Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Adakah Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kecacatan Bayi?

Adakah Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kecacatan Bayi?

Saya baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan ultrasound bagi seorang wanita untuk menentukan umur bayi dalam rahemnya. Selesai menuliskan preskripsi, saya membuka email.

Salam doktor, saya ada masalah besar. Baru-baru ini saya mengamal semula pil perancang kehamilan, tanpa menyedari bahawa saya sudah hamil. Apa yang harus saya lakukan? Adakah bayi ini akan mengalami kecacatan?

“Wa’alaikumussalam. Puan harus menghentikan segera pil pencegahan kehamilan itu. Namun jangan bimbang. Pil perancang kehamilan itu tidak memberi kesan kepada bayi puan, Insya Allah”

Saya simpati dengan kegelisahan beliau. Sesiapa jua akan risau tentang kecacatan yang mungkin dialami oleh bayi yang di dalam rahem.

Bagaimana mahu memastikan sama ada pil perancang kehamilan mempunyai kesan negatif kepada bayi?

Baru-baru ini ‘The American Congress of Obstetrican and Gynaecologist’ telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘pil pencegah kehamilan yang diambil pada awal kehamilan tidak menyebabkan kecacatan pada bayi yang nyata (major fetal defect)’.

Kajian sebelum ini ada menunjukkan bahawa pengambilan pil pencegah kehamilan yang diambil secara secara tidak sengaja ketika hamil boleh menyebabkan kecacatan pada bayi, terutama jika bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan. Kecacatan yang sering dikatakan itu ialah pembesaran clitoris (kelintit) pada bayi perempuan.

Oleh itu FDA US telah memberikan peringatan kepada wanita yang mengamalkan pil perancang ini agar memastikan mereka tidak hamil sebelum mengambil pil itu. Ini dapat dilakukan dengan menunggu sehingga kedatangan darah haid. Pil perancang ini selalunya diambil pada hari ke-5 selepas kedatangan haids.

Jika dalam ‘keadaan kecemasan’ di mana suami tidak dapat menunggu sehingga kedatangan haid, bolehlah menggunakan cara alternatif seperti kondom. Pil perancang kehamilan tidak berfungsi serta-merta, selalunya mengambil masa 2 hari selepas pil itu dimakan.

“Doktor, bagaimana pula jika seorang wanita dirogol atau disetubuhi tanpa kerelaan? Saya dengar boleh menggunakan sejenis pil perancang bagi menghalang kehamilan”

Dalam keadaan kecemasan akibat dirogol dan mahu mengelakkan kehamilan, pil perancang kehamilan yang juga dipanggil “morning after pills” boleh digunakan. Jenama yang dijual di Malaysia ialah Postinor mengandungi 1.5 mg levonorgestrel. Pil ini harus diambil sebanyak 2 biji dalam masa 120 jam (lima hari) untuk mencegah kehamilan.

Jadi bagi mangsa rogol atau isteri yang tinggal berjauhan dengan suami, sesekali berjumpa dan belum bersedia menimang cahaya mata, pil ini boleh digunakan. Namun mereka haruslah berbincang dahulu dengan doktor sebelum mengambil pil ini.

Bagaimana jika pil ini tidak berkesan, maksud saya gadis yang dirogol tadi tetap hamil. Adakah pil itu akan menyebabkan kecacatan bayi?”

Hal yang sama boleh berlaku pada isteri yang tinggal berjauhan dengan suami tadi. Jika ditakdirkan mereka hamil, pil perancang kehamilan itu juga tidak memberikan kesan buruk pada bayi dalam rahem.

Dengan penemuan baru ini, pihak United States Food and Drug Administration (US FDA) telah menarik balik amaran yang mereka berikan sebelum ini. Kesimpulannya, jika seorang wanita mengambil pil perancang kehamilan tanpa menyedari dirinya telah hamil, ia tidak akan menyebabkan kecacatan besar pada bayi di dalam rahem.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (120811)

Rujukan:

1. Jellesen R, Strandberg-Larsen K, Jorgensen T, et al. 2008. Maternal use of oral contraceptives and risk of fetal death. Paediatr Perinat Epidemiol 22(4):334-40

2.Waller DK, Gallaway MS, Taylor LG, et al. 2010. Use of oral contraceptives in pregnancy and major structural birth defects in offspring. Epidemiology 21(2):232-9

 

6 comments

  1. salam

    tuan artikel yang baik.TQ

    TUAN DOC..

    BOLEH TAK TULIS TTG PENYAKIT ALERGI KULIT AKIBAT MAKANAN TERTENTU.

    SEJAK LIMA BULAN LALU SAYA MENGHIDAP GATAL KULIT.SAYA SUDAH MENJALANI ALERGI TEST. BAHAN YANG DIUJI IALAH MAKANAN LAUT, IKAN KEMBONG, AYAM DAN DAGING.

    KEPUTUSANNYA ADALAH NEGATIF.YANG MENGHAIRANKAN SAYA DALAM BULAN PUASA INI RASA GATAL, BERBINTAT – BINTAT KEMERAHAN KEMBALI MENYERANG.SAYA TELAH MENGAMBIL UBAT TAHAN GATAL.DAN HILANG SETELAH MEMAKAN UBAT ITU.

    APA YANG SAYA DAPAT KESAN ,APABILA MENGAMBIL MAKANAN PEDAS SEPERTI CILI API, KICAP, AIR SOYA DAN BEBERAPA BAHAN YANG SAYA TAK PASTI DIDALAM MAKANAN. MAKA KULIT MENJADI GATAL, MERAH DAN BERBINTAT – BINTAT.

    UNTUK MAKLUMAN BUAT MASA INI SAYA MENGAMBIL MIRCADIS 40 MG DAN LIPITOR 10MG.UNTUK RAWATAN HBP DAN KOLESTEROL.

    SOALAN SAYA, APAKAH BERKEKALAN ALERGI KULIT TERSEBUT ATAU TERUS TERPAKSA MENGAMBIL UBAT TAHAN GATAL?….

  2. Selamat Pagi Doktor, saya ada sedikit masalah, saya dan suami tinggal berjauhan sekali kala berjumpa dan belum bersedia menimang cahaya mata oleh itu saya mangambil pil perancang, tetapi terlupah makan ( miss 1 pil ) macam mana untuk mencegah haamil ?

  3. Artikel yang membuka mata bagi wanita! Teruskan sharing ilmu Doc. Saya ternanti-nanti post terbaru doktor :-)

  4. Salam Dr,
    Untuk menentukan umur bayi di dalam rahim, adakah di awal kehamilan, boleh dilakukan melalui pemeriksaan ultrasound. Kerana saya terlupa kali terakhir saya period…

  5. salam Dr,
    saya mengamalkan pil perancang jenis yasmeen.cuma kadangkala saya terlupa utk mkn tp digandakan pilnya pada hari yg seterusnya.masalahnya sekarang sudah 2 bulan saya alami haid yg sedikit.hanya 1 hari.bila saya jalani ujian air kencing,negatif.tidak hamil tapi saya mengalami simptom awal hamil,loya,pening,kejang perut & rasa kembung perut & perut saya nampak besar sikit dari biasa.adakah saya mengandung?dan perlukah saya teruskan memakan pil perancang?

  6. salam sejahtera doctor,saya telah terlanjur mengambil pil perancang sehingga umur kandungan 3bulan…kerana saya x tahu yang saya sedang hamil…saya sangat takut keadaan kandungaan saya ini..saya baru sahaja tahu yang saya telah hamil minggu lalu..dan bulan lalu masih mengambil pil perancang..please doctor..apa yang perlu saya lakukan adakah ianya akan membahayakan kandungan saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top