Advertorial
Home » Doktor Menjawab » ambil paracetamol ketika menyusukan anak

ambil paracetamol ketika menyusukan anak

BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?

 

 

“Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih”

 

WALAIKUMUSALAM

 

Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.

 

Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam. Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.

 

Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.

 

Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:

 

  1. bayi puan lahir secara pramatang
  2. bayi puan lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg)
  3. bayi puan lahir dengan masalah kesihatan yang serius
  4. puan mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.

 

Puan boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika puan ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.

 

Semoga bermanfaat.

 

Boleh like facebook saya untuk mendapat lebih banyak info. Klik dan like https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: