Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » anak masuk wad hospital akibat jangkitan paru-paru

anak masuk wad hospital akibat jangkitan paru-paru

ANAK MASUK WAD HOSPITAL

 

 

Assalamualaikum doktor. Saya nak bertanya doktor tentang ubat montelukast. Anak saya dalam tahun ini dah dua kali dimasukkan wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Adakah montelukast dapat menguatkan paru2 untuk mencegah dari terkena jangkitan lagi? Terima kasih, doktor.

 
 
WALAIKUMUSALAM
 
 
Montelukast adalah ubat sintetik dalam kelas “leukotriene receptor antagonists” (LTRAs) yang bertindak dengan menghalang berlakunya serangan asthma atau masalah selsema (allergic rhinitis).
 
 
Jadi montelukast selalu digunakan untuk mencegah masalah yang berkaitan dengan paru-paru seperti pernafasan berbunyi (wheezing), sukar bernafas atau batuk akibat serangan asthma.
 
 
Ini kerana montelukast digunakan untuk tujuan menghalang pengecutan otot pada saluran pernafasan (bronchospasm) yang menyebabkan sukar bernafas.
 
 
Montelukast bukanlah ubat sintetik yang menguatkan paru-paru tetapi ia adalah ubat pencegahan dan ubat rawatan bagi masalah paru-paru terutamanya asthma dan allergic rhinitis.
 
Adakalanya ia diberikan sebagai rawatan bersama dengan ubat-ubatan yang lain bagi merawatan jangkitan kuman pada paru-paru bagi memudahkan penyembuhan.
 
Jangkitan kuman harus dirawat dengan ubat antibiotik (jika disebabkan oleh bakteria) dan jika ia menunjukkan tanda serius, harus dimasukkan ke hospital.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: