Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Air Mani Warna Kuning

Air Mani Warna Kuning

 

yellow water

 

 

“Assalam mu alaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya apakah warna sebenar air mani? Adakah putih susu atau kekuningan. Untuk makluman doctor, air mani saya agak kekuningan. Adakah ia menghalang peluang saya untuk mempunyai anak?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Air mani adalah cecair yang membawa sperma bersama nutrisi yang diperlukan oleh sperma di sepanjang perjalanan untuk disenyawakan.

 

Warna air mani yang normal ialah jernih keputihan dan adakalanya kelihatan sedikit kelabu.

 

Antara punca warna air mani menjadi kuning ialah pemakanan yang mengandungi banyak sulphur seperti bawang putih dan bawang merah. Ia dapat diatasi dengan meminum air yang secukupnya. Dalam hal ini ia bukanlah suatu penyakit.

 

Air mani yang disimpan terlalu lama dalam testikel (kerandung zakar) juga akan bertukar warna menjadi kekuningan. Apabila beberapa kali dikeluarkan, warna air mani akan bertukar menjadi jernih keputihan semula.

 

Orang yang berusia 60an mengeluarkan air mani yang berwarna kekuningan akibat proses penuaan yang normal. Tidak perlu diberikan apa-apa ubat kecuali ada tanda-tanda lain seperti demam atau rasa sakit ketika kencing.

 

Hal yang sama berlaku jika terdapat jangkitan kuman pada kelenjar prostate.

 

Air mani yang bercampur dengan air kencing juga berwarna kekuningan. Ini berlaku akibat kebocoran pada pundi kencing apabila otot yang mengawal air kencing tidak berfungsi dengan baik. Jika mengalami masalah ini saya menasihatkan agar ke bilik air untuk membuang air kecil dulu sebelum melakukan hubungan dengan isteri.

 

Jangkitan kuman pada alat kelamin kemaluan seperti zakar, saluran kencing dan kilang air mani akibat penyakit kelamin (STD) akan menyebabkan air mani berwarna kekuningan.

 

Selain dari berwarna kuning, air mani mempunyai bau yang hanyir dan busuk.

 

Saya menasihatkan jika air mani yang kuning, yang datang bersama rasa sakit, demam dan berbau busuk, haruslah segera mendapat pemeriksaan doctor.

 

Manakala air mani hanya berwarna kuning saja, dan tidak ada tanda lain,  boleh menunggu sehingga sebulan. Kurangkan makanan yang bersulfur, lakukan hubungan intim, sekurang-kuranganya dua minggu sekali, dan minum air yang secukupnya.

 

Jika masalah ini tidak berkurangan, saya mencadangkan agar berjumpa doctor dan lakukan pemeriksaan air mani bagi memantau keadaan sperma.

 

Sperma yang tidak normal akan mengurangkan peluang untuk menghamilkan isteri.

 

Saya juga mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus bagi memperbaiki kualiti sperma dan meninggikan peluang untuk menghamilkan isteri.

 

Untuk keterangan lanjut boleh ke https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: