Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL?

ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL?

ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL?

Sebenarnya rambut kita akan gugur setiap hari. Dianggarkan rambut kita boleh gugur sebanyak 100 helai tanpa kita sedari. Rambut kita juga akan tumbuh sepanjang paling kurang 1cm setiap bulan.

Secara umum keguguran rambut boleh berlaku secara tidak normal apabila seseorang itu:

1. Mengalami sakit yang kronik dan serius
2. Stress yang berpanjangan
3. Setelah mengalami pembesaran yang besar
4. Kekurangan nutrisi tertentu dalam makanan
5. Selepas melahirkan anak
6. Masalah ketidakseimbangan atau kekurangan hormon terutama hormon thyroid
7. Disebabkan penyakit autoimmune Sistemik Lupus Erythematosus
8. Kesan sampingan ubatan seperti :

  • ubat mencairkan darah (warfarin)
  • rawatan kemoterapi
  • pil perancang keluarga
  • ubat merawat kemurungan

Ada beberapa istilah keguguran rambut yang biasa digunakan. Untuk memudahkan kefahaman masyarakat, saya tuliskan beberapa istilah yang biasa berlaku.

1. Alopecia Androgenik
Iaitu botak yang biasa dialami lelaki, bermula bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala. Boleh berlaku seawal 20an. Disebabkan faktor keturunan.
Ia boleh juga dialami oleh wanita, juga disebabkan faktor keturunan juga. Rambut menjadi semakin nipis terutamanya di bahagian atas kepala.

2. Alopecia Areata
Iaitu botak secara tidak sekata, menyebabkan tompokan botak pada bahagian tertentu di kepala. Ia selalunya disebabkan oleh penyakit autoimun.

Istilah lain adalah alopecia totalis yang menyebabkan botak di keseluruhan kepala.

Sementara alopecia universalis bermakna kebotakan pada seluruh kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: