Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

infant

 

“Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau.

Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”

 

Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.

 

Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin kerana ibubapa mereka keliru dengan pelbagai maklumat yang salah terhadap terhadap vaksin.

 

Alhamdulillah, puan telah menyedari kebaikan vaksin sebagai usaha mencegah jangkitan kuman berbahaya pada anak puan. Langkah yang puan ambil adalah sebahagian tawakal yang diajarkan Islam. Tawakal hanya sempurna jika puan melakukan usaha yang betul, berdoa dan kemudian berserah kepada takdir ALLAH.

 

Pemberian vaksin adalah selamat, dan jarang berlakunya komplikasi. Kesan sampingan yang biasa berlaku pada di tempat pemberian suntikan, iaitu bengkak dan ruam dan kadang kala demam yang sederhana. Ia boleh dirawat dengan ubat paracetamol.

 

Puan boleh menghantar semula anak puan untuk pemberian vaksin yang tertunda.

 

Anak puan tidak perlu menerima suntikan semula untuk BCG & Hep B dos 1. Doktor akan menyusun jadual lawatan semula.

 

vaksin 2

* Hep B dos 3 sebenarnya boleh diberi 4 minggu selepas lawatan ke-3, tetapi untuk kesenangan anda, ia boleh diberi pada lawatan ke-4

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top