Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ambil Panadol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

Ambil Panadol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

boy asthma

 

“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Panadol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol atau Panadol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak.

 

Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand.

 

Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol (Panadol) oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma.

 

Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan.

 

Beliau hanya memberikan peringatan agar ubat ini tidak diambil secara berterusan dan diambil ketika diperlukan saja.

 

Acetaminophen, atau paracetamol seharusnya diberikan hanya kepada wanita hamil untuk menurunkan suhu dalam ketika mereka demam kuat.

 

Laporan ini juga dipertikaikan oleh Prof Dr Victoria Persky di JabatanEpidemiologi dan Biostatistik, Universiti Illinois di Chicago.

 

Beliau berkata, lebih banyak data yang diperlukan sebelum membuat kesimpulan bahawa wanita hamil yang menggunakan ubat ini boleh menyebabkan anak mereka mendapat asthma.

 

Pendapat beliau disokong oleh Dr Rebecca Piltch, seorang pakar allergist di San Francisco, dan Dr Charles Lockwood, pakar Obstetrik, Ginekologi, dan Sains Pembiakan di Universiti Yale. Mereka berpendapat bahawa kajian ini bersifat berat sebelah.

 

American Congress of Obstetricians and Gynecologists, satu badan yang mengumpulkan pakar-pakar Obstetricians dan Ginekologi di Amerika Syarikat juga tidak melarang penggunaan acetaminophen untuk wanita hamil.

 

Jadi saya berpendapat bahawa pengambilan paracetamol atau Panadol untuk wanita hamil adalah selamat mengikut dos yang telah dietetapkan. Ia juga harus hanya diberikan jika perlu untuk menurunkan suhu badan yang terlalu tinggi ketika demam.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top