Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudharatkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri.

Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkannya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Oleh itu jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.

Hukum wanita hamil berpuasa

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

“dan jangan kamu membunuh diri kamu” (al-Nisa’ 4:29)

“dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan” (al-Baqarah 2:195)

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, maka mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana  dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat dan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam rahemnya.

Dalam hal ini ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikannya di hari lain dan harus membayar fidyah.

“..barang siapa yang uzur (tidak boleh berpuasa), maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin…” (al-Baqarah 2:184)

Dalam fatwa al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah, 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya akan mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayinya, dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.

 

Peranan doktor menentukan hal ini

Apabila wanita hamil datang ke pusat rawatan untuk pemeriksaan antenatal pada bulan Ramadhan, dia haruslah memberitahu masalah yang dihadapi ketika berpuasa.

Doktor boleh memberikan pendapat sama ada wanita hamil itu boleh meneruskan puasa atau harus meninggalkan puasanya. Ini kerana sepanjang tempoh berpuasa, tubuh wanita hamil dan bayi yang di dalam rahem menggunakan segala nutrien dan tenaga yang tersimpan di hati (liver) wanita itu.

Kekuatan wanita hamil untuk bertahan terus berpuasa bergantung kepada beberapa faktor:

  • Berapa lama wanita itu telah hamil? (stage of pregnancy)
  • Berapa lama tempoh berpuasa? Jika di Malaysia tempuh berpuasa antara 12-13 jam, tetapi di negara Eropah mungkin ia lebih lama dan mungkin juga lebih pendek. Jika terlalu lama ada sesetengah wanita hamil tidak sanggup berpuasa kerana banyak nutrien yang disimpan dikongsikan bersama bayi dalam rahem.
  • Adakah bulan Ramadan secara kebetulan bersama-sama dengan cuaca panas atau amat sejuk? Dalam musim yang  terlalu panas atau terlalu sejuk (terutama di negara yang mempunyai 4 musim), banyak tenaga yang digunakan untuk mengekalkan haba tubuh di musim sejuk sementara di musim panas, dehidrasi mudah berlaku dan sangat bahaya pada bayi yang dikandung.
  • Bagaimana kesihatan wanita hamil sebelum beliau hamil? Jika wanita hamil itu telah mengalami masalah penyakit kronik sebelum kehamilannya, maka beliau mudah menjadi lemah jika tidak makan dan minum.

Oleh itu saya sering menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil atau pun telah hamil di bulan Ramadhan harus berbincang dengan doktor. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini, seelok-eloknya harus merancang bersama doktor.

Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya :

  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidsrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahem menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahem mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrient yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
  • Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Pada masa yang sama, doktor akan melarang seseorang wanita itu berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti:

  • diabetes mellitus
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang kuat
  • penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • mengalami risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Tips pemakanan

Untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrient yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam rahem, ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi persiapan berpuasa.

  1. Minumlah air yang banyak ketika bersahur dan berbuka (Iftar) bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi.
  2. Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang ketika berbuka puasa. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.
  3. Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar saja.
  4. Makan makanan yang banyak protein – daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.

Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI

Selain itu bagi wanita yang hamil, boleh mengikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa untuk wanita hamil.

  • Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh atau membawa barang-barang berat.
  • Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi.
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami untuk melakukannya.
  • Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan bacaan al- Quran.

Kesimpulannya, seorang wanita hamil boleh berpuasa jika beliau mempunyai kekuatan dan tidak mengalami komplikasi kehamilan. Bagi wanita yang tiada kekuatan akibat penyakit yang sedia dihidapi semenjak sebelum berkahwin, dibenarkan berbuka dan harus menggantikannya.

Bagi wanita yang mempunyai komplikasi kehamilan yang mana dinasihatkan oleh doktor agar tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya (jika ia melibatkan diri wanita hamil saja) atau menggantikannya dan membayar fidyah (jika dikhuatiri bayinya mengalami kemmudharatan akibat berpuasa).

Wallahu’alam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (070511)

Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI

66 comments

  1. doktor, adakah haus, kering dan pecah bibir serta tidak buang air kecil lebih dr 6 jam tanda dehidrasi juga? Apakah kesan dehidrasi pada kandungan?

  2. nurul azwa bt arbain

    Saya baru menjlnkn upt hari ini dan mendapati control window (C) timbul tetapi dlm keadaan samar. Adakah saya hamil dan berapa anggaran usianya dan perlukan sy berpuasa?

    • untuk mengetahui usia kehamilan, dinasihatkan melakukan ujian darah. dari situ doktor yang merawat boleh memberitahu usia kandungan anda. Mengenai berpuasa, jika puan mampu, teruskan ibadat puasa melainkan dinasihatkan sebaliknya oleh doktor yang memeriksa anda kerana masalah kesihatan seperti berpenyakit, muntah2, dehidrasi dsb. (seperti yang ditulis oleh Dr Zubaidi di dalam artikel di atas) -ADMIN-

    • Jika ujian UPT samar, puan harus mengulangi ujian itu selepas seminggu, kerana ia akan lebih nyata sama ada hamil atau tidak. Puan boleh berpuasa sama ada hamil atau tidak.

  3. Salam doc, isteri sy hamil 12 minggu, dia sering mengadu senak perut skrg ni..dia masih berpuasa skrg ni. ada sakit tersebut simptom kehamilan biasa dan ianya adalah normal. terima kasih didahulukan.

  4. Assalamualaikum wbt….

    saya kini hamil 25 minggu dan disahkan mempunyai GDM dua minggu lepas. Adakah saya selamat untuk berpuasa?

    • Wsalam, puan selamat berpuasa jika kadar gula dalam darah puan dikawal dengan baik. Puan boleh meninggalkan puasa jika merasa letih keterlaluan.

    • Wa alaikum mus salam. Puasa atau tidak bukan bergantung pada ada GDM atau tidak. Asalkan puan tidak mengalami keletihan yang keterlaluan, puan boleh puasa.

  5. salam dr., saya sekarang hamil 6 minggu. saya berpuasa walaupun saya mengalami morning sickness yg agak teruk. saya muntah 2x-3x sehari. tak tentu masa. kadangkala pagi. kadangkala petang. selepas bersahur juga saya pasti muntah. saya rasa keletihan yg amat sangat selepas waktu kerja. adakah selamat bagi diri saya dan baby dlm kandungan jika saya teruskan berpuasa.

    • Saya amat bersimpati dengan masalah puan. Banyaklah berdoa dan bersabar atas ujian yang ALLA berikan. Puan rasa lemah dan tidak bertenaga kerana muntah (morning sickness). Untuk mengurangkan muntah, puan perlulah mengambil ubat menahan muntah. Jika masih tidak berdaya untuk berpuasa, bolehlah meninggalkan puasa. Jika puan merasakan keletihan yang keterlaluan, puan boleh meninggalkan puasa.

  6. Salam doktor,saya sedang hamil 18 minggu,saya sering mengalami sakit di bahagian ulu hati.Sakitnya kadang2 kuat dan kadang2 berkurangan.Adakah ini simptom gastrik kerana saya adalah pesakit gastrik sebelum hamil dan pernah dikejarkan ke bhgn kecemasan akibat muntah berlebihan pada usia kandungan 1 1/2 bln yg lalu.

  7. Assalamualaikum dr…sy dh masuk 39 minggu kehamilan dan sedang menunggu kelahiran anak kedua ini..anak pertama sy ceaser sbb fetal distresss..tp kali ini sy nk cuba normal..spnjang ramadhan ni mmg xtinggal puasa..adakah sy perlu tidak puasa di saat2 akhir ini? adakah jika saya berpuasa akan mempengaruhi kuantiti air ketuban saya? due saya esok..17/8..apakah cadangan dr kepada sy? terima kasih.

    • Wa alaikum mus salam, Puasa atau tidak bukan bergantung pada umur kehamilan. Asalkan puan tidak mengalami keletihan yang keterlaluan, puan boleh puasa. Puasa orang Islam, tidak mempengaruhi kuantiti air tuban, kerana kita berpuasa di siang hari dan berbuka di malam hari.

  8. Assalamualaikum doktor,

    saya baru sahaja mengetahui ttg kehamilan sy yg br berusia 5minggu. Sepanjang berpuasa sy sering merasa sakit dibahagian rahim. Adakah ini berpunca dari berpuasa? adakah selamat untuk sy berpuasa. ini merupakan pengalaman hamil sy yg pertama.

  9. salam,
    saya nak tanya…mcm ni,
    saya dah 4 bulan x datang haid
    saya pi check pregnant test sendiri jwpan NEGATIF
    saya pi check kat hospital kerajaan jwapan NEGATIF ( kata org nak check biar air kencing yg pagi2 punya,saya dah bnyk kali kencing masa nak pi hospital tu)

    dan,bila saya pi berurut kampung kata nya saya dah 4 bulan ngandung baru nak masuk 5 bulan …..so,saya keliru juga yg mana satu betul…..tapi pendapat ibu saya klu baru 4 bulan belum dapat di kesan lagi….klu dah 6 atau 7 baru dapat kesan…….klinik swasta ada mengatakan check air kencing dan scan x dapat kesan….salah satu cara nya mengesan melalui kemaluan (saya x buat)……so mcm mana?

  10. assalamualaikum doktor,
    alhamdulillah sy sekarang hamil 16mgu..harini sy perlu check up antenata seperti biasa yg memerlukan darah sy diambil…adakah puasa sy terbatal? satu lg semasa 1st check up antenatal kedua sy..iaitu pd 1 ramadhan lps, nurse telah membuat injection (sy lupa apa nama ubat yg disuntik)..adakah itu juga dikira batal puasa sy?

  11. ayu hamiza bt abdul halim

    salam dc, sy ni hamil dlm 10 minggu… tp sy tetap puasa walaupun saya berasa lapar… bila tengah hari mula nak muntah2….mcm mana klu sy masih berpuasa? terima kasih..

  12. Nur Liyana bt Hassan

    salam dr. sy ingin tahu, adakah rahim di belakang sukar untuk hamil atau sebaliknya?

  13. salam doktor : saya hamil 24 minggu . saya mengalami gastrik teruk sepanjang kehamilan . HB saya rendah 10.8 . saya sering sakit perut memulas-mulas . sekarang saya berpuasa dan adakah saya selamat untuk berpuasa .

    • Sama ada mahu berpuasa atau mahu meninggalkan puasa, tidak bergantung pada gastrik puan. Asalkan puan tidak mengalami keletihan yang keterlaluan, puan boleh puasa.

  14. doc, sya mempunya masalah tekana drah rendah, 10hb. boleh kah saya berpuasa?

  15. Assalamualaikum Dr,

    Saya sedang hamil 24minggu dan mengalami gestational diabetes, dengan kadar gula mencecah bacaan 200. Saya berpuasa sepanjang 5 hari di bulan Ramadhan, saya berasa sihat dan hanya mengalami keletihan sahaja…. Sekarang saya di luar negara, dan berpuasa selama 17jam…
    Solana:
    (1) Adakah selamat untuk saya meneruskan puasa,
    (2) dan jika saya terus berpuasa, dan mengamalkan diet yang betul (dengan mengurangkan pengambilan gula dan carbs), adakah saya boleh mengembalikan kadar gula saya ke tahap yang normal?

    Terima kasih Dr.

    • Wa alaikum mus salam. Jika puan tidak merasa keletihan yang keterlaluan, puan boleh meneruskan puasa. Bayi akan mendapat makanan yang diperlukan dari ibunya melalui uri. Jika puan mengalami keletihan yang melampau, mungkin bayi dalam kandungan berada dalam bahaya, dan perlu meninggalkan puasa. Mengenai soalan kedua, puan harus bertanyakan dengan doktor yang merawat puan sebab ia lebih teknikal (pemeriksaan darah).

  16. nur zaihasra bt birhanuddin

    assalamualaikum dr, saya kini hamil 15 minggu..alahan muntah masih ada. kadang kala disebelah pagi iaitu selepas sahur dan kadang kala sebelah malam selepas berbuka. Sepanjang berpuasa saya terasa pening sehingga berasa berpinar2..selepas berbuka saya hanya mampu baring dan tidur untuk menghilangkan pening saya. perlukah saya meninggalkan puasa @ berjumpa dgn doktor mengenai mslh saya ni kerana saya bimbang mslh ini memberi masalah kepada bayi dalam kandungan saya.

    • Wa alaikum mus salam. Jika puan mengalami keletihan yang keterlaluan (hanya puan boleh menimbangkannya, sama ada ia keterlaluan atau tidak) , maka puan bolehlah meninggalkan puasa. Puan perlu menggantikan puasa, dan mungkin membayar fidyah.

  17. syarifah ramly

    assalamualaikum doctor,
    saya sedang hamil minggu ke 26..kalau ibu hamil tidak bersahur kerana xsedar waktu sahur..haruskah dia tidak berpuasa pada hari tersebut?adakah tidak bersahur boleh memberi kesan kepada bayi?

    • assalamualaikum doctor,
      saya sedang hamil minggu ke 26..kalau ibu hamil tidak bersahur kerana xsedar waktu sahur..haruskah dia tidak berpuasa pada hari tersebut?adakah tidak bersahur boleh memberi kesan kepada bayi?

      Wa alaikum mus salam.. sama ada bersahur atau tidak, tidak kira berapa usia kehamilan, asalkan mampu untuk terus berpuasa, maka hendaklah berpuasa selagi tiada keletihan melampau.

  18. Salam dr,
    baru2 ini saya ada pegi buat UPT diklinik swasta & dr sahkan saya hamil 6minggu. saya ada morning sickness, muntah2, loya. di waktu petang, selepas pulang dari kerja, saya rasa letih sangat dan saya akan muntah. jarak rumah dan tempat kerja pulak dalam 1jam lebih perjalanan dan saya drive sendiri. hari tu masa buat UPT doctor bgtau tekanan darah saya juga rendah. anak pertama juga saya berasa morning sickness begini dan pernah dimasukkan ke hospital ms usia kandungan 7minggu dan drip 11 botol air saline selama 3hari di wad. adakah saya masih boleh berpuasa.

    terima kasih.

  19. assalam doktor saya nk tanya, saya sekarang sedang mengandung 9 minggu dari 6 minggu lagi saya rasa senak di bahagian bawah sebelah kiri perut. kenapa keadaan berlaku…
    dan dalam keadaan yang sama saya hilang selera makan…walau xberpuasa…kalau berpuasa saya memang penat yang amat n angin seluruh badan serta sakit kepala yang teramat……dan bila saya lapar lapar yang keterlaluan…kenapa yek doktor…saya jadi kompius ..
    terima kasih

  20. assalamualaikum doc,
    saya sedang hamil 26 minggu..dan saya masih boleh lagi bertahan berpuasa sehingga ke hari ini. sememangnya sy tiada apa2 alahan cuma hari ini sj selepas bersahur semua apa yg sy makan keluar balik. saya cuba bertahan utk berpuasa tetapi keadaan sy menjadi penat, sakit2 badan, tidak bertenaga dan pening2. adakah saya perlu berbuka? dan bagaimana keadaan baby dlm kandungan jika sy truskan berpuasa. utk pengetahuan doc. pergerakan baby semakin kuat menendang setiap masa.kenapa ye?

    • assalamualaikum doc,
      saya sedang hamil 26 minggu..dan saya masih boleh lagi bertahan berpuasa sehingga ke hari ini. sememangnya sy tiada apa2 alahan cuma hari ini sj selepas bersahur semua apa yg sy makan keluar balik. saya cuba bertahan utk berpuasa tetapi keadaan sy menjadi penat, sakit2 badan, tidak bertenaga dan pening2. adakah saya perlu berbuka? dan bagaimana keadaan baby dlm kandungan jika sy truskan berpuasa. utk pengetahuan doc. pergerakan baby semakin kuat menendang setiap masa.kenapa ye?

      Wa alaikum mus salam… sama ada boleh berpuasa atau tidak, puan saja yang dapat merasakan. Cuma doktor dapat menasihatkan jika puan mengalami kelitihan melampau, puan boleh meninggalkan puasa, terutama jika khuatiri dengan keselamatan anak dalam rahem. Banyak sebab mengapa bayi menendang dengan kuat. Itu tidak menjadi masalah, tetapi jika pergerakan bayi kurang dari yang sepatutnya, perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Wallahu a’lam

      • maknanya baby ni cukup la sgala keperluan walaupun perut saya kosong ye? kalu begitu sy akan teruskan berpuasa sbb xde apa2 efek pd baby sy kan doktor? sememangnya sy sgt letih tp boleh lagi kawal. tq doktor.

  21. salam dr, salam ramadhan.
    sy kini hamil 30 minggu dan dlm keadaan puasa. spanjang 13 hari berpuasa ni, setiap kali menghampiri waktu berbuka sy akan ketnadas dan dapati warna iar kencing sy pekat. adakah itu tanda dihidrasi?

    apa yg di maksudkan oleh doktr warna air kencing keruh?
    dan sy kdg2 ada rasa sakit seperti tegang perut dan pedih sikit2 dibahagian tengah di sekitar bawah jantung. harap doktor dpt terangkan.

  22. Dr Zubaidi,
    Saya 33weeks pregnant dan saya masih mmpu berpuasa kecuali bila saya bekerja shift longday (14hrs).Kami ketika ini musim summer, jd selain dr pns, mase berpuasa pun pnjang; 19jam.

    ada harinya, saya rase kuat.Ada certain days,mmg rasa sungguh penat dan lemah smpai rase nk pitam2.

    Kalau jmpe doctor di sini, mmg pasti akan disuruh tak puasa kerana doctor nye sume non muslim. Tp pd masa sama, saya perlukan nasihat based on medical expertise and from the islamic perspectives as well.

    Saya amat berharap, Dr Zubaidi dpt nasihatkan saya; perlukah puasa kalau betul2 penat dan tak berdaya(shingga pening dan tak pass urine more than 4hours).

    terima kasih.wassalam.

    best regards,
    Farah

    • Dr Zubaidi, Saya 33weeks pregnant dan saya masih mmpu berpuasa kecuali bila saya bekerja shift longday (14hrs).Kami ketika ini musim summer, jd selain dr pns, mase berpuasa pun pnjang; 19jam. ada harinya, saya rase kuat.Ada certain days,mmg rasa sungguh penat dan lemah smpai rase nk pitam2.

      Kalau jmpe doctor di sini, mmg pasti akan disuruh tak puasa kerana doctor nye sume non muslim. Tp pd masa sama, saya perlukan nasihat based on medical expertise and from the islamic perspectives as well.

      Saya amat berharap, Dr Zubaidi dpt nasihatkan saya; perlukah puasa kalau betul2 penat dan tak berdaya(shingga pening dan tak pass urine more than 4hours). terima kasih.wassalam. best regards, Farah

      Jika puan berasa amat letih, dan mempunyai tanda-tanda dehidrasi keterlaluan, puan boleh meninggalkan puasa kerana puan hamil dan ini akan mengganggu kesihatan bayi puan. Kalau setakat lapar dan sedikit penat, ia adalah biasa bg wanita yang berpuasa.

  23. Dr.. kalu ibu hamil dalam 16 minggu…tak sempat bersahur.. tapi pada jam 12 malam sebelum tu ada minum susu dan makan biskut… adakah itu baik untuk kesihatan bayi dan diri…

    • Dr.. kalu ibu hamil dalam 16 minggu…tak sempat bersahur.. tapi pada jam 12 malam sebelum tu ada minum susu dan makan biskut… adakah itu baik untuk kesihatan bayi dan diri…

      Jika puan berasa sangat lemah, kemungkinan bayi mula terjejas.

  24. Assalam doc…sy ingin brtanya,skrg saya hamil 6minggu.andai saya berpuasa adakah ia akan menganggu perkembangan bayi atau tdk.kdang2 sy berasa trlalu lapar,perlukah saya berbuka.saya rasakn hamil 6minggu trlalu awal&kandungan masih lemah..

    • Assalam doc…sy ingin brtanya,skrg saya hamil 6minggu.andai saya berpuasa adakah ia akan menganggu perkembangan bayi atau tdk.kdang2 sy berasa trlalu lapar,perlukah saya berbuka.saya rasakn hamil 6minggu trlalu awal&kandungan masih lemah..

      Wsalam. Rasa lapar adalah normal bagi org yg berpuasa. Jika rasa lemah yang keterlaluan, puan boleh meninggalkan puasa.

  25. Assalamualaikumwbt Dr

    Saya sedang hamil 9 minggu. Dalam masa yang sama saya turut menyusukan anak yg berusia 2 tahun (dalam usaha untuk berhenti tapi masih gagal kerana anak tak mahu hisap susu dari botol). Semasa kehamilan 2 kali yg lepas (anak pertama dan kedua) saya tiada langsung masalah alahan sepanjang kehamilan dan alhamdulillah anak2 yg dilahirkan sihat dan besar sewaktu lahir (4kg dan 3.75kg). Tetapi untuk kehamilan kali ini saya rasa lemah sedikit, selalu letih, kadang2 loya dan kadangkala rasa tak cukup nafas semenjak hamil dalam 3-4 minggu. Dalam keadaan ini saya masih berpuasa dan masih belum tinggal walau sehari pun tetapi memang terasa agak berat terutama bila anak yg menyusu badan ingin menyusu secara kerap. Saya juga masih belum mula membuat pemeriksaan kehamilan dan masih belum mulakan makan multivitamin. Saya juga tiada selera makan walaupun berasa lapar dan sekiranya makan hanya mampu beberapa suap dan terasa sudah mengah. Adakah saya boleh membahayakan diri sendiri dan bayi dalam kandungan sekiranya terus berpuasa hingga tamat Ramadhan insyaAllah? Setakat ini walaupun keletihan dan tidak mampu buat banyak kerja di rumah sepanjang hari, saya masih berjaya berpuasa penuh cuma saya risau sekiranya ia mengganggu perkembangan bayi. Harap Dr dapat beri pandangan. Terima kasih.

    • Assalamualaikumwbt Dr

      Saya sedang hamil 9 minggu. Dalam masa yang sama saya turut menyusukan anak yg berusia 2 tahun (dalam usaha untuk berhenti tapi masih gagal kerana anak tak mahu hisap susu dari botol). Semasa kehamilan 2 kali yg lepas (anak pertama dan kedua) saya tiada langsung masalah alahan sepanjang kehamilan dan alhamdulillah anak2 yg dilahirkan sihat dan besar sewaktu lahir (4kg dan 3.75kg). Tetapi untuk kehamilan kali ini saya rasa lemah sedikit, selalu letih, kadang2 loya dan kadangkala rasa tak cukup nafas semenjak hamil dalam 3-4 minggu. Dalam keadaan ini saya masih berpuasa dan masih belum tinggal walau sehari pun tetapi memang terasa agak berat terutama bila anak yg menyusu badan ingin menyusu secara kerap. Saya juga masih belum mula membuat pemeriksaan kehamilan dan masih belum mulakan makan multivitamin. Saya juga tiada selera makan walaupun berasa lapar dan sekiranya makan hanya mampu beberapa suap dan terasa sudah mengah. Adakah saya boleh membahayakan diri sendiri dan bayi dalam kandungan sekiranya terus berpuasa hingga tamat Ramadhan insyaAllah? Setakat ini walaupun keletihan dan tidak mampu buat banyak kerja di rumah sepanjang hari, saya masih berjaya berpuasa penuh cuma saya risau sekiranya ia mengganggu perkembangan bayi. Harap Dr dapat beri pandangan. Terima kasih.

      wa alaikum mus salam. Saya berpendapat puan berasa lemah kali ini disebabkan puan hamil, menyusukan anak dan terpaksa menjaga dua orang anak kecil yang lain, menyebabkan puan letih fizikal dan emosi. Apatah lagi jika suami puan tidak bersimpati dan turut membantu. Apabila puan tidak ada selera makan, ia disebabkan hormon hCG dalam badan yang dikeluarkan oleh uri dalam rahem puan. Ini memburukkan lagi keadaan puan.

      Dalam hal ini jika puan kehilangan berat badan, sudah tentu anak dalam rahem akan terganggu perkembangannya. Jika menyarankan jika puan terus kehilangan berat badan, harus segera meninggal puasa kerana ditakuti bayi dalam rahem terganggu dan kelihatannya, kesihatan puan sendiri sudah mula terganggu.

  26. Salam DR
    Sy nk bertnya. Apa hukum puasa wanita mgandung yang menjalani scan lalu jln bwh? Kandungan baru 9mgu.
    Batal or x puasanya?
    Tq Dr

    • Salam DR, Sy nk bertnya. Apa hukum puasa wanita mgandung yang menjalani scan lalu jln bwh? Kandungan baru 9mgu.
      Batal or x puasanya?

      DrZubaidi: Tidak batal puasa.

  27. salam doc..

    saya sekarang hamil 35 minggu.. soalan saya:

    1. adakah normal pergerakkan baby perlahan tetapi lebih 10 kali gerak?
    2. adakah puasa akan pengaruh pertambahan berat baby? last scan 34 minggu berat baby 2.32kg.. saya sudah 2 kali checkup, berat saya tak naik2 tetapi tak turun.. tq

  28. Assalam Doktor,

    Saya kini sedang sarat hamil 37 minggu dan sedang menanti saat bersalin. Alhamdulillah setakat hari ni, insyaAllah cukup 18 hari berpuasa, tetapi masalah berat badan saya semakin berkurangan, sebelum berpuasa berat saya 66kg kini menurun hingga 63 kg. Adakah perlu saya meneruskan ibadah puasa atau tidak? Saya bimbang sekiranya tiba saat utk melahirkan saya tidak cukup tenaga…

  29. Afzan bt Abdul Rahman

    Assalam Doktor,

    Kini saya hamil 37 minggu dan alhamdulillah sehingga ke hari ni saya masih bertahan puasa. Sebelum berpuasa, berat saya ialah 66kg, kini berat saya turun hingga 63kg. Adakah perlu saya meneruskan ibadah puasa atau tidak? Saya bimbang sehingga saat melahirkan, saya tidak cukup tenaga..

  30. Assalammualaikum Dr.

    Saya telah hamil 6 minggu..masalah saya sekarang ialah saya sering letih dan mngalami perut kembung..kadang2 hilang selera makan..tmbahan pula sekarang bulan ramadhan..saya hanya makan pada kuantiti sedikit pada waktu berbuka dan bersahur kerana masalah perut kembung yang saya alami telah menyebabkan selera makan saya terbantut..adakah ini membahayakan kndungan saya?untuk pengetahuan dr saya belum lagi mengalami morning sickness..terima kasih dr..

  31. dr, kandungan sy mencecah 34 mggu..saya masih berasa sihat semasa berpuasa. Akan tetapi
    Sy sering merasa kekejangan pada perut. Adakah sy perlu meneruskn utk berpuasa?utk pengetahuan dr,saya juga mengalami mslh hb < 10.

  32. Assalamualaikum Dr..

    Saya kini hamil 37 minggu. Kata doktor yang merawat saya, kedudukan bayi sudah pun masuk laluan dan sedang menunggu masa tuk melahirkan…saya masih meneruskan berpuasa. Adakah sehingga saat melahirkan ( sekiranya bersalin dalam bulan puasa ) saya akan mendapat tenaga yang cukup? perlukah saya meneruskan puasa?

    • Assalamualaikum Dr.. Saya kini hamil 37 minggu. Kata doktor yang merawat saya, kedudukan bayi sudah pun masuk laluan dan sedang menunggu masa tuk melahirkan…saya masih meneruskan berpuasa. Adakah sehingga saat melahirkan ( sekiranya bersalin dalam bulan puasa ) saya akan mendapat tenaga yang cukup? perlukah saya meneruskan puasa?

      DrZubaidi: Saya mencadangkan agar puan meninggalkan puasa jika ada tanda2 sakit perut ketika hendak melahirkan. Ini kerana puan memerlukan tenaga terutama jika melahirkan secara normal.

  33. Salam doktor,
    Saya hamil 12 minggu.

    1. Saya diserang asma yang teruk dan baru2 ni dijangkiti laryngitis. Saya tetap cuba berpuasa tetapi disebabkan sukar bernafas dan batuk yang teruk, saya terpaksa berbuka kerana mahu makan ubat esp antibiotik ikut jadual. Adakah saya perlu bayar fidyah?

    2. Satu hari saya telah muntah teruk dan saya terasa tertelan semula muntah saya beberapa kali ketika mahu bernafas semasa muntah. Saya memutuskan bahawa puasa saya telah terbatal. Adakah perlu fidyah?

    Thanks.

    • Salam doktor, Saya hamil 12 minggu. 1. Saya diserang asma yang teruk dan baru2 ni dijangkiti laryngitis. Saya tetap cuba berpuasa tetapi disebabkan sukar bernafas dan batuk yang teruk, saya terpaksa berbuka kerana mahu makan ubat esp antibiotik ikut jadual. Adakah saya perlu bayar fidyah? 2. Satu hari saya telah muntah teruk dan saya terasa tertelan semula muntah saya beberapa kali ketika mahu bernafas semasa muntah. Saya memutuskan bahawa puasa saya telah terbatal. Adakah perlu fidyah? Thanks.

      Dr zubaidi: Puan dikategorikan sebagai pesakit (asthma) dan tidak boleh meneruskan puasa kerana penyakit (perlu makan ubat). Oleh itu termasuk orang yang dibenarkan meninggalkan puasa. Wajib ganti puasa saja. Muntah dengan tidak sengaja (disebabkan penyakit) tidak membatalkan puasa, tetapi jika puan merasakan puan mengalami keletihan yang keterlaluan maka bolehlah berbuka puasa, dan wajib ganti tanpa perlu bayar fidyah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!