Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

Glucose level blood test

 

“Assalamu alaikum doktor,  saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb.  Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil?  Mohon penjelasan, terima kasih.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu.

 

Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit  itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa  kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan sebelum tidur. Ia juga dikenali sebagai BSP.

 

Kandungan gula yang normal antara  4-6 mmol/L.

 

Gula dalam buah-buahan termasuk gula dari tebu adalah gula yang kompleks iaitu sucrose iaitu gula fructose yang bergabung dengan glucose.

 

Apabila dihadamkan sucrose akan memecah kepada glucose dan fructose. Kedua-dua gula glucose dan sucrose akan diserap ke dalam darah secara langsung dan cepat.

 

Mengambil buah-buahan akan menjejaskan ujian BSP yang puan lakukan kerana fructose akan meningkatkan bacaan gula dalam darah.

 

Satu artikel jurnal melaporkan bahawa, “… fruktosa diberikan sahaja meningkat gula dalam darah hampir sama seperti pengambilan jumlah glukosa yang sama”

 

(rujuk: Wylie-Rosett, Judith; et al. (2004). “Carbohydrates and Increases in Obesity: Does the Type of Carbohydrate Make a Difference?”. Obesity Res 12: 124S–129S)

 

Cuma kebaikan gula dari buah-buahan, penyerapan fructose agak perlahan berbanding dengan glucose, kerana fructose mempunyai  indeks glisemik yang rendah (sebanyak 19 ± 2), berbanding  indeks glisemik untuk glukosa  (100) dan indeks glisemik untuk scrose adalah 68 ± 5.

(rujuk: Kaye Foster-Powell, Susanna H. A. Holt, and Janette C. Brand-Miller (2002). “International Table of Glycemic Index and Glycemic Load Values: 2002”. American Journal of Clinical Nutrition 76 (1): 5–56.)

 

Saya menasihatkan agar  tidak memakan makanan yang manis termasuk buah-buah sebelum pemeriksaan gula.

 

WALLAHU A’LAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!