Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Adakah wanita kuat berpeluh dari lelaki?

Adakah wanita kuat berpeluh dari lelaki?

ADAKAH WANITA KUAT BERPELUH DARI LELAKI?

 

man woman sweating

“Salam doktor. Adakah wanita lebih kuat berpeluh dari lelaki?”Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Manusia  mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar peluh eccrine  dan kelenjar peluh apocrine.

 

Kelenjar peluh eccrine berada pada seluruh kulit kita terutamanya pada  telapak tangan dan telapak kaki. Peluh dari kelenjar ini mengandungi  air (sebahagian besar) , mineral sodium dan mineral kalium, dan biasanya bertujuan untuk menyejukkan tubuh.

 

Sementara kelenjar peluh apocrine pula berada bahagian tertentu yang mempunyai banyak folikel rambut  seperti pada  ketiak, ari-ari dan kulit kepala. Peluh ini dihasilkan apabila kita rasa tertekan secara emosi. Peluh yang keluar mengandungi  asid lemak dan protein. Jadi ia lebih pekat dari peluh biasa dan lebih mudah memerngkap kuman bakteria.

 

Secara keseluruhannya, kulit  tubuh manusia mempunyai kira-kira 2.6 juta kelenjar peluh. Mereka berfungsi mengawal suhu pada tubuh badan kita  dan bertindak dibawah pengaruh saraf  yang tidak dikawal oleh otak.

Tubuh akan mengeluarkan peluh dan cuba mengekalkan suhu tubuh pada  98.6 darjah F (37 darjah C) apabila suhu persekitaran dan suhu mula meningkat  kepada  86 darjah F (30 darjah C). Proses mengawal suhu badan yang secara semula jadi, ini dipanggil termoregulasi.

 

Antara lelaki dan wanita siapakah yang mengeluarkan banyak peluh?

 

Kajian yang dijalankan oleh satu badan sukan di Amerika Syarikat, National Strength and Conditioning Association, yang diterbitkan dalam Journal of Strength & Conditioning Research mengatakan bahawa  kadar peluh yang dikeluarkan oleh lelaki  melebihi kadar peluh yang dikeluarkan oleh wanita semasa mereka mengambil bahagian dalam latihan sukan.

 

Dalam kajian itu mereka mendapati walaupun kedua-dua lelaki dan wanita minum sejumlah air dalam kuantiti yang sama, namun kadar peluh wanita hanya  0.57 liter sejam dibandingkan dengan kadar peluh lelaki iaitu  1.12 liter sejam.

 

Jadi tidak benar wanita mengeluarkan peluh lebih banyak dari lelaki.

 

Rujuk: ‘Gender differences in the sweat response during spinning exercise’. Hazelhurst, Lyntont, Claassen, Nicolaas, Journal of Strength & Conditioning Research: August 2006, Volume 20 – Issue 3

 

Pakar saintis cuba memahami  mengapa wanita tidak menghasilkan peluh yang banyak seperti lelaki. Mereka mendapati  walaupun pada kulit seorang wanita mempunyai lebih banyak kelenjar peluh berbanding dengan lelaki, tetapi kuantiti peluh yang dikeluar oleh kelenjar pada kulit seorang lelaki lebih banyak dari yang dikeluarkan oleh kelenjar pada kulit  seorang wanita.

 

Rujuk: Effect of physical training on peripheral sweat production. Buono MJ, Sjoholm NT. Journal  Applied  Physiology  1988 Aug;65(2):811-4.

 

Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa apabila kita berada di dalam suhu yang tinggi atau senaman kuat , tidak kira apa bentuk tubuh, sama ada banyak lemak pada tubuh atau tidak, wanita tetap berpeluh kurang dari lelaki .

 

Para saintis di Polish Academy of Sciences in Warsaw, Poland mendapati walaupun  wanita berpeluh kurang dari lelaki tetapi masih dapat mengekalkan suhu badan yang normal. Ini adalah kerana wanita adalah kelenjar peluh yang lebih cekap daripada kelenjar peluh lelaki. Mereka dapat menyejuk badan tanpa banyak peluh.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: