Advertorial
Home » BERNAMA RADIO 24 » Aduh Peningnya Kepalaku

Aduh Peningnya Kepalaku

“ADUH PENINGNYA KEPALAKU”

 

 

Giddiness

 

1.APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?

 

Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.

 

Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.

 

Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.

 

Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita.

 

Ada juga yang menggunakan istilah pening apabila rasa seperti mahu pitam kerana tiba-tiba rasa kepalanya ringgan atau rasa dirinya mahu terbang dari atas tanah. Seolah-olah beliau rasa ditarik ke atas udara secara tiba-tiba. Pesakit ini mungkin rasa tidak stabil dan mahu jatuh. Sebenarnya beliau lebih rasa tidak seimbang lalu mahu jatuh. Ini adalah tanda yang lebih bahaya. Dalam bahasa mediknya disebut sebagai “presyncope”. Ini berlaku apabila kepekatan oksigen yang sampai ke otak tidak mencukupi. Ia mungkin tanda stroke, serangan sakit jantung dan sebagainya.

 

Rasa pening juga boleh terjadi apabila seseorang itu bernafas terlalu laju, atau kita sebut sebagai ‘hyperventilation’. Selalunya disebabkan oleh perasaan terlalu risau. Ini pula berlaku apabila terlalu banyak oksigen sementara terlalu sedikit kepekatan karbon dioksida yang sampai sampai ke dalam otak. Perlu ada keseimbangan antara kepekatan oksigen dan karbon dioksida yang kita hirup dari udara.

 

Jadi sangat penting bagi seorang doctor mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ‘pening’ atau mengalami masalah lain seolah-olah pening. Ini kerana punca, pemeriksaan dan rawatan bagi pening berbeza dengan masalah yang lain.

 

Tetapi apabila selalunya jika seseorang pesakit mengadu pening, selalunya ia merujuk kepada masalah vertigo. Namun sebagai doctor harus memastikan perkara ini dengan bertanyakan beberapa soalan.

 

Antara soalan yang biasa tanyakan ialah “Puan rasa seluruh bilik ini berpusing atau puan rasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut?” Ini dapat membezakan antara dua simtom atau gejala yang berbeza.

 

 

2.ADAKAH PENING BERKAITAN DENGAN MASALAH TELINGA?

Ya, kebanyakan masalah pening (atau kita sebut sebagai vertigo) ini berpunca dari masalah dalam telinga. Apa yang saya maksudkan ‘dalam telinga’ ialah struktur di belakang gegendang telinga, yang hampir dengan otak. Lokasi ini disebut sebagai ‘inner ear’.

 

inner ear 2

 

Bahagian ini sangat berkaitan dengan sistem perimbangan dan sistem pendengaran kita. Jika sistem ini tergangu, ia menyebabkan kita tidak boleh mendengar dengan baik dan kita rasa tidak seimbang. Ini menyebabkan kita  rasa persekitaran kita berputar, dan kita rasa mahu rebah.

 

inner ear 3

 

Bahagian ‘inner ear’ ini mengandungi satu struktur tulang yang bentuknya seperti siput (dinamakan cochlear) dan di hujungnya berbentuk semibulatan (dinamakan vestibular). Cochlear bertanggungjawab dalam sistem pendengaran. Vestibular pula mempunyai 3 struktur yang penting iaitu anterior, posterior dan lateral semicircular canal  yang bertanggungjawab dalam menjaga keseimbangan tubuh.

 

 

Oleh kerana dua struktur ini (vestibular dan cochlear) saling berhubungan dan sangat rapat, apabila satu struktur mengalami masalah ia akan akan melibat kedua-dua struktur ini.

 

3.APAKAH PUNCA PENING YANG BIASA BERLAKU?

Kebanyakan rasa pening (vertigo) ini berpunca dari masalah yang berlaku dalam kawasan ‘inner ear’.  Antaranya:

 

  1. BPPV atau ‘benign paroxysmal positional vertigo’. BPPV berlaku apabila terdapat masalah yang menghalang cecair dalam cochlear tadi mengalir dengan lancar, sama ada terdapat mendakan mineral kalsium yang membentuk ‘canalith’ atau ceceair itu sendiri mengalami menjadi lebih pekat sehingga lambat pengalirannya. Pengaliran yang tidak lancar melambatkan signal yang bergerak dari  struktur vestibular kepada otak. Signal ini penting bagi memberitahu otak tentang pergerakan kepala dan tubuh. Jika pergerakan ini terganggu, ia akan mengganggu perimbangan tubuh. Kita akan rasa berpusing dan mahu rebah.

 

BPPV boleh berlaku  apabila usia bertambah. Ia adalah salah satu proses penuaan.

 

  1. Meniere’s disease. Ia juga berkaitan dengan masalah kepekatan ceceair dalam struktur vestibular. Selain mengalami rasa pening dan berpusing, pesakit juga mengalami masalah pendengaran dan dan mendengar bunyi ‘dengungan’.

 

 

  1. Vestibular neuritis atau labyrinthitis. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan seluruh kawasan ‘inner ear’ termasuk struktur di dalamnya (vestibular dan cochlear) termasuk urat saraf menjadi bengkak. Ini mengganggu perimbangan dan pendengaran pesakit.

 

Pening juga boleh disebabkan oleh :

  • Kecederaan kepala
  • Tumor otak
  • Stroke
  • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan telinga. Ubat-ubatan ini disebut sebagai ‘ototoxic drug
  • Migraine

 

 

4.BILAKAH PENING PERLUKAN RAWATAN?

Semua jenis masalah perimbangan badan akibat vertigo harus mendapat pemeriksaan yang sempurna dari doctor. Apatah lagi jika rasa pening (vertigo) ini berkaitan dengan masalah seperti di bawah.

 

  1. vertigo berlaku secara serta-merta
  2. vertigo berlaku bersama dengan masalah lain seperti pandangan berkabur, rasa kebas pada bahagian muka, sukar menelan.
  3. vertigo yang tidak disebabkan oleh perubahan posisi kepala dan tubuh badan.
  4. vertigo yang tidak hilang dengan sendiri, berlaku secara berulang-ulang atau berlangsung sepanjang hari.
  5. vertigo yang bukan disebabkan oleh masalah yang diketahui. Masalah yang diketahui selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat, arak/tuak/alcohol, dehidrasi (kekurangan air) atau kepekatan gula yang rendah dalam darah.

 

5.PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING

Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.

 

Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.

 

Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.

 

Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.

 

Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.

 

Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.

 

Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.

 

  1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
  2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
  3. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
  4. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.

4.Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).

  1. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.

 

 

  1. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

 

  1. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.

 

  1. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.

 

  1. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.

 

  1. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.

 

 

  1. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.

 

  1. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.

 

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam.  Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.

 

Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.

 

Semoga bermanfaat.

 

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Dalucia Almond Milk Vanilla Powder produk keluaran tempatan yang berkualiti.

Klik di sini

DALUCIA ALMOND MILK POWDER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: