Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)

rbhc_53

 

“Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.

 

Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah hampir semua bayi yang baru lahir mengalami masalah kekuningan, tetapi selalunya ia tidak ketara.

 

Oleh itu ia adalah keadaan yang tidak berbahaya dan bersifat sementara yang akan hilang dengan sendiri secara beransur-ansur.

 

Cara memeriksa kekuningan (jaundis) pada kulit anggota bayi puan ialah dengan ambil bayi puan ke bilik dengan terang dengan cahaya semulajadi atau cahaya fluorescent. Jika kulit bayi puan jenis yang cerah, perlahan-lahan tekan jari puan pada dahinya, hidung, atau dada, dan mencari warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan. Jika anak anda mempunyai kulit gelap, periksa kekuningan dalam gusi atau putih matanya.

 

Dalam kes-kes yang tertentu tetapi jarang berlaku, masalah kekuningan ini sangat serius.

 

Ini kerana apabila tahap kekuningan sangat tinggi, ia bermakna tahap bilirubin dalam darah bayi itu terlalu tinggi, dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sistem saraf dan  yang boleh menyebabkan kurang pendengaran (pekak), perkembangan mental yang lambat, atau boleh mengalami suatu keadaan seperti cerebral palsy.

 

Kebanyakan keadaan, kekuningan pada bayi akan hilang selepas dua minggu. Pada usia anak puan 3 minggu, seharusnya kekuningan sudah hilang. Jika puan merasa bimbang saya mencadangkan agar puan melakukan ujian darah untuk memeriksa paras bilirubin anak puan.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: