Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Ada Dara atau Tidak?

Ada Dara atau Tidak?

Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak.

Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki.

Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ oleh lelaki bukan suaminya.

Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” Al-Mukminun : 5-7

 

Pada aspek sosial dan budaya, ramai bakal pengantin wanita dan keluarganya malu akibat ketiadaan dara. Pendarahan di malam pertama adalah suatu yang penting bagi menunjukkan bagi pengantin wanita itu belum pernah melakukan jima’ dan dianggap suci.

 

 

 

Selaput dara mudah koyak?

Bolehkah seseorang itu kehilangan dara walaupun tanpa hubungan kelamin?” tanya seorang wanita yang aktif dalam sukan. Mencari alasan atau kebenaran?

Untuk berlaku adil dan bersangka baik, saya memberitahu banyak sebab berlakunya kehilangan dara. Selain dari hubungan jima’ (sexual intercourse), selaput dara boleh terkoyak jika :

  1. berlakunya kecederaan seperti terjatuh dan kemaluan terkena benda yang menonjol eg ketika cuba melompat pagar.
  2. latihan sukan eg menunggang kuda dan berbasikal
  3. melakukan onani menggunakan batang lilin atau vibrator
  4. apabila doktor memasukkan peralatan ketika melakukan prosedur memeriksa faraj atau pangkal rahem
  5. melakukan douching atau membersihkan faraj dengan memasukkan air atau bahan cucian ke dalamnya.

Namun kemalangan dan bersukan adalah antara perkara yang amat jarang menyebabkan selaput dara menjadi koyak. Ini kerana kedudukan selaput dara yang berada dalam faraj dan dilindungi oleh tulang pubic (tulang ari-ari atau tondon).

Secara peribadi saya akan meletakkan kemalangan dan bersukan adalah sebab yang terakhir. Kebanyakan punca kehilangan atau kerosakan selaput dara ialah memasukkan sesuatu ke dalam faraj.

 

 

Selaput Dara : selaput nipis di faraj

Ramai wanita yang mempunyai masalah kerosakan selaput dara cuba untuk membaikinya. Namun elok juga kita ketahui misteri selaput dara yang dianggap sebagai penting dalam sebuah perkahwinan.

Semasa dalam kandungan, jantina bayi ditentukan apabila umur kehamilan berumur antara 7 – 12 minggu. Pada lelaki, struktur “genital walls” akan bercantum dan membentuk kerandut zakar (scrotum) dan pada bayi perempuan pula ia akan membentuk labia minora (bibir dalam) dan labia majora (bibir luar). Kemudian “mucosal fold” akan membentuk selaput dara.

Walaupun selaput dara akan pecah pada hubungan jima’ yang pertama, namun ada juga yang masih mempunyai baki selaput dara yang dinamakan ‘carunculae myrtiformis’.

Ada beberapa fakta yang elok kita renungkan. Antaranya :

1. 99.9% selaput dara dibentuk ketika peringkat embryo. Ini bermakna seramai 1 dalam 1000 wanita tidak mempunyai selaput ini ketika dilahirkan.

2. Semasa jima’ pertama seramai 44% wanita tidak mengalami pendarahan.

 

Fakta ini tentu mencabar tanggapan budaya dan sosial yang menganggap wanita suci akan mempunyai selaput dara dan ianya dibuktikan dengan pendarahan di malam pertama.

Namun jika tanggapan ini tidak dapat diubah, beberapa pendekatan perubatan moden akan membantu masalah ini.

 

 

Cara membaiki selaput dara

Pembedahan untuk memperbaiki selaput dara bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ketiadaan atau kerosakan selaput dara.

Walaupun selaput itu akan diganti atau diperbaiki, namun ’kesucian’ yang hilang akan selalu menghantui wanita itu.

Oleh itu seharusnya sebelum melakukan pembedahan, harus diadakan sesi kaunselling yang melibatkan wanita dan keluarganya. Jika tiada pilihan, (akibat tekanan sosial dan budaya), pembedahan adalah  pilihan yang terakhir.

Saya perlu ingatkan bahawa melakukan pembedahan selaput dara kerana hendak membohongi bakal suami adalah suatu tindakan yang keji dan tidak dibenarkan oleh agama. Doktor yang melakukan pembedahan itu juga harus bertanggungjawab terhadap dosa itu.

Pembedahan selaput dara disebut sebagai hymen repair, hymen reconstruction, hymen surgery, hymenoplasty atau revirgination. Ia sebenarnya adalah pembedahan kosmetik yang cuba membaiki atau mewujudkan semula selaput dara.

 

 

Simple Hymenoplasty:

Dalam prosedur ini, doktor akan menjahit baki selaput dara yang tinggal dan cuba merapatkannya untuk menutup selaput yang koyak. Ianya sangat mudah, namun mengambil masa 3-7 hari untuk sembuh.

Risikonya ialah jangkitan kuman kerana selaput dara tidak mempunyai saluran darah. Ia tidak bertahan lama dan perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sebelum majlis perkahwinan dan malam pertama. Ia boleh dilakukan menggunakan bius local anaesthesia.


Alloplant:

Jika selaput dara tidak dapat dibaiki, sejenis bahan biomaterial yag mudah pecah dimasukkan ke dalam dara dan bertindak sebagai selaput dara. (Rujuk gambar di atas)

Prosedur ini juga mudah dan boleh dilakukan menggunakan bius local anesthetic atau bius penenang (sedative). Prosedur akan berlangsung selama dua jam dan wanita itu boleh kembali bekerja keesokan harinya.  Ianya sangat menyerupai selaput dara yang normal namun ianya tidak bertahan lama.

 

Vaginaplasty

Apabila tiada lagi baki selaput dara yang perlu diperbaiki, pembedahan vaginaplasty dicadangkan. Pembedahan ini lebih besar iaitu lapisan mukosa faraj di kedua-dua belah kanan dan kiri dipotong dan dicantumkan.

Ianya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Pembedahan ini memerlukan bius pengsan (general anaesthesia) kerana pembedahan mengambil masa yang lama. Jahitan itu tidak perlu dibuka kerana ianya akan tanggal dengan sendirinya.

 

Fatwa mengenai hymenoplasty

Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulama dari Arab Saudi memberitahu, terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai pembedahan ini.

Pendapat pertama tidak membenarkan langsung (haram melakukan pembedahan). Sementara pendapat kedua menegaskan :

  1. Ianya dibolehkan (harus) jika selaput dara itu koyak disebabkan oleh kemalangan atau perbuatan yang berlaku akibat perbuatan tidak dianggap sebagai berdosa oleh Syariah, seperti bersukan, atau dirogol dan bukan hubungan zina, dan kehilangan selaput dara meletakkan kehormatan wanita itu dalam bahaya akibat kesan budaya masyarakat setempat.
  2. Jika selaput dara telah koyak akibat perkahwinan mereka atau disebabkan perzinaan (bukan perogolan), maka pembedahan ini adalah haram, kerana ianya menipu bakal suami. Namun jika perzinaan itu  tidak diketahui oleh orang lain, (dan wanita itu telah bertaubat) maka hukumnya harus. Terserahlah kepada doktor sama ada mahu melakukannya, namun lebih baik doktor itu membantu wanita yang ikhlas selepas bertaubat untuk memulakan hidup baru.

 

Pembahasan Hujah:

Pendapat pertama yang mengatakan bahawa pembedahan ini haram kerana :

  1. Ia akan mencampurkan nasab, jika wanita itu telah mula mengandung dan menjalani pembedahan. Apabila wanita itu berkahwin  dengan suami yang baru, kandungan dari bekas suami akan di’bin’kan dengan suami yang baru. Ini akan menyebabkan nasab seseorang itu akan bercampur.
  2. Pembedahan itu menyebab pendedahan aurat pada orang lain (pada doktor, terutama non muslim).
  3. Ia seolah-oleh menjadi penyelesai mudah bagi wanita muda untuk mengulangi perbuatan zina dan kemudiannya membaiki selaput daranya.
  4. Terdapat kaedah syarak iaitu “untuk mendapatkan perkara yang baik pada masa akan datang , harus menghalang perkara yang buruk sekarang” dan sebaliknya. Oleh itu untuk menghalang sesuatu yang buruk di masa depan, (percampuran nasab dan pergaulan bebas/zina), pembedahan selaput dara haruslah dihalang.
  5. Terdapat satu lagi kaedah syarak iaitu ”sesuatu yang buruk tidak boleh digantikan dengan yang buruk”, sebagai contoh seorang lelaki tidak boleh menghalang air banjir ke kebunnya dengan mengalirkan air yang mengalir ke kebun orang lain.

 

Dalam kes ini seorang wanita tidak boleh membaiki selaput daranya dengan melakukan pembedahan dengan tujuan menipu bakal suaminya. Pembedahan selaput dara tidak dibenarkan oleh Syariah kerana ianya adalah “perbuatan yang menipu”, dan perbuatan menipu diharamkan oleh syarak.

 

Pendapat mana yang harus digunakan?

Pendapat yang terbaik ialah pendapat yang mengatakan bahawa pembedahan ini diharamkan. Ini kerana walaupun kita merahsiakan dosa zina yang dilakukan, ketenangan tidak dapat dicapai dengan melakukan pembedahan. Ianya pembohongan dan haram.

Bagi wanita yang dizalimi orang (dirogol), seharusnyalah berterus terang dengan bakal suami. Melakukan pembedahan adalah suatu kaedah ‘pembohongan yang halus’. Jika bakal suami memahami dan menyintai sudah tentu dia akan meneruskan cintanya.

Jika bakal suami tidak dapat menerima, ia sepatutnya tidak mendatangkan masalah. Jangan risau soal jodoh. Tentu ada hikmah di balik penolakan cintanya. Berdoalah agar Allah memberikan lelaki yang lebih baik.

Kita bimbang keburukan (ketiadaan dara) tidak dapat dirahsiakan lagi apabila si suami mengetahui setelah berkahwin. Sudah tentu dia akan marah dan akan meretakkan hubungan suami dan isteri.

(Rujukan : Ahkaam Al-Jirahah At-Tibbiyyah wa’l-Athar Al-Mutarattibah `alayha, oleh Dr. Muhammad Ibn Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shanqiti, mukasurat 403)”

Saya menasihati, berjumpalah dengan ulama setempat untuk berbincang berkenaan hukum, dan berjumpalah dengan doktor yang ikhlas untuk menjalankan pembedahan.

 

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (301110)

38 comments

  1. Assalamulaikum, bagaimana dengan kedudukan sy seorang ibu tunggal yg bakal megahwini lelaki bujang, si dia mengetahui dan faham mengenai hal ini. Namun, sy merasakan bahawa sy tidak sempurna lantaran tidak dpt memberi bakal suami merasa apa yg sepatutnya di mlm perkahwinan kami dan ini membuatkan sy tertekan dan hampir membatalkan perkahwinan. Bolehkan pembedahan ini dlakukan?

    • Wa alaikum mus salam. Jika bakal suami puan telah mengetahi yang puan adalah ibu tunggal, maka ianya tidak menjadi masalah. Masalah akan wujud jika dia menyangka puan masih lagi dara. Saya percaya dia mahu berkahwin kerana sayangkan puan bukannya dara puan.

  2. dr..sebelum ni saya pernah dinodai bukan atas kerelaan sendiri..tetapi kerana malu diketahui umum saya diamkan perkara ni..saya juga takot dibuang dari pengajian..saya mempunyai tunang dan kami akan berkahwin sebaik saja pengajian tamat pada bulan 6 ini.masalahnya.saya bimbang saya akan mengecewakan tunang saya..puas saya memikirkan bagaimanakah caranya untuk berhadapan dengan masalah ini..tolonglah doktor..

    • Saya simpati dengan nasib saudari. Pendapat saya, jika tunang sdri boleh menerima saudari ‘seadanya’ tentu ianya mudah, apatah lagi inilah ujian jika dia benar-benar mencintai saudari. Banyak helah yang boleh dibuat, namun saya bimbang jika ianya diketahui oleh tunang sdri di masa depan, tentu akan terjadi perselisihan. Wallahu a’lam.

  3. assalamualaikum..
    doktor,pada pertengahan perkenalan kami..beliau ada menyatakan bahawa dia tidak akan menerima gadis yg tidak mempunyai dara lg kerana baginya mereka adalah ‘kotor’.hal ini amat menyedihkan saya..bagaimana utk saya menerangkan keadaan yg sebenarnya?saya terfikir utk mnjalankan pembedahan utk memulihkan kembali selaput dara saya yg rosak akibat peristiwa trsebut..sya ingin mnjadi isteri yg diidamkan oleh suami..perasaan ini benar2 mengganggu kehidupan harian saya..saya juga tak putus2 berdoa kpd Allah utk mempermudahkan segala urusan hidup..maka dgn itu saya itu saya bercadang utk melakukan pembedahan.dan boleh doktor jelaskan mengenai kaedah alloplant dna vaginaplasty?

  4. assalamualaikum..
    dr..sy nak tau…bolehkah wanita hamil jika anak dara belum pecah??

  5. AsSalam..
    Doktor, harap dpt bantu saya yg dlm kerisauan.
    Berkenaan anak perempuan saya yg brumur 10th, baru 2hari lepas dia trgelongsong dari tempat duduk (A&W bench) dan alat sulitnya boleh dikatakan trhentak di bucu bench tersebut, dan myebabkan dia mngerang kesakitan. After few minutes, dia nmpk ok wpun still sakit.

    Pada malamnya, ada blood stain diseluar dlm anak saya dan menurutnya still rasa pedih utk buang air kecil. Doktor, adakah selaput dara anak saya brkemungkinan koyak, atau ada sebarang kecerderaan lain yg perlu saya rujuk pada pakar.

    Tolong doktor, harap dpt mmbantu atas kerisauan saya. Tkasih.

  6. assalamualaikum DR,

    pada satu masa saya telah terlanjur dgn tunang saya.. tetapi saya hanya memasukn separuh drpd kemaluan saya kira2 dua ke tiga inci.. tetapi tiada tanda2 darah kluar.. apa yang saya tau tunang saya adalah jenis x bersosial dan tidak keluar dari rumah.. tetapi saya ade was was dalam hati saya.. bolekah Dr memberi keterangan mengenai kedudukn selaput dara ..

    tolong ye dr.. tq

  7. saya kerap melakukan onani 2 tahun yg lepas…kini saya sedang berusha memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Ketika melakukan onani suatu ketika dahulu…saya ada mengalami pendarahan. Saya musykil sama ada pendarahan itu adalah kerana pecah dara atau luka yang berlaku akibat geseran yg sangat kuat?? Ini adalah kerana pendarahan itu berlaku setelah saya melakukan onani beberapa kali. Bolehkah Dr exlain for my case?

  8. saya bukan dara lg..dulu saya rosak teruk..ikut lelaki sana-sini..sekarang sy ingin bertaubat..
    Allah sungguh pemurah kerana menemukan saya dengan seorang imam yang begitu baik, yang ingin membimbing saya..tp kesucian adalah satu perkara paling penting buatnya untuk mencari isteri..dia tahu saya rosak, tp tidak tahu saya rosak sehingga mengorbankan kesucian kerana cinta bodoh saya yang lalu..
    lelaki ini terlalu baik, dan sanggup memimpin hidup saya demi dunia dan akhirat..
    maka saya bercadang untuk buat pembedahan ini..saya tahu, saya zalim untuk menipunya, harap Allah mengampunkan dosa saya ini..tp untuk menjadi yang lebih baik, saya tidak ingin kehilangannya..

    • Saudari, harap2 saudari tak jadi buat pembedahan ni. Mana boleh niat nak menipu dan buat dosa, kemudian sebelum tu dah harap awal2 moga ALLAH ampunkan dosa. Dosa dan kekotoran tidak dapat disucikan dengan dosa dan kekotoran yang lain. Kalau saudari boleh terfikir nak buat pembedahan ni dengan niat nak menipu, percayalah, tak ke mana juga perkahwinan saudari. Yang nak bagi saudari jadi baik dan dapat hidayah tu, adalah ALLAH, bukan bakal suami atau dara saudara itu. Harap jangan tertipu dengan bisikan syaitan utk menggandakan dosa yang sedia ada.. Pendapat jujur..

  9. salam…
    saya ingin bertanya sekiranya selaput dara pecah akibat berbasikal tetapi tidak pernah melakukan persetubuhan sebelum berkahwin…adakah akan merasa sakit yang sama dan ketat seperti mempunyai org yg selaput dara belum pecah ketika melakukan hubungan??

  10. Salam…

    Saya ada mslh mengenai kawan sy..dia sudah berumah tangga,tetapi skrg berentakkan krna isu dara??Kwn sy dianggap pnh tdo dgn lelaki lain krna malam pertama mereka tidak keluar darah yg diharapkan si suami,tp si isteri x pnh bersama dgn lelaki lain selain suami nyer..hmpir 1 bulan mereka bergaduh..isu yg dibangkitkan sbb darah tak kluar mse mlm ptama…sdgkn si isteri suci ketika bersama dgn si suami..ada kah faktor aktif menyebabkan khilgan dara..

  11. Assalamualaikum dr,
    sy plajar sains dsbuah universti tmptn.sy tbaca sebuah artikel yg mndakwa seorg rmaja tlah hamil slpas mandi d kolam renang lbbih kurg 2bln sblum dsahkn hamil.
    sy ybk mengikuti forum dan ada d antara user yg mngaku hamil walupn masih dara.soalan sy hmpir sama dgn ‘biskut marie’ bolehkah seorg gadis hamil wlopn msih dara?
    soalan kdua,adakah seorg gadis itu boleh hamil jika psgn itu mlakukn hubungn intim sbaik shj habis menstruasi,dgn intercourse ataupn tanpa intercourse?

  12. Assalam..
    Doc bleh saya tahu di mana hospital yang boleh melakukan pembedahan ini dan berapa kos pembedahan ini…k tq

    • Ingin tahu di mana prosedur pembedahan ini boleh dilakukan di negara ini dan anggaran kos yang bakal dikenakan.
      Tq wasalam

  13. berapakah jarak antara selaput dara dan pintu faraj?saya pernah mengelap bahagian sulit dgn menggunakan tisu tandas,tiba2 terdapat sedikit darah pada tisu..adakah tisu tandas(agak tebal dan sedikit keras) boleh menyebabkan kehilangan dara?

  14. Salam,
    Saya ingin mengetahui mengenai bagaimana hendak memastikan kesucian seorang gadis? Saya berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin tetapi saya amat risau krn saya tidak yakin jika selaput dara saya masih utuh atau sudah terkoyak, malu untuk saya katakan bahawa sebelum ini, saya pernah beronani dan mendapati ada sedikit darah yg keluar dan sejak hari itu kerisauan menghantui saya. Untuk makluman, saya belum pernah melakukan hubungan kelamin dengan mana2 lelaki dan saya amat segan terhadap lelaki. Oleh itu, saya risau jika bakal suami saya menuduh saya sebagai bukan anak dara. Saya pernah utarakan masalah ini kpd ibu saya dan dia mengatakan bahawa selalunya lelaki akan tahu jika gadis itu masih suci atau tidak. Bagaiman mereka boleh mengetahui jika gadis itu masih lagi dara atau sebaliknya? Jika seorang lelaki itu pernah melakukan hubungan dgn wanita sebelum ini, adakah dia lebih mengetahui keadaan gadis yg masih dara atau tidak? Kekasih saya adalah berbangsa Arab, bagaimanakah persepsi mereka terhadap wanita yg tidak berdarah ketika melakukan jima’?

  15. lieyana farrah hamid

    assalamualikum,
    sy ada beberapa soalan yg ingin sy tanyakan…
    1. apakah itu air mazi?
    2. boleh anak dara mengandung jika terkena air mazi lelaki?
    3. apakah kandungan air mazi lelaki?

  16. assalamualaikum dr…saya ingin tanya…saya pernah dirogol semasa berusia 10 thun dan adakah selaput dara saya masih dapat dibaiki dan dengan cara manakah adakah “simple hymenoplasty atau vaginaplasty?…..saya amat bntu dr..memadangkan sejarah silam saya ini tidak pernah diketahui sesipa hanya saya simpan ianya mnjadi kngan hitam dlm dri sya sahaja….memadangkan saya mungkin akan berumahtngga tidak lama lagi..saya bmbng krna mngetahui y bakal suami sya amat memtingkn dara…saya juga ingin berikn y trbaik buatnya sbg lmbng dri sya tdk pnh melakukn pkra atau pbuatan zina….akibat dirogol sya jdi runsing dan takut atau fobia dr…

    1)dimanakh saya boleh mndaptkan rwatan ini
    2)Jnis rwatan bgaimana y sesuai dan berapah kos

  17. apakah masih dara seandainya kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah dirogol? dan apakah kesan yang akan berlaku jika dia menjadi seorang remaja kelak?

  18. btol ke memancutkn air kedalam faraj boleh menyebabkn selaput dara pecah?sy slalu memncutkan air hanya untuk mmbersihkan faraj….klu bibir faraj berwarna hitam itu mksudnya sudah hilang dara ke?
    tolong bgitahu sy…plezzz

  19. assalamualaikum.. dr, saya seorg gadis yang belum pernah dinodai oleh mana2 lelaki.. akan tetapi, semasa umur remaja saya, saya sering meletakkan tumit kaki saya pada tmpat kemaluan (sentiasa berlapik pada seluar dan bukan untuk kepuasan seksual langsung)dengan tujuan menahan kencing.. dan saya akan menekan2 bahagian bawah perut saya dengan kuat dengan alasan yang sama.. jadi, ingin saya bertanyakan kepada doktor, apakah mungkin saya sudah kehilangan dara.. bagaimana pula dengan tekanan air yang kuat yang dilakukan oleh salah seorg ahli kluarga saya shingga beliau mrasakan kepuasan sprti mlakukan hubungan seks.. boleh kah doktor jelaskan kpd kami dengan hal ini..

    • Secara logiknya jika tekanan di bahagian clitoris tidak merosakkan selaput dara. begitu juga tekanan air. jika hanya terkenan bahagian clitoris, tidak merosakkan dara. Sbg pengesahan bolehlah mencari doktor wanita untuk memeriksa.

  20. dr, sy masih remaja dan tak pernah bersentuhan dengan lelaki. tapi sy bodoh sgt sbb slalu mengikut nafsu dan slalu memasukan jari ke dlm faraj. dr, adakah selaput dara saya rosak dan macam mana nk tengok kalau selaput dara sy rosak atau tidak?

  21. Butalah pemeriksaan kesuburan suami dan isteri. Ramai suami yang mengalami masalah ketidaksuburan.

  22. salam 1 malaysia,saya mengalami kekhuatiran yg amat sgt.untuk pengetahuan doc saya pernah berkahwin dan telah bercerai dua kali.dan kedua2 bekas suami saya pernah mengatakan saya mempunyai alat sulit yang cacat kerana di antara dua daging alat sulit salah satu panjang dan kadangkala menyukarkan saya berjalan akibat terkepit oleh benda itu,adakah ini terjadi kerana saya belum berkhatan sewaktu kecil dan saya ingin normal seperti wanita lain.dan boleh kah hal ini di bawa kepada pembedahan?

  23. assalamualaikum…doktor saya nk tanya kalau saya memasukkan pen ke dalam kemaluan sya dan sya dapati dihujung pen ada tiggal kesan darah..sya menyesal sangat doktor.saya takut sangat adakah sya dah kehilangan dara…tolong katakan yang drah itu haya kesan luka bukan dara sya pecah

  24. fatmawati a. samat

    dr…anak saya demam.tgh mlm td saya tersilap masukkan ubat bontot anak saya ke dalan lubang farajnya. walau bagaimanapun ubat tersebut berjaya dikeluarkan setelah saya meminta anak saya mencangkung dan kencing. namun saya bimbang perbuatan tidak sengaja saya menyebabkan daranya pecah.. anak saya berumur 5 tahun. minta nasihat doktor kerana saya amat bimbang pd waktu ini. adakah dara anak saya telah pecah doktor?

  25. Assalamualaikum..

    Bakal isteri saya pernah dinodai.. Di awal perkenalan kami, dia bertanya apa akan saya buat jika ditakdirkan jodoh dengan perempuan yang tiada daranya.. Sebagai seorang yang dididik dengan didikan agama yang cukup tinggi, saya akan terima jika perempuan itu bertaubat, ataupun perkara itu berlaku kerana dirogol.. Seterusnya dia berterus terang kejadian dia dirogol.. Berat bahu saya memikul.. Tapi saya tahu itu bukan kehendaknya.. Saya terima dia, dan dia berharap saya jadi imam kepadanya.. InsyaAllah.. Bagi saudari2 senasib, jika benar bakal suami kalian seorang yang beriman, terus teranglah, InsyaAllah jika dia betul2 beriman, ikhlas, keputusannya adalah berpandukan Syariah, bukan menghukum dengan emosi.. :’) Saya sedih mengapa kaum lelaki yang seharusnya membimbing wanita “ar-rijaalu qawwaamuna alan-nisa’” mengkhianati amanah Allah Taala..

    • Assalamualaikum..

      Bakal isteri saya pernah dinodai.. Di awal perkenalan kami, dia bertanya apa akan saya buat jika ditakdirkan jodoh dengan perempuan yang tiada daranya.. Sebagai seorang yang dididik dengan didikan agama yang cukup tinggi, saya akan terima jika perempuan itu bertaubat, ataupun perkara itu berlaku kerana dirogol.. Seterusnya dia berterus terang kejadian dia dirogol.. Berat bahu saya memikul.. Tapi saya tahu itu bukan kehendaknya.. Saya terima dia, dan dia berharap saya jadi imam kepadanya.. InsyaAllah.. Bagi saudari2 senasib, jika benar bakal suami kalian seorang yang beriman, terus teranglah, InsyaAllah jika dia betul2 beriman, ikhlas, keputusannya adalah berpandukan Syariah, bukan menghukum dengan emosi.. :’) Saya sedih mengapa kaum lelaki yang seharusnya membimbing wanita “ar-rijaalu qawwaamuna alan-nisa’” mengkhianati amanah Allah Taala..

      Tahniah.

  26. dr… Saya masih di umur remaja. Saya malu untuk menyatakan ini tapi saya kerap beronani. Ianya bermula dari saya berumur 5 tahun…sebelum ini saya tidak tahu perkara ini melanggar hukum islam dan saya melakukannya kerana saya rasa puas selepas itu….sekarang saya berumur 15 dan baru uzur..setelah saya tahu onani itu salah di sisi islam saya tetap melakukannya kerana tidak tahan akan nafsu saya….beberapa hari lepas,saya beronani…pada esoknya saya rasa kurang selesa pada kemaluan.. Kemudian terdapat darah pada seluar dalam saya…adakah dara saya sudah terkoyak? air mazi saya juga kini terdapat darah… Saya amat risau dr dan saya amat takut untuk memberitahu kepada ibu bapa saya…tolong lah saya doktor….

  27. looking for the truth

    assalamualaikum.. sy masih berumur17 tahun dan bersekolah.. sy pernah melakukan onani secara xsengaja dan menyebabkan kemalaun sy keluar darah.. sy melakukan onani tersebut dgn mnggunakan jari :( adakah itu bermakna sy sudah tiada dara?

    :( regrett.. xbt dh :D tp sy mmg xthu lgsung psal kewujudan selaput dara tuu -.- mm :(

  28. Assalam.. sy nk tnya, jika selaput dara dah terkoyak, adakah masih boleh mengandung??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top