Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Air Mani Cair

Air Mani Cair

seks3

 

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu  merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.

 

Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah  kesuburan, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk menghamilkan isteri.

 

Kecairan air mani ini bermakna suami puan mengalami bilangan sperma yang kurang berkualiti (sama ada bentuk atau pergerakannya)dalam air mani.

 

Air mani yang cair bukan bermakna air mani yang mudah mengalir semula keluar dari faraj selepas hubungan seksual bersama suami.

 

Air mani yang cair hanya dapat didiagnosa dengan pemiksaan air mani yang dilakukan dalam makmal.

 

Secara amnya diagnose “air mani yang cair” atau “oligozoospermia” haruslah adalah berdasarkan pada dua kali pemeriksaan air mani.

 

Tidak adil atau tepat jika diagnose itu dilakukan hanya sekali, kerana ada kalanya ia hanya kesilapan makmal.

 

Secara amnya bilangan sperma yang kurang daripada 15 juta sperma dalam satu ml dianggap rendah dan mengalami kecairan.

 

Berikut adalah cara menentukan tahap kesuburan lelaki, berdasarkan air mani dalam satu ml.

 

Ringan: kepekatan sperma 10-20000000 / ml

Sederhana : kepekatan sperma 5-10000000 / ml

Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml

 

(Rujuk: Padubidri; Daftary (2011). Shaw’s Textbook of Gynaecology,p. 204)

 

Jika masalah kecairan air mani di peringkat rendah, maka ia lebih mudah dirawat, berbanding dengan masalah kecairan yang teruk.

 

Jadi saya menasihatkan suami puan lakukan semula pemeriksaan air mani, jika meragui keputusan yang dikeluarkan dari makmal.

 

Setakat ini, belum ada lagi ubat bagi merawat masalah ini. Namun begitu saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus bagi memekatkan air mani (menambah bilangan sperma atau meningkatkan kualiti).

 

Boleh baca info di https://www.facebook.com/ProxeedPlus

 

Jangan berputus asa. Ramai suami yang berjaya menghamilkan isteri apabila mendapat rawatan yang sesuai.

 

Banyaklah berdoa, bersolat hajat dan bersedekah.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: