Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

 

“Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.”

 

Wa alaikumsalam.

 

Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari.

 

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.”

 

Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang dapat menyembuhkan penyakit saudari dan ubat-ubat yang diberi hanya sebagai perantara untuk menyembuhkan saudari.

 

Berdasarkan cerita dan umur saudari, saya percaya puan mengalami penyakit radang sendi Rheumatoid Arthritis. Penyakit ini memang dihadapi oleh ramai orang Malaysia. Rawatannya pula memerlukan kos tinggi dalam jangka masa yang panjang.

 

Tapi insya ALLAH jika diberikan rawatan yang betul dan serasi, ramai pesakit telah berjaya pulih, sakit telah kurang dan sendi kembali berfungsi dengan baik.

 

Penyakit Rheumatoid Arthritis berlaku apabila antibodi pesakit diri menyerang badannya sendiri sehingga merosakkan sendi, dan organ yang lain.

 

Pesakit sering mengalami sendi yang bengkak dan sakit di bahagian sendi yang sama,

 

Selalunya ia melibatkan sendi yang lebih kecil seperti sendi pada jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan, terutama pada waktu pagi ketika bangun tidur.  Pesakit juga rasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.

 

Jika tidak diberikan rawatan yang betul, radang pada sendi boleh merebak ke sendi yang lain seperti sendi siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

 

Walau bagaimana pun, jangan berputus asa dalam mencari rawatan yang serasi. Berusahalah.

 

Dalam satu hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi daripada sahabat Nabi Usamah bin Syuraik, rasulullah SAW bersabda, “Berubatlah, kerana tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penawarnya, selain dari satu penyakit, iaitu mati”.

 

Doktor di hospital, hanya akan memberikan ubat penahan sakit dan steroid untuk mengurangkan bengkak.

 

Saya mencadangkan agar saudari mengamalkan suplemen habatus sauda, selain dari ubat-ubatan yang doctor berikan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: