Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Amalan mencuci faraj (Douching)

Amalan mencuci faraj (Douching)

 

 

 

 

Hujung alat ini dimasukkan ke dalam faraj

Hujung alat ini dimasukkan ke dalam faraj

 

“Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?” 

 

Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.

 

Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.

 

Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka berbaur kuat. Ada di antara mereka pula yang membasuh baki-baki darah haid dengan cara ini. Wanita yang tidak mahu hamil juga melakukannya untuk mengelakkan kehamilan.

 

Namun mereka tidak menyedari bahawa amalan sebegini boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk.

 

Antara bahaya melakukan amalan ini ialah:

 

1. Bagi wanita yang hamil melakukan amalan ini boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ini kerana ia merangsang pengecutan otot-otot rahem.

 

2. Paling utama, amalan ini juga boleh menyebabkan jangkitan dalam faraj atau dikenali sebagai “bacterial vaginosis”. Ini kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora semulajadi dalam faraj. Flora dalam faraj ini akan menghalang sebarang jangkitan kuman. Perubahan yang ketara akibat membersihkan faraj secara begini akan memudahkan kuman-kuman menyerang permukaan vagina.

 

Bagi wanita yang hamil, jangkitan kuman pada faraj (bacterial vaginosis) boleh meningkatkan risiko mengalami kelahiran pramatang.

 

3. Amalan ini juga akan menyebabkan jangkitan kuman pada faraj dan seterusnya boleh menyebabkan keadaan yang lebih parah iaitu “endometriosis”.

 

4. Selain itu, amalan ini  boleh menyebabkan masalah “Pelvic inflammatory disease” (PID) iaitu jangkitan kuman pada rahem (uterus), saluran fallopian dan kelenjar kilang ovari. Dalam kajian yang dilaporkan, wanita yang mengamalkan amalan ini boleh mempunyai risiko 75% lebih tinggi dari wanita yang tidak mengamalkannya, untuk mendapat PID.

 

5. Wanita yang mengamalkan amalan ini juga boleh mengalami masalah ketidaksuburan.

 

6. Amalan ini bolen meningkatkan risiko hamil di luar rahem (ectopic pregnancy) sebanyak 75% berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkannya.

 

7. Wanita yang mengamalakan amalan ini seminggu sekali boleh meningkatkan risiko mendapat kanser pangkatl rahem (cervical cancer).

 

 

Nasihat saya ialah hentikan amalan douching ini kerana ia adalah amalan yang bahaya, tidak kira sama ada menggunakan air yang dicampurkan dengan bahan kimia, ubatan herba atau cuka.

 

 

Menurut pakar-pakar dari  American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), amalan douching harus digantikan dengan amalan membasuh kemaluan di bahagian luar saja tanpa perlu memasukkan ke dalam faraj dengan menggunakan air bersih saja atau menggunakan sabun yang mempunyai ph 7.0.

 

Bagi wanita yang mengalami keputihan yang melampau, boleh gunakan Ekstrak Kacip Fatimah sebagai suplemen untuk mengurang keputihan pada faraj.

 

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!