Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

 AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU

 

“Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan.  Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua,  apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

POSTINOR adalah pil pencegah kehamilan yang sangat berkesan jika diambil dalam masa 72 jam (3 hari) selepas melakukan hubungan intim dengan suami jika tidak menggunakan kaedah pencegah kehamilan. Ia sangat sesuai untuk pasangan yang tinggal berjauhan, dan sesekali jumpa pada hujung minggu dan pada hari cuti.

 

POSTNOR mengandungi sejenis hormone yan dinamakan sebagai Levonorgestrel, yang bertujuan untuk menghalang pengeluaran ovum (telur perempuan) dari ovary. Dengan ini persenywaan sperma tidak berlaku kerana ovum tidak dikeluarkan.

 

POSTINOR harus diambil segera selepas hubungan intim walaupun ia masih berkesan menghalang kehamilan selepas 3 hari melakukan hubungan intim. Maknanya jika telah melakukan hubungan itu dua hari yang lepas, pil perancang ini masih berkesan. Sebaiknya ia harus diambil setelah melakukan hubungan intim dengan suami jika tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan seperti kondom. Oleh itu ia dikenali sebagai “pil emergency”.

 

POSTINOR adalah pencegah kehamilan yang mengandungi satu pil sahaja dalam satu kotak. Ada juga yang mengandungi 2 biji pil, yang mana pil kedua harus diambil selepas 12 jam dari pil pertama.

 

POSTINOR tidak seharusnya diambil lebih dari sekali dalam satu kitaran haid. Ini kerana jika ia penggunaannya melebihi melebihi sekali dalam satu kitaran haid, ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu.

 

POSTINOR juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Jika ini berlaku dalam masa 3 jam selepas mengambil POSTINOR, maka hendaklah diulang semula pengambilannya. Jika muntah berlaku selepas 3 jam, maka tidak perlu mengulangi semula pengambilan POSTINOR.

 

Selalunya POSTINOR sangat selamat, dan berkesan. Saya mencadangkan agar berjumpa doctor, jika:

 

  1. Sudah tidak datang melebihi seminggu dari tarikh sepatutnya
  2. Pendarahan haid yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
  3. Rasa sakit perut di bahagian ar-ari atau bahagian bawah pusat

 

Kehamilan selalunya berlaku apabila tidak menggunakan POSTINOR dengan cara yang betul.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: