Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.

Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.

ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil.

Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius.

Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang.

Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia).

Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus.

 

TANDA-TANDA SELSEMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS

Selesema biasanya disebabkan oleh alahan. Selsema yang disebabkan oleh virus selalunya lebih teruk. Ia bermula dengan demam, sakit badan, keletihan, kemudian diikuti dengan bersin, selesema, termasuk hidung berair dan tersumbat, sakit tekak, batuk, demam dan rasa seram sejuk.

Apa yang penting ialah selsema yang disebabkan oleh virus menyebabkan seorang wanita hamil itu menjadi lemah dan mengalami demam. Mereka mungkin mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

Jika mengalami gejala di bawah, harus dapatkan pemeriksaan yang cepat.

Antaranya:

1. Kesukaran bernafas, dan sesak nafas

2. Lendir / hingus berdarah

3.Rasa sakit di dada atau abdomen

4. Rasa pening, dan sakit kepala

5. Merasa pergerakan bayi dalam rahem sangat kurang

6. Demam panas yang tinggi dan tidak turun dengan ubat paracetamol

 

BAGAIMANA MENCEGAH SELSEMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS?

1. Rawat demam dengan ubat paracetamol. Bincang dengan doktor atau pegawai farmasi yang bertugas.

2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

3. Doktor akan menentukan sama seorang wanita yang hamil itu memerlukan ubat-ubatan antivirus. Ubat-ubatan ini boleh membuat kita sihat dengan lebih cepat dan membuat gejala-gejala selsema menjadi lebih ringan.

Antivirus berkesan dengan baik jika ia baru dijangkiti virus (dalam masa dua hari) , tetapi mereka boleh diberikan kepada wanita yang hamil kerana mereka mempunyai risiko yang tinggi.
Berbincang dengan doktor dan pegawai farmasi sebelum memulakan rawatan ubat antivirus.
4. Jika berada di negara sejuk dan sedang mengalami wabak selsema virus, boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan vaksin.

Ia mengambil masa beberapa minggu untuk imuniti untuk mendapatkan manfaat dari suntikan itu. Bayi yang dilahirkan juga mendapat perlindungan vaksin yang dietrima oleh ibu mereka sehingga berumur 6 bulan.
5. Basuh tangan dengan kerap, termasuk segera sebelum makan, selepas bersin, dan selepas keluar dari bilik mandi.

Gunakan teknik mencuci tangan yang betul, menggosok kedua-dua belah tangan dengan sabun untuk sekurang-kurangnya 20 saat dan bilas dengan air yang banyak.

Apabila sabun dan air tidak boleh didapati, menggunakan tisu pakai buang berasaskan alkohol atau gel pembersih yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol.
6. Tahan batuk atau bersin menggunakan tangan kosong. Virus yang terdapat pada tangan boleh merebak kepada orang lain.

Sebaliknya, tutup mulut dengan lengan ketika batuk atau bersin atau menggunakan tisu pakai buang, dan membuangnya selepas menggunakannya.

Jika menggunakan tangan, basuh segera.
7. Jangan sentuh mata, hidung, atau mulut. Mungkin tangan kita dijangkiti virus ketika menyentuh tombol pintu, cawan, pemegang peti sejuk.

8. Virus dan bakteria boleh hidup beberapa jam pada permukaan keras. Selau mengelap permukaan di rumah seperti alat permainan, meja, tombol pintu, telefon, dan bilik mandi dan dapur dengan cecair pembasmi kuman.

9. Menjauhkan diri dari orang-orang yang sakit.

wallahu a’lam

 

IKLAN 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: