Anak Dilanggar Motor

ANAK DILANGGAR MOTOR
                                                                                                                       (GAMBAR HIASAN)
 
Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah 3x saje then doc bagi balik . Masalah nye doc bila balik rumah makin je muntah mkn je muntah tapi jadi waktu pagi je bila ptg die ok aktif main semua ok . Dah 2 ari mcm ni doc apa perlu saya buat n saya perlu refer hsptl balik ke? Mohon penjelasan doc . Terima kasih
 
 
WA ALAIKUMMUS SALAM.
 
Saya tidak menggalakkan soalan begini diajukan melalui facebook kerana ia adalah kes kecemasan. Setiap kes kecemasan harus dihantar ke hospital atau klinik bagi pemeriksaan doktor. Ia tidak boleh dilengahkan.
 
 
Bertanya dalam facebook mungkin memudaratkan kerana setiap kes kecemasan tidak boleh ditangguhkan.
 
Namun begitu, secara amnya setiap kes yang dilanggar kenderaan yang bergerak (motovehicle accident) harus dihantar ke hospital, terutama kecederaan yang melibatkan kecederaan berat pada kepala, dada, abdomen, kawasan kemaluan atau anggota tubuh yang lain seperti tangan dan kaki.
 
Bagi kecederaan pada bahagian kepala, doktor akan menentukan sama ada pesakit perlukan pemeriksaan radiografi seperti xray, Ct Scan otak atau MRI otak.
 
Kadang kala doktor tidak melakukan pemeriksaan ini kerana pada masa itu simtom kecederaan kepala masih belum menunjukkan tanda-tanda serius.
 
Namun jika tanda-tanda itu semakin jelas, seperti anak puan muntah banyak kali tanpa berhenti, tidak bermaya (tidak aktif), mengalami rasa sakit kepala, pandangan kabur, atau benjolan kepala semakin besar, saya cadangkan elok pergi terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
 
Semoga bermanfaat…
IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!