Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Alah pada air mani suami

Alah pada air mani suami

 

seksual

“Assalamu alaikum doktor, saya sering mengalami masalah setiap kali apabila selepas bersama suami, saya mengalami rasa pedih dan terbakar pada alat sulit saya.  Doktor yang memeriksa mengatakan bahawa saya mengalami alahan pada air mani suami. Rasa pedih dan terbakar berkurangan apabila saya memujuk suami menggunakan kondom. Benarkah saya mengalami alahan pada air mani suami?”

 

Wa alaikum mus salam. Saya rasa simpati dengan masalah yang puan hadapi. Ini merupakan ujian besar bagi puan bersama suami.

 

Kes seperti ini jarang berlaku. Ia disebabkan oleh seorang isteri sangat sensitif dan mengalami tindakbalas alahan  pada protein yang terdapat dalam air mani suami. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan berlakunya ketidaksuburan.

 

Tanda alahan pada air mani suami ialah mengalami rasa terbakar, kemerahan dan bengkak pada sekitar alat kelamin selepas mengadakan hubungan bersama suami.

 

Bagi wanita yang terlalu sensitif, mungkin mengalami tindakbalas yang lebih teruk seperti bengkakan pada muka, rasa gatal seluruh tubuh dan rasa sukar bernafas.

 

Oleh itu saya menasihatkan puan agar berjumpa doctor agar pengesahan mengenai masalah ini dapat dilakukan dan rawatan yang sebaiknya dapat diberikan.

 

Pengesahan hanya dapat dilakukan dengan melakukan ujian alahan (allergy testing) dan ujian darah Immunocap.

 

Bagi membolehkan hubungan intim dengan suami puan, saya cadangkan puan menggunakan kondom dan mengelakkan sentuhan secara langsung pada air mani suami puan.

 

Puan masih berpeluang untuk hamil, walaupun mengalami alahan pada air mani suami, dengan melakukan teknik permanian berhadas (artificial insemination) menggunaan sperma suami yang diersihkan dari proten atau melalui teknik VIF (vitro fertilization).

 

Ezerex dapat membantu lelaki dan suami yang mengalami masalah ketegangan zakar. Maklumat lanjut di   https://www.facebook.com/ezerexmalaysia.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: