Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Adakah haids saya normal?

Adakah haids saya normal?

 

Saya cuba rangkumkan soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya dari FB dan blog.

 

 

Berapa lama biasanya pendarahan haids berlangsung?

jawapan: 3-5 hari.

 

Secara purata wanita mengalami haids selama 3-5 hari, tetapi ia juga normal antara 2 hingga 7 hari. Namun jika pendarahan haids melebihi dua minggu atau 15 hari, dinasihatkan agar berjumpa doctor.

 

 

Berapa banyak seorang wanita kehilangan darah ketika haids?

 

jawapan: 2 sudu makan

 

Selalunya aseorang wanita mengetahui apabila darah yang keluar lebih banyak dari kebiasaan. Tanda pendarahan yang terlalu banyak ialah terpaksa menukar pad setiap jam untuk enam jam atau terdapat banyak ketulan darah beku yang keluar.

 


Adakah jika seorang wanita tidak mengalami haids, mereka pasti hamil atau menghidap penyakit tertentu?

jawapan: Salah

 

 

Apabila seorang wanita tidak kedatangan haids, boleh jadi ia adalah sesuatu yang normal terutama bagi remaja perempuan, atau wanita yang sedang mengalami stress, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau melakukan senaman atau aktiviti  luar secara lasak.

 

Ada kalanya, beberapa jenis alat perancang kehamilan sama ada bentuk suntikan atau pil, mengakibatkan seseorang wanita tidak mengalami haids.

 

Jika sebelum ini seorang wanita mengalami haids yang normal dan kemudian mengalami kitaran haids yang tidak teratur, melebihi enam bulan, dinasihatkan berjumpa doctor.

 

 


Apa haids mula datang, seorang wanita akan merasa sakit di bahagian:

jawapan: Abdomen sebelah bawah atau bahagian belakang pinggang atau kedua-duanya sekali.

 

Jika mengalami sakit yang perpanjangan dan terlalu kuat, di bahagian bawah abdomen, haruslah melakukan pemeriksaan lengkap kerana berkemungkinan mengalami penyakit ‘endometriosis’.

 

 

Berapa lama kitaran haids yang normal?

jawapan: Antara 21 hingga 35 hari

 

 

Secara purata, wanita yang sihat dan subur mengalami kitaran haids selama 21 hingga 35 hari. Namun bagi remaja perempuan, ada kalanya mereka mengalami kitaran haids yang lebih panjang antara 21 hingga 34 hari.

 

 

Jika ada sebarang kekeliruan, cuba buatkan satu diari dan tandakan pada kalendar. Ini membantu doctor melihat corak kitaran haids puan, sama ada ia normal atau tidak.

 

 

 

Apakah yang menyebabkan kesakitan ketika haids bertambah teruk?

jawapan: Stress

 

 

Dalam kajian yang dilakukan pada  2010 menunjukkan bahawa apabila seorang wanita mengalami stress, akan mengalami kesakitan senggugut yang lebih kuat dari wanita yang tidak mengalami stress.

 

 

Sepanjang kehidupan seorang wanita yang sihat dan normal, berapa kali secara kasar beliau akan mengalami kitaran haids ?

jawapan: 450

 

 

Secara kasarnya, sepanjang 35 tahun kehidupan seorang wanita yang sihat dan subur, dengan purata sebanyak 13 kitaran haids setahun, beliau akan mengalami 450 kali kitaran haids.

 

 

Pendarahan yang keluar dari faraj antara dua kitaran haids atau sebelum hari sepatutnya haids dating adalah tidak normal?

jawapan: Normal

 

 

Walau pun pendarahan haids seperti ini kebanyakannya normal, namun dinasihatkan berjumpa doctor kerana ada beberapa jenis pendarahan seperti ini disebabkan oleh penyakit berbahaya.

 


Adakah normal jika darah haids berketul-ketul?

jawapan: Normal

 

 

Ramai wanita yang mengalami darah haids yang berketul-ketul, namun darah haids akan menjadi cair setelah beberapa hari. Ia selalu berlaku pada beberapa hari permulaan kedatangan haids. Namun jika darah beku keluar secara berketul-ketul dan terpaksa menukarkan pad setiap jam untuk enam jam, ia adalah tidak normal dan harus berjumpa doctor.

 

 

Adakah normal jika terdapat darah berwarna coklat ketika haids.

jawapan: Ya

 

 

Darah haids boleh berwarna merah yang terang atau coklat yang gelap. Semakin sedikit darah haids dan warnanya akan berubah keperang-perangan atau coklat cerah.

 

 

Bagaimana untuk mengurang sakit dan ketidakselesaan ketika haids?

Jawapan: Senaman

 

Ramai wanita yang mendapati bersenam secara aerobic, seperti mengayuh basikal, berjalan (brisk walking), atau berjogging dapat mengurangkan rasa sakit ketika haids.

 

 

Makanlah makanan yang mengandungi karbohidrat yang kompleks atau  makanan yang kaya dengan Calcium.

 

 

Cuba dapatkan tidur yang cukup, elakkan caffeine dan minuman bergas, kurangkan makanan yang banyak minyak, garam dan gula.

 

 

Wallahu a’lam.

 

2 comments

  1. kitaran haid saye 30-35 hari.bilekah waktu subur saye.kini saye berumur 35 thn dan sudah 5 tahun berkahwin sehingga kini masih menunggu zuriat

    • kitaran haid saye 30-35 hari.bilekah waktu subur saye.kini saye berumur 35 thn dan sudah 5 tahun berkahwin sehingga kini masih menunggu zuriat

      Dr Zubaidi: Boleh saya tahu berat dan tinggi puan, dan hari pertama haid puan dari Jun 2012 hingga Dec 2012 ? Puan boleh emailkan ke drzubaidiahmad@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!