Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?

 

 UPT 1

 

“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.

 

Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari sebelum tarikh sebenar period saya. Haid saya kali ini sangat pelik.

 

Hanya tompokan coklat, tetapi tiada darah berketul atau macam darah haid tetapi tompokan itu selama 4 hari dan hari kelima tinggal kesan sahaja.

 

Saya belum buat urine test lagi. Sebab kalau negative saya lagi kecewa doktor. Tanda-tanda lain macam ada nadi dalam perut saya tetapi tidak lama.

 

Pada pendapat doktor apa yang perlu saya buat dan bagaima hendak hamil. Kitaran haid saya sebelum ini  25 hari. Selepas berkahwin kitaran haid saya jadi 24 hari dan yang terbaru kitaran haid saya hanya 23 hari. 

 

Mohon doktor berikan pendapat, cadangan atau nasihat untuk mendapatkan zuriat. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Usia perkahwinan enam bulan masih dikira awal. Namun jika puan dan pasangan sudah berusia 30an, saya mencadangkan agar segera berjumpa dengan pakar kesuburan.

 

 

Jangan menunggu terlalu lama untuk mencuba sendiri. Ini kerana semakin usia puan meningkat, semakin tinggi sukar untuk puan untuk hamil.

 

 

Bagi kitaran haid kali ini, sukar untuk saya mengatakan puan hamil. Ini kerana pendarahan sebegitu boleh jadi disebabkan oleh “implantation bleeding” atau “chemical preganancy”. Saya ada menerangkan tentang implantation bleeding dan chemical preganancy dalam blog saya.

 

 

Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan UPT untuk memastikan puan hamil atau tidak. Jika puan belum bersedia, puan boleh menunggu dulu dan melakukannya selepas dua minggu.

 

 

 

Perasaan “bertambah selera makan” bukanlah tanda seorang wanita itu sedang hamil. “Nadi dalam perut” juga tidak dapat dikesan atau dirasa dengan mudah, di awal kehamilan.

 

 

Puan tidak perlu risau tentang kitaran haid puan kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hingga 35 hari.

 

 

Saya mencadangkan sebagai langkah pertama, puan mengira HARI SUBUR puan dengan mencatatkan hari pertama kitaran haid puan. Kemudian perhatikan tanda-tanda perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda.

 

 

Puan akan melihat tanda puan sedang subur kira-kira lima hari sebelum puan berovulasi. Ovulasi biasanya berlaku di antara 12 dan 14 hari sebelum tempoh bermula kitaran haid puan seterusnya. Ini adalah purata, jadi ia boleh menjadi beberapa hari lebih awal atau kemudian.

 

 

Sebagai contoh, katakan puan mempunyai 28 hari kitaran haid. Hari subur puan sekitar hari 12 hingga 17.

 

 

Walau bagaimanapun, ramai wanita mempunyai kitaran tidak teratur. Jika kitaran puan adalah tidak teratur, ovulasi mungkin berlaku seminggu lebih awal atau kemudian dari satu bulan ke depan.

 

 

Jika puan keliru, boleh berbincang dengan doctor yang biasa merawatkan puan mengenai pengiraan HARI SUBUR.

 

 

Jika mahu saya mengirakan HARI SUBUR, saya akan caj RM30 dengan memaklumkan umur, tinggi dan berat, serta hari pertama haid sekurang-kurangnya enam bulan terdahulu, eg dari Jan 2014 hingga Sept 2014.

 

 

Pembayaran dibuat kepada ZUBAIDI BIN AHMAD di akaun  Maybank : 101011540320

 

Selepas bayaran dibuat, mohon SMS bukti bayaran (GAMBAR RESIT) dan alamat email/RM30) ke 019-7712391.

 

 

Saya juga akan memberikan beberapa nasihat, semoga puan mudah hamil, insha ALLAH.

 

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: