Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

0112

 

”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.

 

Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh memberi kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri.

 

 

Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah JawatankuasaFatwa Majlis Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977 yang membincangkan penggunaan kaedah perancang keluarga secara keseluruhan.

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991, pula membincangkan Sistem Susuk Norplant dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaansecara khusus.

 

Kaedah perancang keluarga seperti ini bersifat tidak kekal, dan hanya boleh digunakan untuk menjarakkan kehamilan selama lima tahun. Selepas itu harus ditanggalkan bagi mengelakkan kemudaratan.

 

Cara penggunaan kaedah ini ialah dengan memasukkan enam rod plastik yang mengandungi hormon levonorgestrel ke bawah lapisan kulit bahagian dalam lengan penerima dengan menggunakan alat khas. Hormon tersebutakan mencegah kesuburan penerima.

 

Kesan awal yang biasa dialami oleh pengguna adalah pusingan haid yang tidak teratur, pendarahan yang berpanjangan atau langsung tiada haid untuk beberapa bulan. Ia bergantung kepada individu.

 

Jika hal ini berlaku, saya berpendapat ia tidak lagi sesuai untuk puan kerana dibimbangi akan mendatang mudarat yang lebih besar pada masa hadapan.

 

Tiada wanita yang masih subur dan subur mahu mempunyai kitaran haid seperti itu.

 

Pendarahan haid yang melebihi 15 hari dan 15 malam, bukanlahlagi pendarahan haid. Ia dikira sebagai pendarahan istihadah, di mana isteri wajib mandi hadas besar pada hari ke 15 dan boleh melakukan hubungan intim dengan suaminya.

 

Saya  mencadangkan menggunakan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM membantu membetulkan kitaran haid wanita.

 

Info di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!