“Doktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.” Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira.
Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit.
”Kami baru bernikah tahun lepas. Kebetulan suami saya dinaikkan pangkat terpaksa bertugas di Putrajaya, sementara saya pula ditukarkan di front office. Stress saya menghadapi kerenah pelanggan” Saya mengangguk-angguk.
”Kami sedang stress, doktor..” saya melihat ada titisan air mata bergenang di kelopak mata.
“Mertua saya pula banyak memberi tekanan agar saya cepat hamil. Dia menyangka saya sengaja melambatkan. Bukan saya tak mahu hamil, tapi belum ada rezeki”
Saya memandang muka suami yang tidak banyak bercakap. Dia sibuk menulis sesuatu di handphonenya. Ber-sms barangkali. Itu tidak membantu isterinya yang kesedihan. Mengapa ada kebebalan di benak si suami ini. Tunjukkanlah sedikit simpati pada isteri.
Ramai yang tidak menyangka stress atau tekanan emosi dan fizikal ketika menjalankan tugas akan mempengaruhi kesuburan seseorang. Saya mendapati ramai pekerja wanita yang bekerja di kilang sektor pembuatan bekerja melebihi 8 jam, mendapati kitaran haids mereka mulai tidak menentu.
Kepenatan bekerja antara 10-12 jam dan tekanan dari supervisor untuk menyiapkan kerja agar mencapai bilangan target yang disasarkan mengakibatkan mereka dalam keadaan amat tertekan. Ini tidak termasuk dengan kerja-kerja menguruskan rumah yang harus dilakukan.
Namun begitu kadang-kala kita mendapati ramai wanita zaman dahulu bekerja sebagai petani di sawah padi tidak merasakan sebarang tekanan emosi dan fizikal. Oleh itu stress bagi setiap orang adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Mungkin bagi seseorang wanita melakukan suatu pekerjaan itu adalah tekanan, tetapi bagi wanita yang lain ia langsung tidak menjadi masalah.
”Doktor, ujian UPT negatif” staff saya memberitahu.
Kini tugas saya menjadi berat. Memberi khabar yang menghampakan pada pasangan muda itu. Wanita itu tidak hamil. Haids tidak datang bukan kerana kehamilan, tetapi akibat gangguan hormon kerana terlalu stress.
Dalam otak kita terdapat satu kalenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia bertugas mengawal emosi, selera terhadap makanan dan mengeluarkan hormone FSH dan LH yang akan merangsangkan pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haids pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Proses ovulasi ini telah saya huraikan di https://drzubaidi.com/blog/?p=640
Tahap stress yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. Keadaan ini dinamakan sebagai “stress-induced anovulation”.
Jika kitaran haids kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarkan dan tidak dpat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil.
Selain itu stress juga akan mengganggu emosi pasangan, sama ada lelaki atau perempuan. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terharap aktiviti seks atau mengurangkan kekerapan melakuan jima’ sehingga menggganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki tahap gangguan emosi akibat stress menyebabkannya ’mati pucuk sementara’ (temporary erectile dysfunction).
“Maknanya saya tidak boleh stress kah?” soal wanita tadi. Mungkin kini dia memahami situasinya.
Stress boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama stress yang datang secara tiba-tiba (acute stress) dan kedua, stress yang sentiasa berlaku (chronic stress). Bagi stress yang kronik, selalunya tubuh kita akan menjadi lali dengan stress itu.
Sebagai contohnya jika seorang wanita itu bekerja berhadapan dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan dapat menerima stress itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari).
Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haids yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Namun harus diingat, penerimaan wanita terhadap stress adalah berbeza dari seorang dengan seorang wanita yang lain. Ada wanita yang mengalami gangguan kitaran haids apabila terpaksa melakukan lawatan kerja di luar negeri. Ada juga yang mula stress apabila diberhentikan kerja sehingga mengganggu kitaran haids.
”Macam mana saya nak tahu jika stress yang alami ini terlalu berat?”
Soalan yang baik. Tahap kesuburan juga boleh menjadi indicator sama ada stress yang dialaminya itu adalah suatu stress yang boleh dihadapinya ataupun satu stress yang amat berat sehingga mengganggu kesuburannya.
Kebiasaannya jika seseorang wanita sedang subur, lendiran jernih ibarat telur putih akan keluar dari farajnya. Ia keluar dengan kuantiti yang banyak. Ini adalah tanda-tanda biasa bagi seorang wanita ketika menghampiri waktu ovulasi.
Namun bagi wanita yang mengalami stress yang luar biasa, lendiran yang keluar akan menjadi sedikit dan hanya beberapa hari. Cara yang boleh dilakukan untuk memastikan adakah ianya benar-benar ovulasi ialah dengan menggunakan OPK dan pemeriksaan darah.
Penggunaan OPK juga telah saya tuliskan dalam https://drzubaidi.com/blog/?p=610
Jika kedatangan darah haids agak lewat beberapa hari, ia tidak menjadi masalah. Stress yang dihadapi hanya mengganggu sedikit pengeluaran hormon, namun tidak menyebabkan ketidaksuburan. Jika merancang untuk hamil, lakukan saja jima’ seperti biasa. Namun jika kitaran haids terhenti untuk beberapa bulan, pemeriksaan lengkap haruslah dilakukan.
Saya amat mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lengkap dengan doktor pakar kerana ia akan membantu wanita mendapat kehamilan. Membeli produk yang mempunyai ‘testimonial yang bagus dan berkesan’ adalah langkah yang tidak bijak. Tidak semua wanita yang mempunyai masalah kesuburan mempunyai punca yang sama dan boleh dirawat menggunakan produk yang sama.
Ramai pesakit yang telah berjumpa saya selepas mendapat rawatan dari produk kesihatan bagi meningkatkan kesuburan, tetapi nasib mereka menjadi malang pula. Mereka mengalami kemandulan yang kekal.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:
salam..doktor….sy nk ty ttg masalah ank saudara saya..yang mengadu 4 bulan tak datang haid…haidnya tidak keluar dari bulan disember tahun lepas dan berlanjutan sehinggalah ke bulan mac tahun ni…umurnya 18 tahun..sebelum ni,sdh jadi kebiasaan haidnya miss sebulan tp ni dh melebihi sebulan… ..katanya pada pertengahan bulan januari tahun ni,dia ade mengambil ubat diclofenac n MMT,tp saya rasa tiada kaitan sbb haidnya telah ade masalah bulan disember lagi..sy percaya mugkin ade kaitan dgn tekannan yg doktor cakapkan ,tp apakah rawatan yang sesuai untuk dia jalani?
salam…doktor saya sudah berkahwin, tp sampai skrg sy msih lg belum pregnant, kitaran haid saya normal, saya dah ke klinik dan doktor ada bagi saya sejenis ubat namanya ovinum, cuma saya nak tau pendapat doktor bagaimana saya nak mengesan waktu ovulasi saya, saya ada juga rujuk beberapa artikel dr internet ttg ovulasi, tp masih lagi x berjaya…blh doktor terangkan.
pekerjaan, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah manusia dipersekitaran dll banyak menyebabkan wanita stress & saya antara wanita yg stess.. mungkin kadang2 dorongan & bantuan suami membuatkan saya & wanita dapat menangani stress tapi apabila suami juga berhadapan stress, isteri akan mengalami stess berganda… Itu adalah stress yg amat menganggu diri saya kerana saya sangat memerlukan bantuan suami untuk kukuh & bangun dari stress…
usaha hampir 3tahun yg masih tidak berjaya kadang2 membuatkan saya menangis sedih & kadang2 tidak. ia tidak selalu menganggu namun persekitaran amat mengganggu saya untuk lebih stress. Saya mempunyai cycle haid tidak teratur & saya menjadi takut jika memikirkan saya tidak dapat melahirkan zuriat buat suami & keluarga. Sampai suatu masa saya pernah menyuarakan pada suami untuk suami berkahwin jika dia tidak mampu menunggu zuriat dari saya tp saya tipu hati saya sebab saya tidak mampu melihat suami dgn wanita lain, inikan pula berkahwin dgn wanita lain. apa harus saya lakukan?
salam doktor…dan semua pembaca..saya sudah berkahwin 7thn..pernah 2kali gugur pada awal perkahwinan…saya percaya stress thadap wanita menyebabkan masalah kesuburan terganggu..sebab ini tjadi kepada saya…baru-baru nie saya disahkan ada cyst …suami x ambil peduli..tanya kesihatan saya ker..macamaner nak buat rawatan ker..semua ditanggung oleh saya sendiri..x pernah suami dgn rela hati nak buat rawatan kesuburan..sdgkan…hanya Allah jer yg tahu…apa sebenarnya yg tjadi..skrg memang saya stress sampai haid sy x dtg bulan nie…macamaner yer dr utk menangani stress terhadap sikap suami….
Salam, sy juga ade cyst, sama spt puan, suami tidak kisahh, semua sy tanggung kos rawatan, sedang mencuba utk mengandung selepas ops… Tp sgt sukar kerana suami kurg kerjasama… Sgt stress.
Salam, sy juga ade cyst, sama spt puan, suami tidak kisahh, semua sy tanggung kos rawatan, sedang mencuba utk mengandung selepas ops… Tp sgt sukar kerana suami kurg kerjasama… Sgt stress.
DrZubaidi: Dalam hai ini, puan harus berbincang dengan suami dan membuat “perjanjian”, iaitu jika dia mahu anak sendiri dia haruslah sama2 mendapatkan rawatan. Jika dia enggan, jangan pula mengungkit di belakang hari tentang isu tiada zuriat.
salam doktor sy baru berkahwin selama setahun dan masih belum pregnant,masalah sekarang peroid sy datang sedikit setiap bulan..hanya datang coklat2 sahaja.. kadang datang selama 10-belas hari..adakah sy mengalami tekanan dan tidak subur…bagai mana sy nak mengatasi masalah ini..
Salam Dr,sya dah berkahwin 3 tahun masih belum pregnant. sya dah buat IUIx5 masih tidak berjaya.malah haid sya sgt teratur tiap kali buat iui.jatuh pd tarikh yg sama setiap bulan. soalan sya, kenapa setiap kali selepas 1 minggu IUI, sya mengalami sakit yang teramat dibwh abdomen.(seakan akan ada objek yg sedang bergerak dlm tube fallo kiri dan ada kalanya sblh kanan dlm satu kitaran haid)jika tidak buat IUI taklah sakit sangat.sakit akan hilang seminggu sblm menses dan menses sya bercampur selaput yg banyak ( membran yg boleh dikoyakkan).ada kah ini menunjukkan sya ada cyst? atau sya mgalami keguguran? Thanx Dr…