Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Air Ketuban yang banyak

Air Ketuban yang banyak

woman pain delivery

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung.

Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit.

Jadi puan tidak perlu risau.

Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga lapan bulan. Mungkin ini menyebabkan air ketuban kelihatan banyak, pada hal ia adalah normal.

Selepas umur kehamilan menjadi 32 minggu, air ketuban puan akan kelihatan berkurangan. Ini tidak bermakna air ketuban puan yang tidak mencukupi tetapi disebabkan oleh bayi puan yang semakin membesar.

Namun begitu ada beberapa keadaan yang menyebabkan air ketuban puan terlalu banyak tetapi selalunya dikaitkan dengan penyakit yang mungkin puan hadapi seperti diabetes mellitus.

Jika puan sihat jadi tidak perlu risau.

Masalah yang mungkin berlaku jika air ketuban puan benar-benar terlalu banyak ialah:

1. Kedudukan bayi puan yang selalu bertukar-tukar kedudukan seperti songsang, dan melintang.

2. Abdomen puan menjadi terlalu besar dan berat sehingga menyebabkan puan mengalami sakit pinggang.

3. Puan mungkin akan melahirkan anak terlalu awal (kelahiran pramatang) dan bayi puan boleh dimasukkan ke dalam inkubator.

4. Tali pusat bayi terlilit pada lehernya dan perlu dibedah Cesarean.

Air ketuban tidak dapat dikurangkan atau ditambah dengan ubat atau pemakanan. Jika ia berlaku selalunya membiarkan saja kerana ia tidak mengganggu kehamilan puan, melainkan ia menyebabkan puan mengalami sukar bernafas atau masalah lain yang lebih mendesak.

WALLAHU A’LAM

 

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI  http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!