Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak berusia 7 bulan tidak mahu minum susu formula

Anak berusia 7 bulan tidak mahu minum susu formula

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA

 

 

 

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih.

1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula.

2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih mnolak hinggakan saya terpaksa guna picagari untuk dia minum. Itu pun dia masih mnyembur keluar dan tidak mahu minum susu. Boleh tak doktor bagi saya jalan penyelesaian kerana saya sudah bingung mahu fikirkan cara nak bagi susu. Dia tidak ada masalah untuk makan.

Saya harap doktor dapat membantu saya..Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pemberian susu sangat penting bagi kanak-kanak yang berusia satu tahun ke bawah. Ini kerana susu yang diberikan akan memberikan nutrisi, tenaga dan air yang diperlukan.

 

Susu yang terbaik ialah susu ibu kerana ia memberikan ketiga-tiga faedah yang saya sebutkan, disamping meningkat daya tahan kanak-kanak tersebut kerana mengandungi antibodi yang dihasilkan oleh ibu yang menyusukan itu.

 

Namun begitu ia bukanlah menjadi suatu isu besar apabila anak puan mula mengambil makanan separuh pepejal apabila berumur lebih enam bulan. Cuma saya mencadangkan agar pemberian makanan separuh pepejal ini diberikan selepas berumur setahun terutama jika anak puan ada risiko untuk mendapat alahan dari pemakanannya.

 

Dalam kes puan, anak puan sudah mula memberikan makanan separuh pepejal. Apa yang penting ialah memastikan berat anak puan seiring dengan berat yang sepatutnya mengikut umur anak puan. Jangan risau sangat pasal memberikan susu formula.

 
Pastikan dia mendapat air yang secukupnya dengan menggalakkan dia minum air kosong (jika dia tidak mahu minum susu). Boleh kisarkan buah-buahan (seperti tembikai dan oren) untuk mendapatkan jus yang sihat.

 

Pastikan anak puan memakan makanan yang bernutrisi dan seimbang. Elakkan memberikan jajan atau makanan/minuman yang terlalu manis atau bergula..

 

Semoga bermanfaat.

 

Untuk info lanjut tentang pemakanan, ikuti saya di facebook
Page FB DrZubaidiHjAhmad

 

#DrZubaidiHealth

 

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!