Advertorial
Home » Proxeed Plus » Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

ADAKAH SOYA DAN PRODUKNYA MEMBERIKAN KESAN PADA KESUBURAN LELAKI?

Soya dan hormone Estrogen. 

Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.

Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.

Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ? 

Tidak ada banyak kajian mengenai ini, namun ada yang memberikan pendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang dengan Negara lain yang tidak mengamalkan soya dalam pemakanan. Dalam erti kata yang lain, sama ada seseorang memakan soya atau tidak tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.

Ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.

Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Kajian oleh American Family Physician dalam journal rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita, kerana kemandulan ini mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanya sebahagian kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula? 

Satu kajian yanga agak kontroversi yan dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.

Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.

Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.

Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah perma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan truktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.

Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk soal-jawab bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini? 

Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati 42% adalah normal, 10% mempunyai bilngan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55% lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.

Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.

Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.

Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain.

Antara alasan mereka ialah ;

1.Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang saja yang mengmbil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.

2.Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para pesaerta ketika menjawab soalan itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak melakukan catat (rekod) setiap kali pengambilan soya.

3.Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan,  sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya dalam pemakan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pegambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.

Ada yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.

Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.

Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih menyakitkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak transfat dan karbohidrate.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.

Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.

Walau bagaimana pun pengambilan kacang soya dan produknya dalam kuantiti yang berlebihan, bukanlah suatu amalan yang sihat, Ia adalah suatu isu yang berbeza.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!