempunyai masalah sengau. Apakah punca sengau dan perlukah beliau menjalani pembedahan? Mohon perncerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya bersimpati dengan anak puan. Masalah sengau haruslah diatasi segera kerana selalunya kanak-kanak sebegini mempunyai rasa rendah diri dan sering menjadi mangsa buli.

 

Apabila seorang bercakap antara satu sama lain, pertuturan berlaku ketika bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui mulut atau hidung.

 

Bunyi yang keluar dari hidung ialah bunyi ‘m’, ‘n’, ‘ng’ dan ‘ny’. Bunyi selain dari ini dihasilkan dari mulut.

 

Jadi sekiranya, bunyi yang sepatutnya keluar dari mulut, tetapi keluar melalui hidung, akan menyebabkan bunyi yang sengau.

 

sengau

Ia berlaku apabila struktur dalam mulut dan hidung yang dikenali sebagai injap velopharyngeal yang terdiri daripada lelangit lembut  dan dinding tekak (pharyng) tidak berfungsi dengan baik.

 

Saya mencadangkan agar membawa anak puan untuk pemeriksaan doctor pakar ENT dan mendapatkan latihan bertutur (speech therapy).

 

WALLAHU A’LAM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: