Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Anak divaksin tapi mudah dijangkiti demam dan penyakit

Anak divaksin tapi mudah dijangkiti demam dan penyakit

ANAK DIVAKSIN TAPI MUDAH DEMAM DAN PENYAKIT

 

baby vaksin

“Salam doc. Anak pertama saya umur 6tahun-imunisasi saya ambil penuh dari bayi mengikut jadual yg diberi oleh klinik kesihatan (tapi kerap dmm,sakit,senang dapat jangkitan kuman dan senag dapat penyakit berjangkit)

Anak ke2 pula umur 3tahun-imunisasi lengkap sama macam anak pertama saya dan sehingga sekarang masih ada temujanji di klinik kesihatan untuk follow up perkembangan juga ubat cacing (tapi masalah sama macam anak pertama saya,senang dijangkiti penyakit)

Kawan saya anak pertama dia hanya mendapat vaksin (imunisasi dr bayi sampai 6bulan shj)dan ank ke2 pula hanye mendapat suntikan selepas lahir.imunisasi setiap bulan seperti dijadualkan dia tidak pernah ambil.

Kawan saya mengatakan vaksin imunisasi tak bagus dan merbahaya.

Soalan saya,adakah imunisasi bahaya dan tidak perlu untuk anak2? Adakah vaksin penyebab anak2 saya sentiasa tidak sihat? dan kawan saya minta saya sediakan makanan sunnah untuk menggantikan vaksin.saya cuba baca blog2 yang berkaitan tapi tidak mendapat jawapan yg jelas.ada blog mengatakan perlu vaksin dan ada yg mengatakan vaksin itu bahaya.

Mohon doctor bagi pencerahan kepada saya yang keliru. terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Vaksin tidak berbahaya. Vaksin juga tidak menyebabkan anak puan mengalami mudah demam, sakit dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang puan sangkakan. Makanan sunnah tidak dapat menggantikan fungsi vaksin, tetapi saya menggalakkan pengambilannya sebagai suplemen yang baik untuk meningkatkan system dayatahan secara keseluruhannya.

 

Tujuan pemberian vaksin adalah untuk melindungi anak puan dari penyakit tertentu yang sangat berbahaya dan mudah dialami oleh kanak-kanak yang berumur bawah enam tahun. Ini kerana kadar jangkitan kuman pada kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah adalah sangat tinggi, boleh menyebabkan kecacatan  dan kematian. Apabila umur anak puan semakin meningkat, system daytahannya akan bertambah baik dan risiko jangkitan kuman tertentu yang divaksinkan ini semakin berkurang. Sebab itu vaksin diberikan pada bayi sehingga berumur 18 bulan.

 

Jika anak rakan puan tidak divaksin, tetapi sihat, itu tidak bermakna anak-anak orang lain tidak perlu diberikan vaksin. Apa yang berlaku ialah anak rakan puan yang tidak divaksin itu  tidak terdedah kepada kuman penyakit tersebut, kerana anak-anak yang lain telah diberikan suntikan vaksin. Inilah yang dianmakan “herd immunity”. Jika anak beliau terdedah pada kanak-kanak lain yang dijangkiti kuman tertentu (conohnya measles), berkemungkinan besar anak beliau akan dijangkiti. Hanya kuasa ALLAH saja yang melindungi anak yang tidak divaksin ini dari dijangkiti vaksin.

 

Jadi apa yang berlaku pada anak puan sebenarnya ada secara kebetulan. Jika benar vaksin berbahaya, bermakna semua bayi dan kanak-kanak yang disuntik dengan vaksin akan mengalami masalah yang dialami oleh anak puan. Dan kebetulan juga anak kawan tidak dijangkiti kuman,  jadi dia kelihatan lebih sihat berbanding dengan anak puan.

 

Namun anak kawan puan sangat mudah terjangkit dengan panyakit-penyakit berjangkit seperti batuk kokol, measles dan yang lainnya kerana tidak diberikan suntikan vaksin.

 

Jika anak puan dan anak rakan puan sudah berumur 2 tahun ke atas risiko untuk mendapat jangkitan kuman itu semakin kecil. Sebab itu amat jarang penyakit-penyakit yang divaksinkan ini berlaku pada anak-anak berumur lebih 2 tahun, kecuali anak-anak yang tidak diberikan vaksinasi. Jadi pemberian vaksin harus dibincangkan dengan doctor yang merawat anak puan, kerana ia telah terkeluar dari panduan am pemberian vaksin. Doktor akan menilai anak puan dan memberikan nasihat yang sepatutnya.

 

Kesimpulannya, vaksin tidak mendatangkan bahaya pada anak puan. Anak saya dan ramai anak-anak rakyat Malaysia yang lain yang telah diberikan vaksin, dan mereka sihat. Ini bermakna vaksin selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

 

Saya menggalakkan anak saya dan anak-anak yang lain mengamalkan makanan Sunnah kerana ia sangat bermanfaat untuk meninggikan system dayatahan, tetapi ia tidak menggantikan fungsi vaksin.

 

Mengenai anak puan yang sakit, saya harap puan berbincang dengan doctor yang merawat. Saya harap doctor tersebut memberikan jawaban yang memuaskan dan dapat mengesan masalah sebenar yang dialami oleh akan puan.

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: