Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

pregnant woman sneezing

 

Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.

 

Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.

 

Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.

 

Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

 

Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat jangkitan pada paru-paru.

 

Jika setakat selsema, bersih dan batuk, ia tidak menjadi masalah.

 

Tetapi jika mengalami tanda-tanda yang lebih teruk seperti sukar bernafas, menjadi pucat atau kebiruan, kahak berdarah atau berwarna hijau pekat, rasa sakit pada dada atau perut, rasa pening secara tiba-tiba, muntah yang teruk dan berterusan, bayi dalam rahem tidak menunjukkan pergerakan, demam panas yang kuat dan tidak kebah dengan ubat demam paracetamol atau acetaminophen, mereka harus dibawa berjumpa doktor.

 

Bagi wanita hamil yang mengalami batuk dan selsema dan mula mengalami demam, saya mencadangkan agar minum air secukupnya. Saya mencadangkan antara 1.5L  hingga 2.0L. Air yang cukup dlam badan dapat merangsangkan antibodi agar bekerja dengan lebih baik.

 

Jika mengalami demam yang tinggi, boleh mengambil ubat paracetamol dalam dos yang dibenarkan. Ia membantu menurunkan rasa panas badan dan rasa sakit badan yang mengganggu rutin seharian.

 

Jangan biarkan diri berbaring di atas katil, cuba lakukan pergerakan dengan berjalan perlahan-lahan dalam rumah.

 

Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

 

Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat jangkitan pada paru-paru.

 

Jika setakat selsema, bersih dan batuk, ia tidak menjadi masalah.

 

Tetapi jika mengalami tanda-tanda yang lebih teruk seperti sukar bernafas, menjadi pucat atau kebiruan, kahak berdarah atau berwarna hijau pekat, rasa sakit pada dada atau perut, rasa pening secara tiba-tiba, muntah yang teruk dan berterusan, bayi dalam rahem tidak menunjukkan pergerakan, demam panas yang kuat dan tidak kebah dengan ubat demam paracetamol atau acetaminophen, mereka harus dibawa berjumpa doktor.

 

Bagi ibu yang mengalami selsema akibat serangan virus, saya mencadangkan agar membasuh tangan setiap kali mahu memegang anak.

 

Selain itu, basuh tangan sekerap yang mungkin, termasuk segera membasuhnya sebelum makan, selepas bersin, dan selepas keluar dari bilik mandi.

 

Menggunakan teknik mencuci tangan yang betul, dengan menggosok kedua-dua belah tangan dengan sabun untuk sekurang-kurangnya 15 saat dan bilas dengan air.

 

Membasuh tangun haruslah dilakukan dengan sempurna, dan bukannya membasahkan tangan.

 

Alhamdulillah, kita selalu digalakkan berwudhuk.

 

WALLAHU A’LAM

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: