Adakah Saya Rabun Warna?

rabun warna

 

“Salam doktor. Saya tidak rasa saya boleh dikatakan rabun warna sebab saya kenal warna-warna dalam kotak pensil warna dari putih ke hitam. Saya kenal juga warna lampu isyarat. saya kenal warna benda-benda sekeliling. Tapi bila saya buat test ujian “ishihara chart”, saya boleh melihat beberapa warna sahaja.

Mohon pencerahan. Terima kasih.”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Terdapat beberapa jenis buta warna, bergantung kepada beliau mengalami masalah menilhat warna mana.

 

Saya percaya saudara mengalami rabun warna jenis “Protanomalous” atau “Deuteranomalous” di mana saudara tidak mengalami masalah besar untuk menjalankan aktiviti seharian.

 

Orang yang bermasalah seperti saudara selalunya hanya sesekali menghadapi masalah mengenal warna tertentu atau sukar membezakan perbezaan warna yang agak sama.

 

Jadi mereka hanya dapat dikesan dengan ujian penglihatan warna. (color vision tests) seperti mana yang digunakan dalam “ishihara chart”.

 

Ada juga yang mengalami masalah yang agak serius, jenis “Protanope” dan “Deuteranope”, di mana mereka tidak dapat melihat warna sesuatu barang dengan jelas. Maksudnya warna yang beliau Nampak tidak sama dengan warna yang sebenarnya.

 

Sebagai contoh seseorang melihat warna biru, pada hal warna sebenarnya ialah warna ungu.

 

Untuk penerangan lebih lanjut, boleh bertanyakan dengan doctor yang merawat atau menyertai program TANYA DOKTOR di blog saya.

 

https://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!