Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?

Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?

 

Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk.

Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pills – OCP) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan saiz pada payudara, peha dan punggung mereka.

Ramai wanita yang mengamalkan OCP kerana masalah kesihatan mereka bertanyakan perkara yang sama kepada saya. Jika berat mereka bertambah tentu tidak baik untuk kesihatan dan dikhuatiri bakal berdepan masalah perubatan yang lain pula.

Kesan ini tidak dirasakan oleh semua orang. Tiada bukti saintifik yang kukuh mengatakan bahawa OCP menyebabkan penambahan berat badan pada semua wanita yang mengamalkannya. Ia hanya berlaku pada wanita tertentu dan selalunya ia akan hilang dalam masa dua hingga tiga bulan.

Peningkatan berat badan selalunya disebabkan oleh pertambahan cecair dalam badan (water retention) dan bukannya disebabkan oleh pertambahan bilangan sel-sel lemak. Kesan hormone estrogen hanya menambahkan saiz sel-sel lemak adipose, bukannya bilangan mereka. Jadi peningkatan berat bukanlah disebabkan oleh lemak tetapi cecair di dalam badan.

Pada awal OCP diperkenalkan iaitu pada sekitar tahun 1960an, ia mempunyai kandungan hormone estrogen dan progestin yang sangat tinggi. Kandungan hormone estrogen yang tinggi ini akan meninggikan selera makan dan menyebabkan penambahan cecair dalam badan. Memang benar jika wanita yang mengamalkan OCP mengalami peningkatan berat badan yang ketara ketika itu.

Dalam laman web ScienceDaily (Jan. 19, 2011), Dr Alison Edelman, M.D., seorang pakar perubatan dan penyelidik di Jabatan Obstetrics dan Gynecology di Oregon Health & Science University, percaya bahawa pil itu tidak menyebabkan peningkatan berat badan.

Hari ini OCP yang berada di pasaran mempunyai kandungan hormone yang lebih rendah. Jadi penambahan berat badan tidak perlu dirisaukan.

Pada tahun 1986 satu kajian yang dilakukan di Hungary memeriksa kesan pil pencegah kehamilan ini mendapati bahawa pil yang mempunyai kandungan hormone yang rendah mempunyai kesan penambahan berat badan yang sedikit berbandingan pil pencegahan kehamilan yang mempunyai kandungan hormone yang tinggi.

(rujuk: Balogh A (1986). “Clinical and endocrine effects of long-term hormonal contraception”. Acta Med Hung 43 (2): 97–102)

Dalam tahun 2000 saintis dan pakar perubatan di British telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti kukuh bahawa pil pencegah kehamilan yang mempunyai dos yang rendah boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

(rujuk:  Gupta S (2000). “Weight gain on the combined pill—is it real?“. Hum Reprod Update 6 (5): 427–31.)

Walaubagaimanapun jika wanita yang mengamalkan OCP masih mengalami penambahan berat badan, saya menasihati agar berbincang dengan doktor yang merawat. Mungkin doktor boleh mencadangkan OCP jenis lain.

Terdapat dua jenis pil pencegah kehamilan, pertama dinamakan sebagai combination pills, yang mengandungi hormone estrogen dan progestin, dan kedua dinamakan progestin-only pills, yang tidak mengandungi hormone estrogen.

Setiap jenis pil mempunyai kesan sampingan yang berbeza pada dos yang berbeza. Jadi kemungkinan masalah berat badan dapat diatasi tetapi kesan sampingan yang lain pula timbul. Selalunya apa juga kesan sampingan akan berlangsung selama 3 bulan, sebelum tubuh dapat serasi dengan kesan sampingan itu. Jika ia berkekalan maka haruslah menghentikannya atau bertukar kepada pil yang lain.

Walau apa pilihan pil perancang yang mahu digunakan, haruslah berbincang dengan doktor yang mahir. Bertanyakan pada pembantu farmasi atau pembantu klinik tidak memadai kerana kesan sampingan ubat pencegah kehamilan kadang-kala serius sehingga menggganggu perjalanan kehidupan yang sempurna.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (180911)

4 comments

  1. Dr, saya mengamalkan suntikan depo selepas tempoh berpantang sehingga anak saya sekarang berumur 1 tahun 5 bulan kerana keperluan untuk tidak mengandung akibat pembedahan ceaser selama 2 tahun lebih. selepas suntukan dibuat, saya tidak datang haid sehingga sekarang dan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 6 kg untuk tempoh 1 tahun 2 bulan tersebut. adakah ini normal

    • salam,Dr,selepas saya melahirkan anak saya yang pertama,saya telah mengambil suntikan depo selama 3 tahun,bila saya berhenti dlm tempoh itu untuk merancang kehamilan saya yang kedua hingga kini masih belum dikurniakan lagi cahaya mata.Anak saya kini sudahpun berusia 8 tahun.Adakah suntikan ini salah satu sebab yang boleh menjarakkan tempoh kehamilan itu.Terima kasih.

  2. Dr,,sy telah menggunakan pil rigevidon selama 3 thn,,adakah ia boleh mendatangkan kesan sampingan kpd sy kerana meggunakan pil ini terlalu lama,,

  3. a’kum Dr,sebelum ni saya ada guna suntikan depo,kesan pd saya terdapat byk jerawat di muka,berut membuncit barangin.selepas itu saya bertukar pula pil perangcang yasmin kesan yg saya alami loya dan muntah seperti org mabuk mengandung dan kerap sakit kepala.kulit semakin cantik tp kesan loya pula yg saya alami adakah ianya biasa.perlukah saya meneruskan pengambilan pil ini?saya sudah 2 bln mengambil pil ini,saya ada gastrik boleh tak mkn pil perancang ini?boleh tak saya bertukar ke pil perancang loette pula?tolong beri nasihat pd saya.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top