Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN

 

breastfeeding

 

” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.

 

Saya percaya doktor telah memberikan ubat bromocriptine yang selalunya diberikan kepada wanita yang mempunyai susu yang banyak agar dapat menghentikan susu. Ini kerana susu ibu yang dihasilkan tidak dapat diberikan kepada anak puan. Susu ibu yang banyak boleh menyebabkan payudara ibu menjadi bengkak dan ibu akan berasa sakit.

 

Jika ada jangkitan kuman, payudara puan mungkin akan bernanah dan perlu rawatan antibiotik. Jika nanah terlalu banyak, terpaksa pula menjalani pembedahan kecil membuang nanah tersebut.

 

Bromocriptin bertujuan apabila ia menghalang pengeluaran prolactin. Prolactin inilah yang menyebabkan pengeluaran susu. Prolactin yang terlalu tinggi dalam darah akan menyebabkan masalah kesuburan.

 

Jadi Bromocriptin ini menghentikan susu ibu dan dalam masa yang sama akan mengembalikan kesuburan puan.

 

wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: