ANAK 6 BULAN ALAMI RUAM SELEPAS DEMAM

“Salam doktor,  anak saya berusia 6 bulan. Tiga hari lepas dia kena demam panas. Setelah demamnya surut timbul pula bintik-bintik  merah pada seluruh tubuh hingga kepala sehingga menyebabkan dia rasa tidak selesa. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Jika anak puan baru mengalami demam dan kini mempunyai ruam, boleh jadi anak puan mengalami masalah yang dinamakan sebagai roseola, juga dikenali sebagai roseola infantum atau sixth disease.

 

Roseola adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes.

 

Ia bermula dengan demam yang agak tinggi secara tiba-tiba, berlangsung selama tiga hingga lima hari dan diikuti dengan ruam. Ruam ini tidak gatal dan biasanya berlaku pada tangan, kaki dan muka.

 

Jika teruk, bayi dan kanak-kanak yang mengalami roseola, selalunya mudah merengek, cepat marah dan letih dan mengalami cirit-birit ringan, kurang selera makan, mata merah, kelopak mata bengkak, hidung berair, atau tekaknya sakit. Kelenjar pada leher mungkin akan bengkak. Kira-kira hanya 10-15 peratus yang mengalami sawan. Namun begitu selalunya mereka kelihatan sihat, aktif dan mempunyai selera makan yang baik.

 

Tiada rawatan khusus bagi penyakit ini, dan ia akan reda setelah beberapa hari. Paling penting, pastikan anak puan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi akan menyebabkan anak puan akan lambat sembuh atau menjadikan keadaan dia bertambah teruk.

 

Jika anak puan dijaga oleh pengasuh di TASKA, saya mencadangkan agar ia tidak dihantar ke sana bagi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak yang lain. Dia boleh dihantar semula selepas ruam di tubuhnya hilang.

 

Roseola boleh merebak melalui air liur atau ketika bersin dan batuk. Ia juga merebak melalui sentuhan najis apabila kanak-kanak ini tidak mencuci tangan selepas ke bilik air.

 

Saya mencadangkan agar puan membawa anak puan untuk pemeriksaan doctor semula jika

1. ruam anak puan menjadi lebih teruk.

2. demam semula atau demam menjadi tinggi.

3. bayi puan menjadi tidak aktif

4. ruam berlangsung melebihi satu minggu.

 

Berkemungkinan anak puan mengalami jangkitan kuman yang berbeza atau telah dijangkiti dengan kuman tambahan.

 

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!