Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Anak-anak yang lambat berkembang

Anak-anak yang lambat berkembang

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG
baby-walking
Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.
 
 
Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.
 
 
Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.
 
Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku apabila mereka tidak mendapat kemahiran yang dicapai oleh kanak-kanak yang sama umur dengannya.
 
Antara kemahiran yang perlu diperhatikan ialah :
1. Kemahiran melakukan pergerakan kasar (seperti berjalan dan berlari)
2. Kemahiran melakukan pergerakan halus (seperti memegang objek)
 
3. Kemahiran berkomunikasi (seperti bertutur)
 
4. Kemahiran kognitif (kebolehan memahami, berfikir, dan belajar)
5. Kemahiran sosial (kebolehan berinteraksi dengan rakan)
 
Kadang-kala kelewatan mendapat kemahiran seperti ini hanyalah bersifat sementara dan boleh diperbaiki. Anak-anak yang dilahirkan secara pramatang selalunya lebih lewat mendapat kemahiran ini, namun ia bukanlah sesuatu yang dibimbangkan.
 
Ia juga boleh berlaku pada anak-anak yang tidak bercampur dengan kanak-kanak lain seperti kanak-kanak yang sakit, terpaksa diasingkan dari kanak-kanak lain.
 
Kanak-kanak yang berada dalam keluarga yang tidak harmoni, selalu dimarahi dan tidak mendapat kasih sayang ibubapa, juga mungkin mengalami masalah yang sama.
 
Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan yang kekal, berlaku apabila mengalami masalah kesihatan seperti kanak-kanak yang mengalami masalah yang lebih serius seperti ketidaksempurnaan fungsi otak seperti cerebral palsy, atau kanak-kanak yang mengalami masalah berkaitan otot, atau autisma atau masalah pendengaran dan banyak lagi.
 
 
Kita harus ingat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
 
 
Berbincanglah dengan doktor, bagi menentukan kelewatan itu bersifat sementara atau ada masalah yang lebih serius.

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI  http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!