Perihal Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Penulisan blog Dr Zubaidi Hj Ahmad telah bermula pada 12 Mac 2010 melalui sebuah blog ringkas di http://drzubaidi.wordpress.com. Ia adalah medan percubaan untuk beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada komuniti maya di luar Facebook. Setelah didapati penulisan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca, maka blog tersebut telah dipindahkan dan dinaiktaraf kepada www.drzubaidi.com .

Laman www.drzubaidi.com telah dibangunkan pada 25 Julai 2010 dengan perubahan susun atur dan format berbanding blog terdahulu. Ia dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2010 oleh Dr Zubaidi di laman facebook beliau.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen mengenai laman ini. Jika terdapat sebarang kesilapan linking atau sebarang link yang tidak berfungsi, sila maklumkan kepada kami di sini.

Terima kasih kerana menyokong dan teruskan membaca tulisan-tulisan Dr Zubaidi Hj Ahmad di www.drzubaidi.com .

 

Nota:

Statistik di blog ini adalah berdasarkan pageviews sejak 29 Julai 2010 sehingga kini. Setiap artikel mempunyai statistik berasingan berdasarkan kekerapan ia dibaca. Sila kembali ke menu UTAMA untuk melihat statistik keseluruhan.

 

-ADMIN-

  13 comments for “Perihal Blog

  1. 15/01/2011 at 6:05 pm

    Syukur dipertemukan blog doktor, ketika sedang mencari maklumat tentang penyakit saya. Terima kasih.

  2. siti
    19/03/2011 at 9:25 pm

    as-salam doktor,skrg saya mengandung 2 bulan lebih dan mengalami alahan yang teruk.Saya telah mengambil ubat Demenhyrdrinate sebagai ubat tahan muntah.Adakah selamat ubat ini bagi ibu mengandung?

  3. aisya sya
    23/03/2011 at 1:02 pm

    Assalamualaikum..doc,sy nk tny sblm nie sy keguguran,sbln kemudian,sy di sahkan hamil..kandungan sy kini 2 bln,adakah sy berisiko utk keguguran krn rahim sy rendah.Selain itu supliment hemopati adakah elk sy ambil utk smasa pregnent..mohon doc jwb pertanyaan sy.

    ibu risau.

  4. as
    26/05/2011 at 2:46 pm

    assalamualaikum doc..
    sy ada sdkt kemusykilan.ank sy dilahirkn pd 18.12.2010.pd hr dilahirkan dia mendapat suntikan awl iatu BCG dan HepB.kemudian pd 5.2.2011,dia mndpt suntikan Hep B yg kedua (sepatutny pd 18.1.2011,iaitu cukup sebulan umurny).kemudian utk suntikan DTaP+Hib+IPV dilakukan pd 7.3.2011 dan 13.4.2011.persoalan sy,patutkah dia mendapat suntikan utk Hep B,DTap+Hib+IPV skrg (utk bayi umur 5 bln)?atau sy perlu tggu hingga 13.6.2011 (sekiranya berdasarkan beza 2 bln dr tarikh terakhir suntikan?
    sy amt berharap agar tuan doc dpt selesaikan kemusykilan sy ini..
    terima kasih..

  5. aton yang keliru
    08/08/2011 at 11:39 am

    assalammualaikkum dan selamat berpuasa doktor.maaf andai saya menganggu doktor.saya ada beberapa soalan yang ingin bertanya doktor.untuk maklumat doktor,saya sekarang hamil 27 minggu.pada usia kandungan saya berusia 21 minggu,vagina saya telah membengkak pada bahagian dalam sehingga ada biji yang terkeluar..saya x pasti adakah ini bengka kelentik.untuk maklumat doktor juga saya kerap sakit bahgain kiri perut dari kandungan berusia 24 minggi hingga sekarang,sehingga menyukarkan pergerakkan saya terutama duduk dan tidor mengiring,saya terpaksa berjalan sambil memegang perut (seakan-akan mengangkat perut bahagian kiri).
    soalan saya doktor,adakan situasi yang saya alami ini merupakan petanda normal yang sering kali berlaku pada ibu hamil? dan adakah ia menjejas kesihatan kandungan dan diri saya?
    saya harap doktor dapat membantu.terima kasih

  6. nor
    12/10/2011 at 4:32 pm

    assalamualaikum doktor..
    saya ingin bertanya kpd doktor..saya sdang mgandung 2bulan..
    saya mghadapi alahan yg teruk dan pelbagai penyakit sy kena hadapi seperti demam,sakit kepala, mual muntah-muntah selsema yang teruk kerana sy penghidap resdung.saya ada mengambil ubat selsema yang namanya fedac (jika tidak silap) jadi adakah selamat untuk kndungan saya jika saya mengambil ubat selsema tersebut jika diserang selsema ?harap doktor dapat menjelaskan..trima kasih

  7. 29/10/2011 at 8:57 pm

    askm…
    maaf jika sy ingin bertanye….
    teman sy ad mgalami mslh jtn berlbg dri kck lg tpi smpai skrg dye x jalani pmbedahan kerana mslh kewangan..skrng ni umr dye 22 tahun…adakah mslhnye dpt diatasi??
    adakah masalnye blh myebbkn maut??
    tolong sy…sy nak kan kepastian…
    boleh emailkn sy di stbrygrlz@yahoo.com..

  8. nisyamiza
    22/11/2011 at 12:43 pm

    salam doktor,
    saya ada kemusyikilan,saya tlh misses period selama 37 hari,utk pengetahuan doktor,sy tlh membuat upt sebanyak 3 kali dan resultnya -ve,sy ingin tahu bilakah tempoh yg sesuai utk sy membuat upt.mohon doktor menjawab kekeliruan sy.

  9. asz
    24/11/2011 at 2:31 pm

    salam dr..saya dah kahwin 5 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat…
    pelbagai cara sudah saya cuba samaada urut dan perubatan moden…
    saya ingin pandangan dktor..apakah cara terbaik untuk hamil memandangkan usia saya kini 34 tahun?..tk

  10. su
    01/12/2011 at 1:31 pm

    salam doktor, sy br berkahwin 1 bulan lebih..baru2 ni sy mempunyai tanda2 hamil tp sy masih ragu..sy lambat period 3 hari dan selama ni sy xpnh lmbt period…slps 3 hari lmbt sy br dtg period..adakah sy mengandung atau x?

  11. Hanis
    28/12/2011 at 4:54 pm

    Salam doktor… Sya priod hanya 2@3@4 hari jak… bulan sya priod 2hari jak dan skit kpla teramat2.. normal ka bgitu doktr atau sya adalah msalah….?

  12. Ina
    16/03/2012 at 1:19 pm

    Dr,
    saya baru lepas melahirkan anak pada bulan Nov tahun lepas.
    Selepas habis darah nifas pada hari ke 44 saya berjumpa dr perancang hari ke 50 dan start makan pil perancang (Noriday) sebab saya menyusu badan. Sejak habis pantang dan start makan pil perancang saya tak bersama dengan suami (mungkin selama seminggu lebih selepas ambil pil baru bersama). Sekarang anak saya dah masuk 4 bulan tapi saya belum datang period. Perlukah saya buat pregnancy test dan berapa lama selepas bersama suami saya harus buat pregnancy test?

  13. Nora
    11/05/2012 at 12:58 pm

    Dr,
    Saya sekarang hamil 7 bulan. Saya mempunyai masalah platelet rendah (di antara 40 – 60 ribu) dari kecil lagi dan tidak mendapatkan rawatan kerana enggan membuat pembedahan sum – sum tulang serta sihat tanpa sebarang penyakit lain. Setelah hamil, Dr. telah memberikan saya prednisolone. Platelet saya sebelum memakan prednisolone adalah 39 ribu dan setelah 2 bulan mengambil prednisolone, platelet saya menurun kepada 11 ribu. Saya memakan prednisolone dari minggu ke 20 sehingga ke minggu 28 kehamilan. Setelah itu, berkemungkinan Dr. akan memberikan saya IVIG pada minggu ke 31 kehamilan iaitu pada 22.05.2012.

    Oleh itu,Saya ingin mengetahui kesan – kesan ke atas diri sendiri dan kandungan saya setelah memakan prednisolone(selama 2 bulan 6 – 12 biji sekali makan sehari.) dan juga jika memakan IVIG. Ini adalah kerana 2 minggu lepas sahaja baru saya mendapat tahu prednisolone memberikan kesan negatif kerana mata saya mula kabur dan mula mencari di internet berkaitan prednisolone. Sebelum memakan prednisolone,saya telah menanyakan samada prednisolone akan memberikan kesan pada saya dan kandungan atau pun tidak dan Dr. memberitahu yang ianya ok dan boleh dimakan dan itulah yang menyebabkan saya tidak memeriksa terlebih dahulu berkaitan prednisolone sebelum memakannya.Keterangan dan maklumat daripada Dr. Zubaidi amat saya hargai.

    Sekian, Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *