Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?”

“Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya.

Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen.

Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan sampingannya dengan pasti.

Ini kerana belum ada kajian yang sahih sama ada EPO selamat diambil oleh wanita hamil. Dalam pada masa yang sama belum ada lagi laporan yang menunjukkan EPO mempunyai kesan yang buruk pada mereka.

Saya lebih mengambil isipati sebuah hadis.

“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas, tetapi di antara kedua-duanya ada perkara syubahat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang…..”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaupun hadis ini membincangkan soal halal dan haram, saya suka merujuk kepada soal keselamatan ubat (drug safety). Dalam pasaran terdapat ubat yang telah disahkan selamat untuk wanita hamil dan ada juga ubat yang disahkan merbahaya pada mereka. Selain itu terdapat juga banyak ubat-ubatan atau supplement yang tidak dapat disahkan keselamatannya kerana belum ada kajian terhadap manusia yang menggunakannya.

Ini bermakna, ubat herba yang selamat untuk Puan A belum tentu selamat kepada Puan B. Kebanyakan ubatan herba, sama ada yang merawat atau menjadi supplement kebanyakannya tidak diuji secara spesifik pada manusia dan tiada juga laporan mengenai bahaya ubat itu.

Kandungan dalam minyak EPO.

Unsur aktif dalam EPO adalah asid lemak omega-6 yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dikenali sebagai prostaglandin E1 yang boleh mengurangkan bengkak, dan dapat mengurangkan kesakitan. Selain itu ia menggalakkan salur darah mengembang dan menyebabkan darah menjadi cair.

Tubuh kita memerlukan keseimbangan omega-3 dan omega-6. Oleh itu mengambil supplement omega-3 boleh diambil bersama-sama dengan EPO.

Wanita hamil dinasihatkan mengambil minyak ikan dan daging ikan salmon yang boleh dibeli dari pasaraya besar untuk mendapatkan kesimbangan ini. Ianya lebih selamat berbanding dengan pengambilan EPO. Jika EPO digunakan sebagai supplement untuk masalah sendi atau kulit, bolehlah menyambung pengambilannya selepas melahirkan bayi.

Beberapa tahun yang lepas EPO telah ditarik lesennya sebagai “produk ubatan” kerana tidak ada bukti tentang keberkesanannya dan EPO juga tidak disahkan selamat untuk dijadikan ubat. Lalu ia dijual sebagai supplemen herba yang dijual secara OTC (tanpa preskripsi) atau melalui direct selling. British National Formulary, satu badan di UK yang menjadi rujukan bagi doktor dan ahli farmasi mengenai ubat-ubatan telah menasihati agar menggunakan EPO secara berhati-hati ketika hamil.

Selain itu, pengambilan EPO juga boleh menyebabkan ceret-beret, loya dan kembung perut. Pengguna harus memberikan perhatian kepada dos bagi setiap tablet yang tertulis pada label. Dos yang biasa diambil ialah 1500-3000mg sehari.

Bagi wanita yang tidak hamil, EPO hanya dibenarkan diambil pada waktu haids sehingga waktu ovulasi (hari ke 14 selepas haids) kerana EPO boleh menyebabkan rahem mengecut dan menyebabkan telur ovum yang telah disenyawakan keguguran.

EPO minyak yang ajaib

Pokok Evening Primrose sebenarnya tumbuh subur di utara Amerika. Namun pendatang Eropah telah membawanya kembali ke tanah tumpah darah mereka dan berjaya menanamnya. Mereka kemudian memproses bijiannya bagi mendapatkan pati minyak.

Pati minyak dari biji pokok Evening Primrose inilah yang sangat bermanfaat kerana mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), yang sangat penting bagi perkembangan dan keseimbangan kesihatan tubuh.

Orang Eropah zaman dahulu menggelarkan EPO sebagai  minyak “King’s cure-all” kerana minyak ini mampu membantu mengubati pelbagai jenis penyakit yang sukar diubati, antaranya eczema dan  sakit payudara ketika haids.

Ia juga digunakan dalam aliran complimentary medicine untuk mengubat simptom-simptom akibat post menopausal syndrome, dan masalah kesuburan dengan memperbaiki kualiti lendiran servix ketika persenyawaan sperma dan telur ovum berlaku.

Terdapat beberapa kajian oleh saintis masa kini yang menyokong penggunaan EPO.  Sebagai contoh, EPO dikatakan boleh merendahkan kandungan kolestrol dalam darah dan sakit sendi rheumatoid arthritis. Namun pakar-pakar perubatan moden mahukan lebih banyak kajian mengenai kegunaan dan keselamatan EPO sebelum dijadikan ubat-ubatan.

EPO telah digunakan secara meluas oleh bidan-bidan di Eropah bertujuan untuk memudahkan proses kelahiran. Mereka memasukkan EPO berbentuk capsule ke dalam faraj (vagina) dan bahan prostaglandin dalam EPO akan menyebabkan pangkal rahem (cervix) menjadi lembut dan membenarkan proses kelahiran bermula.

Namun setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai keberkesanan prosedur ini. Malah ada pakar-pakar perubatan menolak dakwaan ini kerana bimbang akan mengganggu proses kelahiran yang normal.

Terdapat satu penulisan di Journal of Nurse-Midwifery, mengenai kesan penggunaan EPO ke atas wanita hamil ketika proses kelahiran.

(rujukan: Journal of Nurse-Midwifery, Dorinda Dove MS, CNM and Peter Johnson, CNM, PhDc. Volume 44, Issue 3, 6 May 1999, Pages 320-324)

Kajian itu mendapati pengambilan EPO dengan memakan pil EPO pada usia kehamilan 37th minggu sehingga waktu melahirkan, tidak memudahkan proses kelahiran. Malah pengambilan EPO ketika hamil boleh menyebabkan koyak selaput tuban sebelum waktunya, bayi sukar dilahirkan (arrest of descent) dan akhirnya para doktor terpaksa menggunakan ubat oxytocin bagi merangsangkan proses kelahiran bayi, atau terpaksa menggunakan vakum.

Jadi saya lebih suka mengambil keputusan iaitu EPO tidak harus digunakan ketika seseorang wanita itu hamil. Walaupun belum ada laporan tentang bahaya kepada ibu dan anak, namun manfaatnya kepada mereka juga diragui.

Wallahu a’lam

Klik sini untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelak induksi

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (2240711)

Rujukan lain:

Birch AE, Fenner GP, Watkins R, Boyd LC. Antioxidant properties of evening primrose seed extracts. J Agric Food Chem. 2001;49(9):4502-7.

Calder PC, Miles EA. Fatty acids and atopic disease. Pediatr Allergy Immunol. 2000;11 Suppl 13:29-36.

Chenoy R, Hussain S, Tayob Y, O’Brien PM, Moss MY, Morse PF. Effect of oral gamolenic acid from evening primrose oil on menopausal flushing. BMJ. 1994;19(308):501-503.

Fan YY, Chapkin RS. Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. J Nutr. 1998; 128(9): 1411-1414.

Keen H, Payan J, AllawiJ, et al. Treatment of diabetic neuropathy with gamma-linolenic acid. The Gamma-Linolenic Acid Multicenter Trial Group. Diabetes Care. 1993;16(1):8-15.

Kollias J, Macmillan RD, Sibbering DM, Burrell H, Robertson JF. Effect of evening primrose oil on clinically diagnosed fibroadenomas. Breast. 2000;9(1):35-6.

Rosolowich V, Saettler E, Szuck B, et al., Mastalgia. J Obstet Gynaecol Can. 2006;28(1):49-57.

Williams HC. Evening primrose oil for atopic dermatitis. BMJ. 2003;327(7428):1358-9.

Belch JJ, Hill A. Evening primrose oil and borage oil in rheumatologic conditions. Am J Clin Nutr. 2000;71(1 Suppl):352S-356S.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

21 comments

  1. Fazila Mohd Zairy

    Terima kasih atas artikel di atas dan ia sangat membantu saya yang sedang merancang untuk hamil. Walau bagaimana pun, saya ingin bertanya berkenaan dengan VCO supplement (virgin coconut oil). adakah ia selamat / memberi kebaikan kepada wanita yang merancang untuk hamil dan semasa hamil. Dalam erti kata lain sebagai supplement yang di amalkan…harap dr dapat membantu saya…terima kasih

  2. doc,saya sekarang sedang hamil 12 minggu dan sedang mengambil pati minyak ikan kod.

    bagaimana pula pengambilan pati minyak ikad kod (cod liver oil)bagi wanita hamil? adakah selamat atau boleh memudaratkan?
    harap doc dapat membantu memberi penjelasan. terima kasih.

    • sekadar berkongsi yang saya tahu. cod liver oil memang tak sesuai wpn untuk anak atau kita. sebab ia adalah minyak hati ikan. hati tempat di mana banyak bahan toksik dan kite memang tak digalakkan makan organ dalaman macam hati limpa dll. ia berbeza jika hanya minyak ikan sbb byk kandungan dha. yang bagus masa mengandung amalkn makan kismis, kurma dan badam. banyak zat besi, mineral dan bagus utk otak.

  3. assalamualaikum dr.terima kasih dgn penerangan tersebut.baru saya tahu rupanye EPO hanya blh d ambil ketika dtg haid hingga waktu ovulasi..sbb skrg ini sy merancang untuk hamil.ingatkan dengan pengambilan EPO setiap hari blh membantu kpd keseimbangan hormon.memandangkan kitaran haid saya tak menentu,saya mengambil EPO setiap hari sbg suplemen.Tp saya silap…w/bgaimanapun,saya b’tuah jumpa ruangan ini ^__^

  4. Assalamualaikum Dr.Saya ingin bertanya bolehkah seseorang leleki mengambil EPO dengan tujuan untuk megurangkan colestrol dan menguruskan badan

  5. Salam doc…saya amalkan pmakanan EPO dalam tempoh 5 tahun..apa yg saya dapati selera makan saya bertambah..adakah kesan dr pengambilan EPO atau sebab faktor usia yg lebih dr 40 an??

  6. salam doc…saya ingin mengetahui adakah EPO boleh dimakan ketika menyusukan anak..anak saya lelaki dikhuatiri hormon anak akan berubah disebabkan EPO

  7. salam,
    terima kasih dokter untuk maklumat yang sangat berguna ini.untuk pengetahuan dokter ,period saya sangat tidak menentu sejak berkahwin.setiap bulan period tapi ckit ckit dan mengambil masa yang panjang kadang kadang sampai 20 hari.kini saya dah setahun berkahwin dan belum dikurniakan anak.sebulan yang lalu saya dinasihatkan oleh dokter untuk menggunakan epo untuk stabilkan period.tapi dokor tersebut tidak pula bagitau cara penggunaannya mcm yang dokter bgtau di atas iaitu makan masa haid dan hingga waktu ovulusi shj.terima kasih.

  8. khairunnisa salleh

    salam doc….mcmna kalau kita amalkan mkn vco(coconut oil) pd wktu mengandung…adakah baik atau akn ada kesan tidak elok…sebab ada orang kata boleh d makan ketika mengandung,…tp sy mahukan kepastian…harap doc dpt jelaskan…..

  9. Doc, saya belum kawin dan mengalami haid yang tidak teratur.. sy ada baca dlm artikel ni yg pengambilan bagi yang telah berkahwin adalah pd waktu haid dan waktu ovulusi.. Bagi yang belum berkahwin bagaimanakah cara pengambilannya? adakah sama seperti wanita yg sudah berkahwin?

    • Doc, saya belum kawin dan mengalami haid yang tidak teratur.. sy ada baca dlm artikel ni yg pengambilan bagi yang telah berkahwin adalah pd waktu haid dan waktu ovulusi.. Bagi yang belum berkahwin bagaimanakah cara pengambilannya? adakah sama seperti wanita yg sudah berkahwin?

      Dr Zubaidi: Pengambilan EPO bagi wanita yang belum berkahwin boleh diamalkan sebiji setiap hari. Namun cara terbaik ialah berjumpa doktor dahulu untuk mengesan penyakit-penyakit tersembunyi. Terima kasih.

  10. masa saya hamil dahulu, saya ada bertanya dengan jururawat smasa waktu berklinik. dia mnjawab saya boleh makan EPO tu n tiada masalah. untuk pengetahuan doc, saya hamil hingga mggu ke 28 sahaja dsebabkn masalah PE. adakah PE tersebut disebabkn saya mengambil EPO..?

    • masa saya hamil dahulu, saya ada bertanya dengan jururawat smasa waktu berklinik. dia mnjawab saya boleh makan EPO tu n tiada masalah. untuk pengetahuan doc, saya hamil hingga mggu ke 28 sahaja dsebabkn masalah PE. adakah PE tersebut disebabkn saya mengambil EPO..?

      Dr Zubaidi: Saya tidak bersetuju dengan jawaban yang diberikan bahawa wanita yang hamil boleh mengamalkan EPO. Seperti mana yang saya tulis dalam artikel di atas, bahawa EPO mempercepatkan proses kehamilan, dan berkemungkinan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

      Saya menasihatkan puan menghentikan pengambilan EPO ketika hamil.

  11. Doktor, semasa mengandung anak pertama saya mengambil supplement obimin. Skrg sy mengandung anak kedua dan doktor memberi saya pil Elepro. Selamat kah ubat/pil tersebut dan boleh kah makan pil spirulina juga sebagai supplement? Terima Kasih

    • Doktor, semasa mengandung anak pertama saya mengambil supplement obimin. Skrg sy mengandung anak kedua dan doktor memberi saya pil Elepro. Selamat kah ubat/pil tersebut dan boleh kah makan pil spirulina juga sebagai supplement? Terima Kasih

      Dr Zubaidi: Saya tidak pernah mendengar pil Elepro, mohon puan memberikan gambarnya pada saya agar saya dapat memberikan pandangan, dan hantar ke email saya, drzubaidiahmad@gmail.com

      Mengenai spirulina pula, spirulina mempunyai potensi untuk bercampur dengan bahan logam berat, seperti merkuri yang merbahaya. American Pregnancy Association (APA) melaporkan pengambilan logam berat merkuri secara tidak sengaja ketika hamil boleh merosakkan otak bayi dalam rahem dan melambatkan perkembangan otak apabila dilahirkan nanti.

      Namun jika puan pasti syarikat pengeluar spirulina tersebut menjamin kebersihan dan keselamatan produk mereka, puan boleh mengambil spirulina ketika hamil.

      Tetapi saya berpandangan bahawa tidak perlu mengamalkan spirulina ketika hamil kerana ia tidak memberikan manfaat melebihi manfaat yang diberikan oleh pil Obimin.

  12. TQ dgn informasi trsbut.. saya mula mengambil EPO kurang sbln.. sa selalu merasa pening n kulit mula beruam di bhg peha n seluruh muka.. adakah kesan tersebut drp pengambilan EPO.. utk pengetahuan dr.. saya sda brkhwin dan tdk mengandung.. hrp dr dpt memberikan sedikit pndangan..

  13. Assalam dr. Saya baru 3 bulan consume EPO ni dan saya terkejut kerana EPO ini hanya boleh dimakan semasa ‘period’ sahaja.. Kalau saya consume EPO ni sebagai supplement untuk setiap hari adakah ia akan memberi apa-apa effect? Saya belum mengandung dan merancang untuk mengandung. Adakah ini akan beri kesan negatif kepada proses ni? Terima

    • Assalam dr. Saya baru 3 bulan consume EPO ni dan saya terkejut kerana EPO ini hanya boleh dimakan semasa ‘period’ sahaja.. Kalau saya consume EPO ni sebagai supplement untuk setiap hari adakah ia akan memberi apa-apa effect? Saya belum mengandung dan merancang untuk mengandung. Adakah ini akan beri kesan negatif kepada proses ni? Terima kasih.

      Dr Zubaidi: Wsalam. Boleh puan beritahu umur, tinggi dan berat puan, sudah lama berkahwin dan tarikh pertama haids dari Jun 2012 hingga sekarang, dan hantar ke drzubaidiahmad@gmail.com

  14. Salam doctor ..saya baru di sahkan hamil 7 minggu.. saya nak minta pendapat doctor twntang pengambilan vco catalyst semasa hamil.. produk ini dikhabarkan sgt baik utk ibu hamil..mohon pandangan doctor…
    TQ

    • Salam doctor ..saya baru di sahkan hamil 7 minggu.. saya nak minta pendapat doctor twntang pengambilan vco catalyst semasa hamil.. produk ini dikhabarkan sgt baik utk ibu hamil..mohon pandangan doctor… TQ

      Dr Zubaidi: Wsalam. Saya belum lagi melakukan kajian penggunaan VCO Catalyst untuk wanita hamil kerana belum banyak kajian klinikal yang berkaitan. Ia bukanlah suplemen yang biasa dicadangkan untuk wanita hamil. Insya ALLAH saya akan menulisnya dalam blog dalam waktu terdekat.

Leave a Reply to XaraCancel reply

error: Content is protected !!