Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak demam melebihi 10 hari

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI

 

“Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.

 

Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.

 

Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada kuman dalam paru-paru dan kahaknya terlampau banyak. Doktor memberikan ubat ubat antibiotik EES, dan salbutamol.

 

Hari ini anak saya mengalami demam panas yang tinggi (39°C), berkahak kuning meleleh keluar dari mulut. Saya ingin bertanya bolehkah saya teruskan ubat antibiotik EES dan salbutamol atau saya perlu membawa anak saya ke klinik semula untuk meminta ubat antibitoyik yang lain, mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Puan dan anak puan mempunyai pengalaman menghidap masalah batuk yang panjang, melebihi dua minggu. Saya berharap puan telah sempurna membawa anak puan untuk suntikan vaksin pada umur satu tahun setengah.

 

Ini kerana kanak-kanak yang divaksin lebih kuat mempunyai dayatahan (immunity) berbanding dengan anak yang tidak disuntik dengan vaksin.

 

Demam dan batuk adalah masalah utama bagi kanak-kanak, terutama yang berusia 5 tahun ke bawah. Kanak-kanak atau bayi yang berusia satu tahun ke bawah pula lebih mudah dijangkiti demam dan batuk, dan keadaannya dengan mudah menjadi lebih teruk berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar.

Saya tidak memeriksa anak puan dan agak keliru dengan scenario yang diberikan. Antaranya jika doctor yang melakukan xray memberitahu bahawa paru-paru anak puan mempunyai banyak kuman, adakah ketika itu anak puan mengalami demam yang kuat, sukar bernafas dan tidak aktif?

 

Jika anak puan ketika itu mempunyai masalah sukar bernafas (pernafasannya pendek dan laju), demam yang kuat dan tidak aktif, sebaiknya anak puan dimasukkan ke wad bagi pemerhatian dan rawatan yang lebih sempurna, kerana pada masa itu keadaannya dalam kritikal.

 

Jika anak puan hanya diberikan ubat antibiotic untuk dimakan, bermakna anak puan tidaklah berkeadaan serius.

 

Apa yang puan perlu lakukan ialah dengan memastikan anak puan mengambil ubat dengan betul, berjadual dan sehingga sempurna (biasanya antara5-7 hari). Jika tidak masalah anak puan anak berulang. Ini yangs sering berlaku.

 

Kedua puan harus memastikan anak puan makan dan minum. Air boleh diberikan sama ada dalam bentuk susu, jus buah-buahan atau air mineral (jika anak puan berusia lebih dua tahun). Dengan pengambilan air yang cukup, ia akan membantu anak puan cepat sembuh.

 

Dalam masa yang sama jika puan melihata anak puan mengalami demam yang kuat, sekejap turun dan sekejap naik suhunya selama tiga hari atau demamnya tidak kurang lansung dalam masa 3 hari, ia menandakan anak puan dalam keadaan yang agak bahaya. Apatah lagi jika dia mengalami sukar bernafas dan hanya berbaring dan tidak aktif.

 

Segerlah membawa anak puan ke Jabatan Kecemasan untuk doctor menilai semula keadaan anak puan dan berkemungkinan anak puan akan ditahan di wad bagi rawatan yang lebih agresif dan lebih sempurna.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: