Air tuban atau air kencing?

“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..”

 

Wa alaikum mus salam.

Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing.

Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor pakar O&G agar pemeriksaan ultrasound dapat dilakukan. Untuk sementara waktu hadkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan keadaan lebih bertambah teruk.

Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan sama ada air tuban yang tinggal dalam rahem masih mencukupi atau semakin berkurangan. Jika mencukupi, maka jangan terlalu risau dan banyakkan rehat.

Jika air tuban berkurangan, maka doctor akan menasihati puan tinggal di hospital bagi memantau sama ada air tuban itu bocor dan keluar lagi (‘leaking’). Ada kalanya selaput tuban yang bocor akan bercantum semula dan puan dapat meneruskan kehamilan puan dengan selamat.

Dalam hal ini, banyaklah berehat dan berdoa agar kehamilan puan dipermudahkan ALLAH.

Leave a Reply

error: Content is protected !!